Tuesday, March 13, 2012

Zara Amani 12 Month-Young : Week-2

Hello Hello Hello from Baby Center!!

Ada kemungkinan Zara akan merasa sedih sobss sobss mama lagik sedih teww apabila mama meninggalkan Zara sekarang padahal bukan tinggal pergi mana pun, mama pergi kerjalah, she's right on schedule bebeh. Usia 12 hingga 18 bulan adalah waktu perdana untuk kanak-kanak merasa takut untuk berpisah - istilah psikologi  bermaksud anak kecil tidak boleh hidup tanpa ibubapanya di depan mata. Cara terbaik untuk mengendalikan perpisahan yang menyakitkan adalah secara sweet and short. Awwww sweet like candy gitu. Ucapkan selamat tinggal dengan ciuman yang pantas. Air mata anak kecil akan reda sebaik sahaja ibubapanya berada di luar penglihatan. Memang susah sebagai ibubapa untuk tidak berasa bersalah, tetapi dalam jangka masa panjang anda akan membantu anak anda menjadi lebih berdikari. Yeay!!


Di usia antara antara 12 dan 18 bulan, anak anda akan sedar bahawa bunyi yang anda buat seperti membaca - perkataan - sebenarnya bermaksud sesuatu. Lebih banyak anda bercakap dan membaca kepada kanak-kanak pada masa ini,  the better her vocabulary will be.


Dah pandai bye-bye, dah pandai jalan, ada 5 batang gigi, dah ada vocab sendiri, cara untuk menang dengan mudah bila gaduh dengan kak Nayli : geget kuat-kuat ouchhh sampai kak Nayli nangis!


Apapun, remember, your child is an individual.


Perkembangan Zara mungkin tidak sama dengan kanak-kanak sebayanya. Mungkin ada yang tidak boleh jalan lagi, tetapi dah pandai cakap HiHiHi. Semua kanak-kanak dalam dunia ni adalah unik dan meet milestones pada kadar mereka sendiri. Info perkembangan anak yang kita baca di mana-mana sekalipun cumalah garis panduan apa yang anak kita berpotensi untuk capai, jika bukan sekarang tidak lama lagi. Yang lebih penting jika ibubapa ada sebarang soalan mengenai toddler's development, jumpalah doktor.

Gedebushhhh tebaboooooo!


Hadoyaiiiiii alololo kesiannya jantuh tergolek macam nangka busuk. 


Panik kejap mamanyo. Hihihi.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;) ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~