Thursday, April 12, 2012

Sangat Bagus Penggunaan Milk Collection Untuk Takung Breastmilk

Tau tak apa ni ?



Rasanya untuk mommies yang breastfeed pun ada jugak yang tak tau fungsi benda ni.

Oh this is milk collection. Tempat takung beastmilk. Sesiapa yang ada experience breastfeed baby especially masa tengah pantang mesti tau benda ni sangatlah berguna sebab masa tu susu sangat mewah, perasan tak bila tengah menyusu baby, susu di breast satu lagi akan automatically menitik. Ini sebenarnya adalah 'let down reflex'. Bila sebelah breast kita distimulate dengan cara hisapan anak, secara automatik akan memberi kesan kepada breast yang satu lagi. Yelah tak semua yang sanggup biarkan breastmilk membazir walaupun setitik. So as solution gunalah milk collection lembut je selesa dipakai, silicone based ala-ala macam nipple former jugak. Lepas dah tadah susu boleh la tranfer dalam botol untuk bagi baby or simpan dengan susu perahan yang lain gitu. Rasa let down ni sangat bagus lebih-lebih lagi ketika kita mengepam susu di office. Sebab itulah kita digalakkan memilih pam yang mempunyai fungsi double pumping untuk memberi kesan stimulation di samping dapat menjimatkan masa ketika mengepam. YEay!!!!

Memang best kalau susu melimpah ruah!! Fuiyooo.

Kalau boleh jangan biarkan engorged baru nak perah. Cubalah pam selalu sayang wooo, susu membazir macam tu je. Boleh jugak kalau nak pakai breast pad nak elak baju basah kena susu tapi susu terbazir macam tu je lah. Kalau pakai milk collection at least masa dalam pantang susu boleh disimpan kalau kita nak pergi mandi ke, makan ke bolehla mintak tolong suami bagi susu tu guna sudu ke hape ke, taklah bergegas terlari sana sinun masa dalam pantang. Lagipun setiap titis susu kan kan tak ternilai harganya.

Tapi benda ni pun tak murah, mahal jugak harganya. Nak beli or tak terpulang pada diri sendiri. Bukan benda wajib ada lainlah kalau breastpump itu memang harus ada. Untuk mommies yag takde experience mungkin tak akan dapat gambaran sebenar sebab biasanya bila baby dah dengan kita nanti barulah kita tahu mana yang PERLU dan mana yang TAK PERLU. Kalau nak ikutkan hati memang lah semua nak beli untuk keselesaan kita jugak tapi ada sesetengah tu rasanya tak perlu sangat. 


Saya ni pun sekarang ni (bila anak saya dah masuk setahun) bukanlah jenis orang yang susu mewah sangat. Tak melimpah ruah pun tapi saya tetap YAKIN yang pastinya susu saya cukup untuk keperluan tumbesaran fizikal Zara Amani.

Kena ingat kalau air susu kita tak banyak pun tak pe, yang penting positive mind dan kena kerapkan kuantiti pemberian perbandingannya macam kita nak tadah air la. Kalau paip tu laju, dalam 5 minit air dah siap tadah dah tapi kalau paip air tu slow, mungkin dalam 15minit baru penuh tadahan tu tapi yang penting dalam kedua-dua keadaan itu MISI TETAP TERLAKSANA cuma yang membezakannya adalah tempoh masa penadahan sahaja. Kesabaran sangat penting.

Sumber air @ tangki air itu insyaALLAH sentiasa bersedia untuk membuat pengeluaran cuma biasala, setiap paip air itu ada kepelbagaian sistemnya tersendiri yang membezakannya dari paip air yang lain. Jadi wahai mommies jangan rasa rendah diri atau sebagainya kalau susu kita ni tak mewah sangat kerana setiap dari kita telah diciptakan-NYA dengan penciptaan yang sungguh unik dan tersendiri. YEay!!!!

Teruskan dengan pemberian susu ibu jangan sesekali give up tak kisahlah dah campur dengan susu or formula or tak kerana itulah aset termahal yang sepatutnya dimiliki oleh anak-anak kita yang di bawah umur dua tahun. Walau bagi ibu yang bekerja mungkin terpaksa mencukupkannya dengan solid food kerana pelbagai faktor, tapi jangan dilupakan SUSU IBU.

Untuk mommies yang ada problem anak reject bottle susu sabar ye cube try pelbagai teat coz babies are intelligent. Usually, if they know their mothers are around, they would refuse to take the bottle and demand for direct nursing instead.


Yang penting jangan stress nanti cepat nampak tua, chill je ok ;p

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p







4 comments:

  1. Baru pestime tau benda ni...good info...

    ReplyDelete
  2. kalau breastpad digunakan untuk elakkan baju basah. yang ni digunakan untuk tadah susu ketika menyusu or pam B sebelah lagi. rasanya fungsi berlainan la.

    ReplyDelete
  3. Mana nak beli ye milk collector tu??bole suggest??

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~