Saturday, August 4, 2012

Bazar Ramadhan Best Kat Perak

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah kita dah berpuasa separuh jalan. Ramadhan merupakan bulan rehat bagi organ-organ pencernaan, penghadaman dan metabolism. Juga adalah saat terbaik bagi semua organ dan system tubuh mengurangkan bebanan tugas di samping memperbaiki kelemahan yang ada. Apetaknya kalau tak puasa tu kejap-kejap nak makan, kejap kejap nak ngunyah betul tak? Betul tak? KAlau kat office tu mesti ada pelbagai tipuware berisi pelbagai jenis makanan dalam laci kan? Ahakssssss.

Rasulullah SAW bersabda “Berpuasalah kamu, nescaya kamu sihat”

Mood nak memasak macam nak rak pong pang pong pang kat dapur untuk berbuka masih takde la sangat hihihi sebab rezeki sentiasa murah.

Masa hari kedua berpuasa kitorang pergi pasar ramadhan kat Manjung, bebetul terletak kat sebelah Giant.

Nampaknya keadaan masih belum panas, panas, panas lagi masa tu sebab kelihatan deretan kedai masih kosong. Nak beli makanan untuk berbuka pun tak banyak pilihan. Ke sana ke sini takde yang menarik lagi tertarik. Frust menonggeng la jugak. Baru berangan nak makan murtabak ayam plus mee soto plus roti jala plus siput sedut masak lemak cili api plus kuih koci (ohoiiiiiiii nafsu nafsan boleh tahan) last-last beli ni.

Tu lah kadang-kadang bulan puasa bukan bulan rehat pada organ tapi kena kerja lebih masa kerana tuan punya diri makan berlebihan sewaktu buka puasa. HewHewHew.

Best jugak kan berbuka makan yong tou foo. Lama dah tak makan. Masa zaman student dulu selalu la makan konon-konon makanan yang paling ideal untuk diet. Ahakkkkkkk! Nah PANGGG sekali.


Mmmm sebenarnye konpius gak ni bazaar ramadhan ke pasar malam ni sebab banyak betul stall yang menjual pakaian dan sebagainya.. Rasanya pasar malam kat sini setiap hari Jumaat tapi hari yang kitorang pergi adalah hari Ahad. Tapi ala-ala dah macam pasar malam je lah pulak cemano tu?


Selain tu kami selalu jugak pergi bazaar Ramadhan berdekatan dengan rumah iaitu kat Titi Gantung.


Hmmmmmmm.

TEringat pulak fenomena beratur panjang kat bazaar rAmdhan Paroi kat kampong, kat sini pun ada fenomena tu jugak.

Murtabak ayam RM2.50. Ada berani nak beratur panjang? TAk berani OkBai jom balik HAHAHAHA!

Bazar RAmadhan yang paling merveles kat sini semestinya di Sri Iskandar, perghh pelbagai pilihan makanan sedap tak sedap tu tak tau laaa.


Apepun tahap puasa yang lebih baik adalah puasa yang disertai dengan puasa lidah daripada bercakap perkara negatif dan kotor. Apepun yang dilakukan bergantung kepada niat. Puasa dimulai dengan niat dan niat menahan diri dari makan dan minum merupakan tahap puasa yang paling rendah. Sunguhpun begitu berbagai kesan positif boleh dinikmati daripada kerehatan organ tubuh yang berfungsi mencerna makanan setiap hari tanpa henti.

Bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah ada makanan untuk dimakan. Alhamdulillah. Kesian tengok kanak-kanak kat Somalia tu kurus kering tak cukup makan. Sobsssss!

Haaa tangkap budak kecit yang tak puasa!! HikHikHik.


Sabda Rasulullah “puasa adalah benteng (perisai), maka apabila seseorang kamu menjalani puasa, hendaklah ia tidak berkata kotor, tidak berbuat jahat dan jangan jahil (terhadap sesuatu hukum). Jika seseorang mencerca atau mengajaknya berkelahi, hendaklah ia mengatakan ‘sesungguhnya aku ini sedang berpuasa’”

*************************************************

Balik kampung... ohhhhh ohhh
Hati girang
Balik kampung... Ho ho ho.....
Hati girang

Eh over pulak. OkBAi!!! HAHAHAHAHAHAA.

Sekian,

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

2 comments:

  1. baca entry nih, teringat pulak kampung arwah atuk opah yang kat ipoh...
    :)

    tempat awak nih ngan ipoh jauh jugak kan?

    seingat saya , kat ipoh tu byk la bazar ramadhan..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. oh nak pergi ipoh dalam 45 mins jugaklah. tak pernah pergi bazar ramadhan kat ipoh lagi, kalau pergi ipoh pun sebab nak pindah AEON Station 18 je ;)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~