Tuesday, April 17, 2012

Mitos Benar Bayi Tak Perlu Minum Air Masak Jika Exclusive Breastfeed

Salam sayang semua muahss muahss,

Semalam saya pergi melawat kawan yang baru dapat baby. Alamak comelnya. Ramai jugak orang kat rumah kawan saya masa tu. Suddenly dengar ade orang bertanya kat kawan "tak bagi baby minum air suam ke"??  kawan saya pun brtanya pada saya perlu ke bagi baby minum air suam..? ? lagi satu... ada jugak org tanya tak bagi baby susu botol  (formula milk) ke??  lum bagi makan kat anak ke?? OMG! (Oh-Mak-Gayah!) Glurpsss baby baru lahir tue mana boleh makan lagi.



Cakap kat kawan takpela abaikan je bebuat tak dengar ajelah 

Untuk 6 bulan pertama cuba exclusive breastfeeding iaitu bayi kita hanya minum susu ibu sahaja tiada air lain sprt air masak, formula milk dan lain-lain. Selepas 6 bulan boleh mula bagi makanan pepejal dan juga air masak. Untuk pengetahuan, kandungan susu kita mengandungi 88% air masak, so jangan risau.

Polisi penyusuan ibu secara ekslusif, bayi yang dilahirkan hanya memerlukan susu ibu sahaja tanpa air masak , makanan dan sebagainya. Sehinggalah ketika bayi berusia 6 bln.Ini adalah kerana, komposisi susuibu itu sendiri mengandungi air dan mencukupi utk bayi.

Di dalam susu ibu 88% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.


Percayalah air masak pun tak perlu bagi kat baby sebenarnya kalau baby tu exclusive breastfeed. Ini mmg bukan mitos kalau dlm islam sendiri pun najis mukhaffafah adalah bayi lelaki yg bawah 2 tahun yg hanya minum susu ibu sahaja. Air masak memang tak perlu untuk baby yg eksklusif breastfeed. Kalau dah bagi fomula mmg kene bagi air masak. Takut baby susah nk poo poo..

Meh saya nak citer mitos benar pasal air masak dan formula bagi bayi kurang 6 bulan:

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kpd pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleyh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah 5 minggu, air terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan jadi rendah, kembung dan sawan tarik.

Ini semua mitos benar dari buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja, murah jer RM10 tapi banyak maklumat kita tak tahu 


Lepas tu kawan bagitau saya, dia kurang susu. Macam mana nak menyusukan baby?

Bila kurang pump plus baby kurang menyusu, maka kurang stimulation kepada breast & kurang 'signal' dihantar kepada brain utk produce more hormon penyusuan. Hormon penyusuan kurang, maka production susu pun kurang. Nih la yang dinamakan fisiologi penyusuan (lactation physiology). 

Tapi badan kita nih, Allah buat tersangatlah istimewanya. Dalam pada susu dok nak kering tu, kalau kita revert balik 'sebab'2 tadi, insyaAllah itulah cara yg paling powerful untuk mengembalikan production susu awak. Always remember 'demand and supply' concept. Lagi banyak demand, lagi banyak supply. Lagi kurang demand, lagi kurang supply. Since awak dah kurang demand (kurang pump, kurang direct bf) maka automatically supply pun susut.

Solution terbaik, increasekan balik pumping session & direct feeding. Memula mmg rasa cam sikit aje hasilnya. Tapi, bagilah masa 3-4 hari, betul2 pumping 2-3 hourly jangan skip langsung. Kalau boleh, malam dan siang. Mesti konsisten. InsyaAllah awak akan terkejut dengan hasilnya. 

Utk direct feeding pulak, kalau dah tau anak bf main - main aje bila baring depan tv - maka usahakanlah bawak dia bf kat dalam bilik supaya lebih concentrate. Budak besar tu ada jugak yg jenis main - main. Tapi kita sebagai mak perlu punya idea & kreativiti utk make sure dia minum secukupnya dan sekerapnya. Utk saya, solutionnyer dgn bawak masuk baby ke bilik. Ada mommies lain dengan cara masing2  

Diet tu another thing. Bukannya takleh diet. Tapi if possible, delay kan la sampai dah stop bf nanti. Bukannya lama pun kita nak bf, plg kuat pun 2 th (kalau nak sempurnakan penyusuan tu, mengikut Quran). Lepas tu diet la sepuas hati. Bukannya apa, bila diet tu, ada possibility kita tak cukup kalori utk ditransferkan kpd breastmilk. Demi anak, delaykan la diet tu dulu. Ataupun, janganlah ekstrem sgt - berpada-pada la. Jaga pemakanan dan minuman. Ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. 

Lepas dah buat 3 benda nih dgn bersungguh - sungguh, barulah pikirkan segala food/herbs yg dikatakan boleh memperbanyakkan susu. Tapi sesungguhnya, kalau tak buat 3 step yg kat atas tu, segala food & herbs tu tak dapat memaximizekan sepenuhnya production susu awak.

Memanglah rasa agak pelik, naper dah takde susu, lagi nak perah. Tapi itulah secara fisiologinya utk kita bagitahu badan supaya hasilkan lebih banyak susu. Kalau ibu yg adoptkan baby (yg mana ibu tu langsung tak penah mengandung or melahirkan, apatah lagi menyusukan) pun mampu menghasilkan susu, tambah lagi la kita yg pernah menyusu. FYI, mommies yg adopt baby nih pun, step yg diorang buat pun basically cam kat atas tu jugak.. cuma diorang kena buat lagi lama. Kenkdg sampai sebulan dua baru nampak hasilnya. Plg cepat, dlm 4-5 hari dah berjaya.

Biasanya mesti ramai yang akan cakap camnie.

#1 = Mmm.. Da bleh makan da nie.. Da 4, 5 bln dah bleh makan tepung beras da.
#2 = Bagi la susu (FM) brand *** mesti pasnie Baby lagi cergas, sihat.
#3 = Anak orang tue minum susu FM da nak berjalan da, cerdik da, berisi da badan.
#4 = Bagi susu badan tak nampak Baby minum banyak mana, cuba bagi FM sebotol tue.. Ha.. Kenyang terus..



Takpe, ignore sahaja.



Apepun perlukan banyak usaha. Jangan stress. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p







4 comments:

  1. my first baby dari lahir hingga 2 tahun, minum air zam-zam jer...

    ReplyDelete
  2. Tkkn minum air zam2 semata? Languang tk minum susu? Ke air zam2 tuh kamu buat susu FM? So cemana hasil baby kamu lepas 2 tahun consume air zam2?

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~