Friday, September 28, 2012

Di Antara Sebab Baby Reject Untuk Breastfeed

Assalamualaikum,

Hmmm dah lama sangat rasanya saya tak menulis pasal penyusuan susu ibu. Yes, mungkin kerana saya dah tak breastfeed anak-anak saya lagi kerana disebabkan pelbagai perkara.  Arghh manusia memang banyak alasan. Bila orang sengaja nak pisahkan antara baby yang masih kecil molek dan mamanya sebulan lebih memanglah kan. Tettsss!!!

Walaupun dah tak breastfeed baby tapi saya ingin berkongsi sedikit mengenai ilmu penyusuan susu ibu. Biasanya dalam mengatakan sebarang sebab terhadap sesuatu perkara seperti masalah yang seringkali terjadi iaitu baby taknak menyusu, kita perlu lebih bersifat terbuka dan memikirkan beberapa possible causes. Terutamanya jika mommies yang tidak mendapat full info regarding the situation dan tak tengok sendiri mcm mana baby tu refuse to feed. Therefore, jika ada orang cakap antara sebab baby taknak direct breastfeed bukanlah disebabkan baby teething; adalah agak misleading, salah tau. Kerana, sudah diketahui bahawa teething juga adalah salah satu possible cause kenapa baby refuse direct feeding. Yeyeye biasanya bila baby dah start tumbuh gigi sulung mesti happykan sebab itu tandanya baby dah makin besar.

Kat sini ada senarai kebarangkalian kenapa jadi gitu. Tapi this list is not exhaustive. Maksudnya, mungkin saja ada lagi sebab-sebab lain kenapa baby tak nak breastfeed. Tapi boleh la check dulu satu persatu sebab-sebab yg diberi ni ye.

Dua fasa umur yang utama di mana masalah tidak mahu breastfeed ini sering berlaku:
1. Fasa awal kelahiran
2. Fasa umur 3 hingga 8 bulan

Sebab2 utama kenapa bayi enggan menyusu:
1. Cara penyusuan yang salah
2. Bayi yang nampak seolah olah enggan menyusu (Ibu salah anggap)
3. Bayi yang terganggu dengan sebarang perubahan
4. Bayi menghidapi penyakit, dalam kesakitan atau dilalikan

More details:

1. Cara penyusuan yang salah, antara sebabnya:
- Diberi susu botol atau puting kosong terlalu awal sampai timbul masalah niple confuse.
- Tidak dapat cukup susu kerana lekapan salah atau payudara bengkak atau sebarang masalah lain
- Kepala bayi ditekan dari belakang
- Ibu menggerak gerakkan payudara
- Susu terlalu banyak dan bayi tidak dapat mengawal penghisapan (mommies boleh pam sikit dulu sebelum menyusukan baby)

2. Bayi yang nampak seolah olah enggan menyusu (Ibu salah anggap):
- Cara bayi baru lahir mencari cari payudara (rooting)
- Terganggu (umur 4-8 bulan)
- Berhenti menyusu dengan sendirinya (>1 tahun)

3. Bayi yang terganggu dengan sebarang perubahan:
- Terpisah dari ibu (ini yang terjadi pada saya uwaaaa)
- Penjaga yang baru
- Ibu sakit
- Rutin di dalam keluarga yang berubah
- Ibu datang haid atau bau ibu berubah

4. Bayi menghidapi penyakit, dalam kesakitan atau dilalikan:
- Jangkitan
- Kecacatan mental
- Sakit akibat kelahiran traumatik
- Hidung tersumbat, sakit mulut akibat seriawan atau tumbuh gigi
- Mungkin mengantuk, ubat psikiatrik /ubat selsema/ubat batuk yang diambil ibu

Jadi, dari list ni, cuba fikirkan dengan keadaan mommy dan baby; kalau ada yang sama sebabnya macam kat atas tu ye. Again, at that age, teething juga could be the problem.

Salah satu cara nak atasinya bila baby dah mula buat perangai tidak mahu menyusu ialah cuba breastfeed baby waktu dia tengah mamai nak tido tu. Biasanya waktu tu yg paling mudah utk dia 'surrender'kan diri dia hehe sebab tengah lapar bangat. All the best mommies yang awesome!

Lagi satu, cuba banyakkan skin-to-skin contact iaitu biarkan baby pakai pampers saje, it works! Dan stopkan baby hisap puting ianya mengganggu breastfeeding. Bila baby prefer bottle jangan layan sangat biarkan je dia meragam nanti lame-lame mungkin dia ok balik.

Bila baby reject nak breastfeed memanglah Tuhan je yang tahu perasaan geram dan penatnya cuma saya sabarkan diri, dan anggap ini ialah growth spurt dia sebab dalam masa growth spurt, baby akan tends to be more fussier dari hari biasa dan ianya akan berakhir dalam 2-3 hari dan kadang2 sampai seminggu. Chill je jangan putus asa kalau boleh,ambil cuti sehari dua, melepak dirumah dengan baby  sebab bila dia lapar, boleh terus minum. Nanti boleh nampak perbezaan nya lepas tu. Insyallah baby akan mula sukakan direct feeding kat mamanye balik.

Apepun niat ikhlas mommies untuk memberi yang terbaik untuk anak anda sangatlah sesuci embun pagi and happy breastfeeding to all mommies yang awesome!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

2 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~