Saturday, May 12, 2012

Sangat Kagum Dengan Post Beliau Di Facebook. Very Ohsem!

Saya rasa sangat kagum dengan dia.


Prof Dr Muhaya. Saya tak kenal dia. Tapi secara tak sengaja saya LIKE page dia kat Facebook. Setiap kali dia post sesuatu kat wall saya rasa sangat teruja. Sangat menusuk sampai ke tulang setiap baris katanya. KAdang-kadang sampai tertunggu bila dia nak post kat wall. Menanti kata-kata hikmat yang saya sendiri tak terfikir. Selalu membuat saya berfikir dan menganalisa diri. Nobody perfect.

Sangat kagum dengan postnya di Facebook. Antaranya:

"Manusia bijak mencari solusi. Manusia kurang bijak meminta org lain menyelesaikan masaalah mereka. Hanya mereka yang ambil tindakan akan mencapai bukan hanya meminta nasihat dari org yg tak kenal kita pun. Kalau tidak mencari ikmu bagaimana mengubah diri utk ubah kehidupan."

"Get out of the head and get into the heart more."

"Most people are not focused. Thats why they are struggling and try too hard by themselves. Many are unclear and do not know purpose n life."

"Saya dah buat test dalam Kinesiology, orang yang maafkan orang, otot jadi kuat, orang yang pemarah, otot jadi lemah. Jika otot lemah, apa lagi sistem imun, jantung dan gelombang otak. Oleh itu, jadilah orang yang pemaaf. Orang yang pemaaf itu rohaninya, emosinya & fizikalnya POSITIF."

"Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai dipadang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kitabrasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa. Ramai ibu bapa muda tertipu dgn anak comel yg diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa."


"Hentikan fokus nak menegur orang. Tegur diri sendiri. Bila kita pandai menegur diri insyaAllah pandai menegur orang lain. Lihat diri sebelum lihat orang. Apa respon terhadap apa yg dinukil disini menunjukkan blueprint minda kita. Jika negatif dan melihat orang lain itulah kita."

"Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita."

"Jgn sekali cakap negatif seperti susah, banyak kerja. Ubah bahasa kepada positif dan berterima kasih. Niat belajar dalam setiap keadaan. Kalau sibuk kena hanta anak, masak, syukur ada anak ada suami ada kereta.cuba jadikan setiap aktiviti sebagai tujuan hidup dan bukan hanya mengisi keperluan hidup. Jaga niat dan perhatikan fikiran , emosi dan tindakan kita setiap masa"

"Bila hubungan dgn Allah rapuh mula timbul ego dan kesombongan. Jika kita solat tetapi sombong muhasabah solat kita."

"Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan."

"Bila kita buat baik kita seronok bila kita buat jahat kita susah hati- ini tanda kita orang yang baik. Kita berdoa kita masuk golongan ini. Audit diri kita suka dengar kebaikan atau keburukan orang. Awasi berita yang kita baca dan dengar."

"Iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Bila rasa iman berkurang istighfar. Banyak perkara melemahkan iman. Mukmin yg cintakan Allah dan syurga akan berbuat amal soleh utk tambah iman dan elakkan maksiat yg mengurangkan iman."


"Setiap kali kita beri alasan utk tidak dapat buat sesuatu begitulah pattern hidup kita yang penuh alasan dan cuba kita lihat mereka yang amat berjaya dan lihat adakah mereka banyak alasan atau akan mencari jalan. perbezaan komited dan interested itu yg bezakan kejayaan dan kegagalan."


"Ibu bapa wajib tunjuk akhlak baik pada anak anak yakni berkongsi dan mencetak keimanan dalam diri anak anak. Mereka cermin kita jika kita mengeluh ttg akhlak buruk mereka sebenarnya kita sedang kata pada diri sendiri. Jom audit. Apakah sistem nilai dan contoh yg kita beri pada anak anak kita."

"Kelembutan suatu aset yang harus dicari. Para wanita terutamanya belajar seni bercakap dengan baik. Ibu semua harus jadi contoh yang baik."

"Hard wods can not touch a soft heart but soft words can touch  a hard heart, so choose carefully how you decide to speak to others."

Dan yang paling saya touching sekali ;P
"Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebut yang baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat".
Speechless. Dia memang sangat ohsem. Ya, kita perlu mencari jalan untuk menjadi yang lebih baik. Wall dia tak pernah ada perkataan caci maki. Yelah wall Facebook yang penuh dengan maki hamun macam dah jadi trend pulak sekarang ni kan. Nauzubillah.

I've learn a lot from you. Thank you Prof. Banyak lagi. Sila LIKE PROF DR MUHAYA.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~