Saturday, February 18, 2012

10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran



Rasa-rasa beranak tu sakit tak? Siapa yang pernah beranak tu tau lah. HiHi. Alhamdulillah pengalaman beranak saya takdelah macam mimpi ngeri yang teruk sangat sampai tobat dah taknak beranak lagi. Walaupun pengalaman beranak anak pertama lebih senang sebab pecah air kutuban dulu manakala anak kedua pulak overdue kena induced tapi pengalaman di labor room lebih kurang sama, lepak di labor room lebih kurang 3 jam menahan contraction dengan wayar keliling pinggang sebab doctor  nak monitor jantung baby. Kedua-dua kelahiran secara normal dan saya tak pernah ambil suntikan epidural dan suntikan yang sewaktu dengannya juga vacuum or forsep. Fuh banyak betul terms nak beranak ni kan.

Kenangan seminit lepas beranak memang sampai bila-bila tak boleh lupa. Masa tu rasa macam baru keluarkan sebijik watermelon yang sangat besar dalam perut. Memang lega sangat-sangat-sangat.


Ini baby Zara Amani.





Suka sangat cium masa ni sebab ada bau-bauan baby. Tapi sekarang cium bau biskutla, bau papayala (Zara memang suka sangat makan papaya macam kak Nayli jugak!) erkss, macam-macam bau lagilah. Bau mucuk + maceem + wangi. 


Ini pun baby Zara Amani.




Sedikit info yang saya baca mengenai kelahiran:


1- Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. Oh anak-anak saya lahir pada minggu ke 38 dan 40. Sangat betul penyataaan ini.



2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.



3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.



4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin  disebabkan oleh perubahan hormon badan.



5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.



6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Woww just imagine. Patutlah pun. Speechless. Hanya orang yang dah pernah beranak je tau.



7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.



8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.



9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.


10- Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahlan pahala menunaikan haji.


Sekian.





Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~