Thursday, February 2, 2012

Kilang Susu Tak Mempengaruhi Production Susu Seseorang Ibu





Sebenarnya tadi borak-borak dengan officemate perihal saya yang pam 2-3 jam kat office.  Buat lawak pulak diorang KahkahKah. Nak tergelak pun ada jugak bila orang cakap saiz kilang susu mempengaruhi production susu seseorang ibu. Saiz 'kilang susu' kita nie bukanlah menjadi satu masalah dalam penyusuan. . Tapi faktor yang lebih penting adalah efficiency kilang tersebut. Keupayaan sesebuah 'kilang' itu bergantung kepada sebanyak mana permintaan terhadap pengeluaran. Jika kita tidak menggalakkan pengeluaran hasil (stimulasi pengeluaran susu), 'kilang' besar pun tiada gunanya. Katakanlah pada awal tempoh penyusuan, anak kita belum mahu menyusu, mungkin kerana dia dilahirkan awal dan agak sukar untuk dia belajar menyusu, kita boleh cuba memerah susu yang telah dihasilkan 'dikilang' anda. Dengan cara ini produksi susu yang baru akan terhasil. 


Berikanlah susu yang diperah ini melalui sudu kepada bayi anda. Jangan gunakan botol awal sangat takut berlakunya 'nipple confuse'. Memang sebenarnya 'susu awal ibu' ini memang amat sedikit. Usahlah risau wahai ibu-ibu. Kuantiti yang diperolehi ini sebenarnya memang mencukupi dengan keperluan bayi. Kalau dia menangis, tidak semestinya dia lapar. Cuba periksa kemungkinan yang lain. Selalunya yang terjadi, bila baby mula menangis semua orang dewasa fikirkan baby dah lapar. Mulalah keluar idea susu tak cukuplah, nak cuba bagi susu formulalah. Sebenarnya kita cuma perlu bersabar sikit dan siasat punca masalah. Biasanya instinct mamanya selalu tepat. Ikutlah naluri keibuan anda. Jika anda rasa perlu menyusukan, berilah susu anda. Ingatlah lebih banyak stimulasi permintaan susu, semakin banyak susu yang akan terhasil. Dengan itu susu akan sentiasa mencukupi. InsyaAllah.

Saya rasa pengalaman biasa yang mommies hadapi iaitu susu tak cukup adalah satu pengalaman yang agak biasa dihadapai oleh kebanyakan ibu baru dan tak juga baru. Dari pengalaman peribadi saya sendiri, saya juga sering dilanda oleh soalan-soalan seumpama di atas oleh kawan-kawan. Saya juga selagi boleh akan cuba menjelaskan situasi sebenar kepada orang disekeliling saya (iaitu keluarga terdekat) tentang keupayaan saya menyusukan anak saya. InsyaAllah jika kita berkeyakinan penuh dan mendapat sokongan dari orang terdekat terutama suami sendiri, kita mampu melaksanakan tugas penyusuan ini. Kita harus yakin yang Allah telah menjadikan kaum wanita dengan kejadian biologinya yang istimewa, dan pasti sesuatu kejadian itu bukanlah sia-sia. Oleh itu, kita sebagai makhluk haruslah merealisasikan objektif kejadian itu.


Ingatlah.

Susu seseorang ibu memang mencukupi untuk anaknya sendiri kerana produksi susu bergantung kepada permintaan. Lagi banyak permintaan dari bayi untuk menyusu, lagi bertambahlah bekalan susu anda. oleh itu, jangan sesekali mula memberi susu tambahan(formula) kepada bayi jika anda mahu menyusu secara eksklusif. Sebaliknya, sekiranya anda rasa susu anda seolah-olah kering, minumlah air banyak dan makanlah makanan yang berzat supaya produksi susu anda akan bertambah mengikut permintaan.

Walaupun mommies akan pergi bekerja, tiada salahnya untuk terus menyusu secara eksklusif. Perahlah susu anda semasa anda berada di tempat kerja. Simpan ditempat yang sesuai dan berikan bekalan susu itu kepada penjaga bayi untuk bekalan susu keesokan harinya. Tapi jangan sesekali meninggalkan rutin penyusuan secara natural (direct) pada sebelah malamnya untuk mengekalkan stimulasi pengeluaran susu.

Bayi yang menyusu badan memang lebih kerap minum berbanding bayi yang minum susu formula kerana susuibu lebih mudah hadam. Kalau waktu malam tu bangun 4-5 kali biasalah. Jadi berikan susu anda secara bila ia diperlukan. Lebih kerap menyusu lebih bagus. Takpe masa baby je pun nanti bila dah besar dia lagi suka tengok cartoon dari layan mamanya.

So untuk mewujudkan ikatan "bonding" antara kita dan anak-anak? Salah satunya adalah dengan pemberian susu badan yang diberi oleh seorang ibu dengan penuh kasih sayang muahss muahsss.

Emosi seorang ibu waktu menyusukan anak juga tersangatlah penting dalam menentukan kualiti susu yang terhasil. Ya, kita hidup bukan hanya dengan jasad dan akal semata-mata, tapi ingatlah ada dua lagi unsur yang sangat mendominasi segala urusan jasad dan akal kita iaitu unsur ROH & JIWA.

Harga sebuah kasih sayang dan ketaatan seorang anak tak mampu dibayar walau dengan emas setinggi gunung.


Saya doakan segala yang terbaik buat semua mommies yang awesome.


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~