Wednesday, March 21, 2012

Tips Penjagaan Rambut Yang UMPHHHH

Rambut? OmmEmmmmJayyyy! Lamanye tak pergi saloon. 

Rambut yang sihat dan berkilat akan membuatkan kita berasa sihat dan yakin pada diri sendiri. Kan?

Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:
  • Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
  • Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
  • Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
  • Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
  • Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
  • Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya
Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda

  • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur. Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut. Menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.




  • Bila potong rambut kat saloon wajiblah dengar ceramah cara penjagaan rambut yang betul. Disusuli dengan "you nak beli shampoo ni, very good. Nak beli conditioner ni tak, now tengah promotion. Grrrrr"

    Terdapat tiga jenis rambut iaitu:


    1. Rambut berminyak
    Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
    Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
    2. Rambut normal
    Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang.
    Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.
    3. Rambut Kering

    Rambut ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif.
    Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.
    Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.
    Setiap wanita akan mengalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini.
    Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
    Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua.
    Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai.
    Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.
    Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat atau bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut.


    Nyaman tenang bila sesekali dapat steam rambut.

    Kalau nak letak conditioner pulak, always apply conditioner from the ears down. Never condition the scalp. Do not over-condition.(jgn apply conditioner pd keseluruhan rambut dan elakkan terkena pd kulit kepala nanti memudahkan kewujudan kelemumur, ini juga akan membuatkan rambut anda berminyak.


    Yeay!!! Im just 20 years old ok! ;p ╋╋ム╋╋ム╋╋ム"╋╋ム╋╋ム╋╋ム



    Sumber: MyMetro.

    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

    3 comments:

    Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~