Wednesday, February 15, 2012

Bila Rotavirus Mengganas Menyerang Bayi Di Perak. Ouch!!

 Pheww negara dikejutkan dengan penyakit yang pelik-pelik. Tengok tak Buletin TV3 hari Sabtu lepas.

WABAK ROTAVIRUS MENYERANG BAYI DIPERAK

 Merebak akibat sistem saliran air kat negeri Perak yang tercemar. Oh my. Oh my. Kalau ada anak-anak kecik memang risau sangat. Budak kecik tak macam orang besar, mereka mudah di serang penyakit.

Sedikit rujukan. Sumber dari BERNAMA.
TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak. Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini. Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.
Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu. Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain. Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang. Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.
Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang. “Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam.Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.
“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. “Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.
Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus

Apa yang saya faham rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkit. Ohoiii bunyinya sangat menakutkan sebab ianya boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Banyak simptomnya seperti cirit birit yang teruk dan dehidrasi akibat kehilangan banyak air.

Jangan anggap sesuatu yang normal kalau anak dijangkiti cirit birit selama tiga hingga sembilan hari dan boleh berlanjutan sampai tiga minggu kerana ia sebenarnya boleh membawa maut. Ouchhhhh!!!!

Apa yang saya faham lagi penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Rotavius tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan yang disentuh pesakit.


Jarang sangat kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan cirit-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang mesti dua kesan sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ianya tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal dan mudah mengjangkit. So ibu bapa perlu ada kesedaran sebelum rotavirus menyerang kesian tubuh bayi nanti akan menderita.

Kalau ada yang tahu, dulu ada research mengatakan vaksin ini haram sebab ada DNA babi tapi petikan daripada Utusan Online oleh Perunding Kesihatan Kanak-Kanak dari Hospital Pakar An-Nur, Dr. Khairul Azman Mohd Khalid berkata, vaksin ini secara umumnya halal. "Ada fatwa sudah dikeluarkan dan mengatakan bahawa beberapa jenis vaksin yang dulu diragui halal kini telah disahkan halal seperti rotavirus. Memang vaksin tiada mengandungi unsur babi dan fatwa mengatakan kita boleh mendapatkan vaksin tanpa was-was."

Ok usah ragu-ragu lagi ye.

Untuk info kedua-dua anak dara saya Nayli & Zara tidak mengambil vaksin rotavirus kerana mereka hanya check up di klinik kesihatan saja. Kalau nak ambil vaksin ni kena pergi private hospital sebab hospital kerajaan tak menawarkan vaksin ini. Bukan nak kedekut duit ke apa sebab tak ambil suntikan ini tapi saya sangat berfikiran positif yang imune ketahanan badan anak-anak saya adalah kuat. Alhamdulillah, so far mereka tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah yang tak terhingga ini.

Apapun advice from my friend Dr@ Hospital Ampang menambahkan keyakinan saya bila saya bertanyakan patutke saya mengambil vaksin ini bila saya rasa situasi sekarang agak merbahaya. Jawapannya:

"Tak perlu. Continue breastfeeding to ensure system healthy & strong. Rotavirus ni boleh lawan kalau immune kuat. Breastfeeding boleh promote probiotics, which boost gut flora & prevent viral diarrhea/vomitting"

Wowwww! Awesome. Susu ibu, tiada yang lebih baik darinya !!!


**********************************************************

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami dan anak-anak dari penyakit yang merbahaya. Amin.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)  















3 comments:

  1. risau gak bila baca pasal ni. semoga anak2 kita dilindungi. anak syl bf jugak.. just risau kebersihan di taska je. harapnya takle rotavirus ni menular ke tempat kita.

    ReplyDelete
  2. risau jugak..da la dekat dgn kawasan rumah kes kematian tu..mtak2 xde aoela..adik suruh gak bawak syahmi amek suntikan tu..tp rasa cm x perlu je..
    syahmi still breastfeed lg..semoga anak kita dipelihara Allah hendaknya..

    ReplyDelete
  3. Konpius plak nie.. E-fatwa kate xbleh ambik rotavirus.. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~