Sunday, August 12, 2012

Ucapan Hari Raya Dari Nayli & Zara Sekeluarga.....

Assalamualaikum semua,

Pejam celik pejam celik Ramadhan yang ditabalkan Allah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dah pun makin hampir ke penghujung. Mood raya pun dah makin mengganas dalam jiwa dan minda. Awww. Eh baju raya tak beli lagi ni cemane????

Kami…. jeng jeng jeng.


Ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan….

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Kepada semua yang mengenali Nayli dan Zara, yang selalu click click baca blog mama kami yang kadang-kadang very the yaa aa aww ni dan juga kepada semua yang mengenali pak dan mak kami.

Kami sekeluarga juga ingin memohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut jika ada terkasar bahasa dan juga perbuatan. Bermaaf-maafan lah kita sesame semua di hari yang mulia ini. Maafkan lah silap dan salah manusia memang tak sempurna tak pernah lepas dari melakukan kesilapan so janganlah simpan dalam hati. 0-0 bukak buku baru taraaaaaaa.


KAlau bulan puasa dapat turun 5 kg janganlah bila tiba satu Syawal terus naik 10 kg pulak ye. Berpada-pada la ketika makan tu kerana raya-raya jugak kesihatan pun perlu dijaga. Kalau sakit nanti siapa yang susah? Haa mereka dan keluarga mereka juga yang susah.


Yang penting sesiapa yang nak balik kampong nanti berhati-hatilah di jalan raya. Janganlah sebab nak cepat sangat sampai ke kampong bawa kereta macam roket yang akhirnya terus tak sampai. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang tersayang yang tengah menanti kepulangan kita sekeluarga di kampong nun. Jangan biarkan 1 Syawal yang sepatutnya di disambut dengan keriangan dan gelak ketawa menjadi medan tangisan akibat kealpaan sendiri,



Apepun tiada yang lebih indah menusuk kalbu dari berkumpul beramai-ramai satu keluarga setelah lama tidak berpeluang merasai suasana itu dan mencium serta meminta maaf dari orang tersayang di pagi Syawal selain makan rendang air tangan mak yang tiada tolok bandingan paling sedap dalam dunia Chef Wan masak pun kalah. Slurpssssss.

Salam sayang dari kami untuk semua yang jauh mahupun dekat.

Kami sekeluarga akan beraya di Seremban dengan tema yang sangat lip lap lip lap anak mami dan pasti memukau pandangan mata semua. Awww. Tunggu, tunggu oh stay tune. Ahak Ahak!

Anda semua beraya dimana pula? Apakah tema baju raya tahun ni? Kaler birukah, merahkah, hitamkah atau sama kaler dengan kami?? Jeng Jeng Jeng.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Memang syahdu.

Sekian.

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~