Tuesday, May 15, 2012

Sembang Pasal Perangai Teruk Malas NAk Layan

Oh ok.

Entry ke Pedas Linggi bersambung lagi. Erkss memanglah pergi 2 hari 1 malam je tapi nak juga buat lebih dari satu entry. Jangan haraplah buat 1 entry je. Memang tak aa kan. Memang tak ah. Memang tak. Tak.  Takkan. Ermpssssss..

Sepanjang perjalanan kami ke Pedas tempohari saya jadi boss duduk rileks kat belakang dengan siapa lagi, my BFF, Miss Sue in da' house. Yeay!

Girls just wanna have fun!!



BFF saya ni santeks tapi still single and available. PERGHHHHHH. Dia baik, cantik, pemurah, down to earth, sangat bijak bila diajak berbual pendek kata tak kenal maka tak cinta. Yelah zaman sekarang ni bila tengok perempuan tak bertudung, berambut blonde, sexy mexy mesti orang senang-senang nak cop perempuan jahat. HAIPPPP.

Kami berdiskusi dalam perjalanan ke Pedas. Pasal lelaki, perkahwinan dan PANGGG! Siapa yang bertuah boleh lah kena penampar ;p 

Kalau dah bercinta mestilah nak kahwin. Ada juga yang bercinta sesaja. Nak je aku TAMPO sesapa yang jawab macamtu. Walau bagaimanapun baik aku dan BFF rasa kahwin muda bukanlah jalan penyelesaian. Bayangkan usia 20 tahun dah kawin. Ada anak pulak tu. Haiyaa sangatla muda pergilah menuntut ilmu sambung belajar ape ke dulu. Dunia sekarang harus ada ilmu sebagai bekalan, tak banyak pun sikit. Kahwin umur 20 tahun sudah tentu ia berbeza dengan orang yang berusia 25 tahun dari segi pemikiran, gaya hidup dan kematangan.  Takut-takut kahwin muda lepas dah beranak sibuk pulak menggatal kacau lelaki orang. Isk isk isk Nauzubillah minta dijauhkanlah orang macamni ;)

Ingat lagi saya ketika usia 20 tahun sedang sibuk menelaah pelajaran di 'U', berjimba-jimba dengan kenkawan yeyeye, enjoyla selagi muda bayangkan siapa yang kahwin muda tentunya tidak bersedia untuk bangun tengah malam untuk membuat susu dan tukar lampin tatkala rakan seusia sedang enak dibuai mimpi indah dan hidup bergembira. Erkssss bosannya zaman muda dihabiskan macamtu je! Awww totally not agree.

Apapun bagi yang dah berumahtangga mencegah lebih baik dari mengubat. Falsafah klise ni seakan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia amnya. Malah ada ungkapan yang serupa dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, walaupun kita kurang pasti hak milik siapa sebenarnya perumpamaan tersebut, namun nilainya tetap wajar untuk diambil sebagai iktibar.

Yelah biasanya perkahwinan yang pada mulanya atas dasar Romeo & Juliet berakhir dengan penceraian (Nauzubillah) kerana kebanyakkannya campurtangan orang ketiga. Apepun. SEBAGAI SUAMI HARUS MEMAHAMI DAN MENDALAMI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA KELUARGA BERPRINSIPKAN TUNJANG KEAGAMAAN. Barulah keluarga boleh success gitu. Amin.

Dan bahagia atau tidak adalah pilihan kita sendiri. Kita berhak membuat pilihan sama ada ingin berbahagia dan gembira atau sebaliknya. Allah SWT sendiri sudah menyatakan bahawa Beliau tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. Ini bermaksud walaupun qada dan qadar kita telah ditetapkan, namun kerana ianya bersifat tidak diketahui kesudahannya maka menjadi kewajipan kita untuk sentiasa berusaha mengikut lunas-lunas agama Islam yang benar, bukan nak seronok je hidup tanpa pegangan agama dengan mengikut nafsu syaitans semata-mata. Kadang-kadang orang sekeliling tengok kita cuma diam saja tapi bukan tanda setuju cuma malas nak cari gaduh. Tapi dalam hati punyelah menyampah dengan kebodohan dan kecetekan kepala otak orang-orang macamni. Tak ingat anak/bini/suami langsung. Hakk Ptuihh! Syaitans are not so cool. Jangan sampai aku tetak ko 20 baru kau tahu erti penyesalan. Itu Ahmad yang kata bukan aku. Okbai.

Haish zaman sekarang memang macam-macam, bapa rogol anak, suami orang berkasih dengan bini orang, bini orang tipu laki hidup-hidup sebab nak berkasih dengan laki orang. Erksss cukuplah aku pun dah konpius dan menyampah dengan apa yang aku cuba sampaikan ni. Memang panjang gila discussion kitorang berdua. DANGG. Ok dah la tu. Pening kepala. Sukati koranglah nak buat ape.

Sekian saja perkongsian ilmu pasal rumah tangga untuk kali ni dari kami. Mutiara kata dari akma81 untuk korang pada hari ini ialah:

"Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah".


*************************************************


Kami berbincang rancak serancak kenderaan yang kami naik. First time kalau kerja seumur hidup pun memang confirm tak mampu nak beli.

Class gitew. Meletopssss. Kau hado???



Gaya, mutu keunggulan. CHEWAHHH. Aku dah tentulah nan hado. Kerja sampai pencen pun tak mampu nak beli. Gile speed sampai 180km/h pun tak rasa ape. Patutlah cepat je sampai. Tak sempat lelapkan mata.  Bila lagikla agaknya boleh sampai sini lagi. Jenjalan pegi pekan Linggi pun naik Porshe. Terbeliak jugakla mata orang kampung tengok. Memang sangat jantan.

Nak makan ikan pi tangkap sendiri, siang bersih-bersih pastu masak. Wauuweeee.



Bila tekak terasa dahaga boleh mintak tolong pakcik apentah nama dia ambilkan buah kelapa muda.

Itu dia. Belah kelapa dan terus minum airnya. Pure takde campuran gula. Ohoiiii bestnya. Kitew tau angkat gambar je kalau suruh kitew panjat pokok kelapa ni memang GEDEBOOMM jatuh macam nangka busuk punya. TOINKKK!



Nantilah ada rezeki jumpa lagi korang semua. Kita dah nak pergi jauh teww ;( Sobsss. Apakan daya terpaksa dalam rela. Eh kalau taknak pergi boleh tak? Tak best pong. Nah PANGGGGGG sekali.





Ahhh feels good! ;) Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~