Monday, May 7, 2012

Marathon Makan Dengan Mak Edisi Selamat Hari Ibu

Salam Bulan May yang berkat,

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai Ibu


Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu.

Yezza kita akan menyambut HAri Ibu dalam bulan ini. Satu hari yang sangat istimewa untuk insan yang teristimewa. Bukan mudah tugas seorang ibu, tapi itulah tugas yang paling menarik sebenarnya. Menarik??? Hurmssss ya kadang-kadang wanita juga boleh menjadi ibu dan ayah pada satu masa. Bukan senang tapi itulah namanya pengorbanan almaklumlah selalunya ayah sibuk sangat dengan kerja, ayah sibuk sangat dengan itu, ayah sibuk sangat dengan ini. Ayah oooo ayah sibuklah sangat ohoiii.

Ibu adalah seorang yang paling teristimewa. Lahirnya kita dari perut seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu tiada tolok banding dengan sesiapa saja di dalam dunia ni. Melahir kita ibarat mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Tu la ingat senang ke nak beranak? Glurpsssss.

Kepada yang tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Biasanya Hari Ibu akan disambut pada hari Ahad minggu kedua pada bulan May which is tahun ni akan jatuh pada 13 May. Yeay!!!

Untuk semua mommies yang ohsem. In advance.

Tak kisahla berapa banyak insan yang saya panggil ibu or mak pun tapi satu-satunya insan yang paling saya kagumi dan hormati mestilah insan yang mengandung, melahirkan dan menjaga saya sehingga saya besar. Satu-satunya mak saya dalam dunia ni. Ya, ada satu je, tiada dua, tiga mahupun pengganti.

Setiap hari adalah hari Ibu. Terima kasih mak tak perlu tunggu 13 May yelah itu hanyalah sebagai satu tarikh atau benchmark untuk kita ungkit semula kisah ibu lama-lama dulu, tentang ibu dan siapa kita tanpa ibu.

"Semoga ibuku sihat sejahtera dan bahagia dengan limpah rahmat Allah, diberkati amalnya dan dipelihara Allah. Boleh terus menyejukkan hati ini dan melimpahkan kasih sayangnya buat kami dan mendoakan kami, anak-anakmu yang seramai 4 orang ini. Terima kasih mak. Sayang mak, restui dan redalah perjalanan kami. Amin."

Mak oh mak. Ya, kami panggil mak bukan ibu. Kami bawa mak jalan-jalan dan cari makan. Dah lama tak jalan-jalan dengan mak.

Mak tak memilih. Makan di mana saja pun boleh. Bila mak cakap mana-mana pun boleh pastinya otak puas fikir di manakan tempat makan yang terbaik nak bawa mak makan. 2-3 tempat disenarai pendek dan akhirnya kami singgah di sini. Yeay!!!

Hopefully mak suka.


Day 1



Well, well, well of course taking picture is a MUST-TO-DO thing before we eat. Mak ada jugak tegur sikit-sikit nak snap pic, nak makan pun snap pic Hihihi. We had our good time, filled our stomach with good food with mak. How I wish we could do that more frequenstly. Yeay!!!

Food reviewer we are ready. Yeay!!





Kalau tengok menu list memang rambang mata. Penuh dengan pictures makanan yang sangat ohsem. Biasalah gambar memang sangat mempengaruhi mood kalau nak order food. Tak kisahla yang penting mak cakap sedap. Kitorang ni takpe tolak batu dengan kayu je.



Mulakan dengan Bismillah. Sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Tak tipu.

Yang ni sah-sahla saya punya. All time paberet.



Au Gratin Chicken Char-Boiled. Boleh pilih sama ada nak mashed potatoes or french fries. Personally, saya rasa mashed potatoes memang da sangat da bomb. The coleslow is nice too. Ayamnya lagikla sedap with melted cheese and creamy mashed potatoes bathed with brown mushroom gravy. Fuiyoooo, can I ask for more?? Burpssssss.


Ini mak punya.



Mak cakap sedap tapi makan tak habis sebab portionnya besar sangat. Tak baik membazir apelagi saya yang tolong perabiskan ;p Hmm sedapnye.  Saya memang suka makan, makan dan makan. Yahooo!


Ini Cik Pia punya pun sedap tapi dia makan sampai licin pinggan so tak dapat la nak pow sikit ;p






Perut yang sangat kenyang sebab portion makanan kat sini agak banyak. I wish somebody could carry me to my car. Satisfaction the word. Awwwwww.


Diet start tomorrow. Woot! Woot! ;p


Day 2


Jeng jeng jeng. Kami berjalan lagi. Kami bawa mak jalan-jalan ke One Utama Shopping Mall. Actually bukan mak nak jalan sangat ke sini tapi kami berdua yang lebih. HikHik.





Jalan punya jalan takde benda pun yang kami beli. Jalan-jalan pun best jugak lelagik dengan mak.Teringat pulak keunikan makanan Jepun yang saya makan kat Sushi Zan-Mai tempoh hari. Dengan bersemangat baget nak bawa mak makan kat sana mesti mak suka. Tetapi OMG!!!! (Oh-Mak-Gayah!!!!)


Mak datuk ramainya orang tengah beratur. Agak-agak kalau beratur ni berapa lama baru boleh makan. Mak cakap cancel. Ok mak, jom makan kat tempat lain. Tempat lain pun best juga.



Muka fust menonggeng sebab tak dapat makan Sushi Zan-Mai ;p KAHKAHKAH!

Repeat pleaseeeeee cik Pia yaa aww aww ;p




Last-last mak cakap nak makan kat sini. Oh rupanya saya pun tak pernah singgah sini. BAru bukak ke haaaa? Tak perasan pun.




Macam-macam ada kat sini. Ala-ala food court. Best jugak.



;




Setakat bawa mak makan-makan dan jalan-jalan mungkin takde ape pun tapi hopefully mak gembira. Berjalan sakan dengan mak memang best. Nanti kita jalan lagi ye.


Selamat Hari Ibu in advance untuk semua mommies yang awesome. Yeay!!


****************************************************************************

 Berdasarkan Hadith Nabi S.A.W

"Tidak akan terputus rezeki seorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"






To be continue entry part II pulak sempena Selamat Hari Ibu. All about mak saya. Sayang mak. Yeay!!


Sekian


Tolong Click Mama Nak beli Nak Beli Hairband Baru Untuk Nayli & Zara ;p



 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~