Friday, June 29, 2012

Mana Satu Pilihan Hati Didik Anak Keras Atau Lembut

Assalamualaikum semua selamat berJumaat alah sukalah tu kan dah Jumaat ;p Saya pun suka jugak. Yeay!

Marilah memulakan mukadimah dengan ayat yang poyo sikit sebab harini mood sangat TROLOLOLO HikHik.

Dunia berputar begitu pantas sehingga tanpa aku sedari masa berlalu detik demi detik. Dah bulan June  dah nak nak masuk Julai pertengahan tahun tak lama lagi puasa lepastu raya pulak. Oh. Daripada anak-anakku di alam rahim, lahir dan hidup di alam muka bumi ni dan sekarang menjaga dan melihat mereka membesar di depan mata adalah pengalaman yang sangat berharga bagiku. Sungguh. Chewahh mukadimah sangat poyo tak sila teruskan membaca tanpa jemu.


Bila dah menjadi ibu kepada dua anak dan melihat ibubapaku masih mengambil tahu kehidupan serta masalahku, membuatkan aku semakin mengerti betapa mahalnya erti kasih sayang, kesetiaan, keikhlasan dan kesabaran.

Eksperasi bahagia selalunya apabila kita mendapat apa yang kita mahu dan memiliki sesuatu yang kita harapkan.

Ekperasi duka pula saat menerima khabar yang meruntun jiwa, hajat tidak kesampaian dan tidak menjadi kenyataan.

Yelah, semua menjadi dengan takdir Allah SWT MElihat kesenangan dan kemewahan orang lain terdetik juga di hati “bahagianya insane yang memiliki semuanya” tetapi bila melihat penderitaan ingatlah bahawa Allah bersama dengan orang yang sabar. Insyallah.

Bila bercerita pasal anak pula pastinya setiap ibu bapa mahu anaknya menjadi insan yang terbaik dan Berjaya dalam hidup. Pendek kata menyediakan anak sebaik mungkin untuk menghadapi masa mendatang yang belum diketahui nasibnya.

Saya berpeluang kembali ke hobi lama saya iaitu membaca semenjak menjadi FTHW. YA, saya suka membaca tapi janganlah tanya kawan-kawan saya di sekolah or ‘u’ dulu sebab saya tak memang tak rajin belajar. Hihihi. Saya Cuma suka baca selected book je.

Saya baru baca buku bertajuk Battle Hym of The tiger Mother mengisahkan seorang ibu bernama Amy Chua adalah ibu yang sangat garang, ibu harimau dan tegas.  Dia adalah professor undang-undang berketurunan Cina dan ibubapanya mendidik ketiga-tiga anak perempuan sebagaimana Amy amalkan kepada anaknya.

Cara dia mengajar anaknya memang keras contohnya membuat anaknya yang baru berusia tiga tahun itu berdiri di luar rumah dalam kesejukan kerana anaknya todak mendengar cakap iibu. Selain itu dia memaksa anaknya yang berusia lima tahun berlatih piano 3 jam tanpa henti, pergi minum atau ke tandas hingga lewat malam. Arghh.

Anak-anaknya juga tidak dibenarkan menonton televisyen atau bermain mainan kompter, memilih kegiatan sampingan sendiri menyertai lakonan pentas mendapat gred kurang dari A, tidak menjadi pelajar yang terbaik dalam setiap mata pelajaran, bermain alat muzik selain piano dan biola.

Tetapi bila anak-anak Amy dewasa mereka menjadi pemberontak dan akhirnya Amy sendiri belajar dari kesilapannya. Dia mula mengendur dan mendengar, tidak lagi memaksa. MAlah dia menyesal kerana panas baran, garang dan terlalu banyak menengking.

Hmmmmm. Saya rasa kita sebagai ibu bapaharus mendidik anak berhati mulia kerana itulah sumbangan terbaik ibu bapa kepada anak-anak. Mereka boleh menjadi doctor, peguam terbaik tapi apa gunanya kalau tidak berbudi. Mungkin juga anak kepada ibu bapa harimau pada umunya dialui sangat Berjaya tapi selalunya mereka tidak bahagia dan sering menghadapi masalah dalam perhubungan. Ada juga mungkin memberontak bila dewasa sebagaimana terjadi pada Sufiah Yusof.

Apepun saya rasa perlu ada keseimbangan Saya mahu anak saya berjaya dan gembira. Saya tidak mahu mengorbankan salah satu. Kan?


Ho Ho Ho. Happy weeekend peeps! 

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~