Friday, September 21, 2012

Curi Curi Online Time Kerja

Day-4



Aku tengah online  kat office yang serba sejuk ni sambil menguap nak dekat sejuta kali. Harini dah hari yang ke-4 aku kerja. Deng. Aku patut lempang muka aku laju laju je skrang ni T___T Padahal aku  kerja orang bayar gaji boleh pulak aku duduk goyang kaki kan.

Aku rase ade sesuatu yang menakjubkan berlaku tengahari tadi, padahal takde laaa menakjubkan sangat ponnnn, aku memang suke hyperbolaaaaa. Kah Kah suke hati lahhh! Okey, aku better focus kat kerja yang telah diberikan kepada aku, koman-koman selama 3 bulan probation period ni aku kena lah jadi pekerja mithali. Yeay!! 

Almost 4 months aku duduk goyang kaki yeay now im back to work. Aku suka kerja sebenarnya ada kerja ada duit lagipun aku memang dah biasa terkejar sana sini. Rindu sebenarnye dengan suasana breakfast ramai-ramai buat air milo cicah biskut kering, pukul 12.45pm dah siap-siap kemas beg sebab perut dah lapar giller sambil mulut potpetpotpet jerit"nak lunch kat mana haa?" Pekerja-pekerja kat sini sangat 'dedikasi' tu yang aku suka sangat tu. 2x5 je  macam kat tempat lama dulu. Best. Best. Tapi masa aku kerja kat sini memang tak berapa nak bestlah, jujur aku cakap. Ok jugak mempunyai hobi bertukar-tukar tempat kerja baru sebab gerenti ada kenaikan gaji. Apepun jangan risau aku seorang yang peramah dan baik hati. Penuh perasaan dan perasan KAHKAHKAH. Tu belum review cerita hari-hari kat mana kami pergi makangggg for lunch. Kaki makangggg diorang ni semua. Habislah aku.

4 bulan jadi FTHW part duduk rumah jaga anak melihat anak membesar depan mata memang best tapi aku dapat rasakan yang aku cukup tak produktif sebab aku tak kreatif macam orang lain yang bila duduk rumah boleh buat macam-macam kerja yang berfaedah menambahkan duit dan mengisi masa lapang dengan baik. Teringat masa jadi FTHW aku suka tengok WHI dan ada satu hari rancangan WHI pasal Al-Quran. Salah satu panelnya adalah ibu yang mendidik anak-anaknya untuk hafal surah Al-Quran. Dia ceritakan pasal dia punya determination dan keinginannya untuk jadikan anak-anaknya saham terbesar di akhirat nanti. LEpas tu ustaz tu sambung "menurut Yusuf Qardhawi, ajar anak menghafal Al-Quran dulu..." 

Aku juga paling suka dengan quote dari Prof. Dr. Muhaya IKIM iaitu:

"Syurga itu mahal. Anak adalah saham terbesar untuk dijadikan pencen kubur.......".

Ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Banyak lagi yang aku impikan dalam kehidupan ni. So far so good Alhamdulillah Allah SWT permudahkan permintaan aku yang satu ni.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

3 comments:

  1. terkesan giler dgn ayat yg diblodkan tu..huhuhhu..

    ReplyDelete
  2. dah kerja?? Alhamdulillah... takpe.. buat yg terbaik utk Akma dan juga budak comey 2 orang tu yer.. :)

    p/s : da antar resume dah??

    ReplyDelete
  3. Belum kak tapi saya mesti hantar punye, dapat keje gomen best gak kan kan kan..... ;)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~