Friday, January 6, 2012

Sudahkan Anda Memberi Ubat Cacing Kepada Anak Anda Setiap 6 Bulan

Selamat HAri Jumaat yang indah,


Hari ni jom cerita pasal cacing. Eee geli tak. Janganlah geli, info yang bagus ni.

Dah bagi ubat cacing kat anak anda tak? Untuk saya tiada masalah kerana saya memang pergi pemeriksaan untuk NAyli kat klinik kesihatan di mana pemeriksaan semasa umur 2 tahun doktor akan bagi sekali dengan ubat cacing. Free je semua tu terima kasih pada kerajaan pemerintah  yang baik. Alaa, kecik cinonet je botol ubat cacing tu. Kalau beli kat farmasi tak taulah berapa ringgit. Ya, ubat cacing perlu diberi setiap 6 bulan untuk pencegahan, tapi dalam kes yang lebih serius perlu diberi setiap 3 bulan Bagaimanapun ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun hendaklah dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Ingat lagi dulu kat nursery NAyli suka tidur terbonggeng sambil meniarap. Kakak kat nursery cakap kanak-kanak yang suka tidur macam tu banyak cacing. Ye ke? Oo tak tau pulak related ke tak yang pasti ubat cacing telah selamat diberi pada NAyli. Lepas tu Nayli pun tak tidur sambil terbonggeng lagi. Ohh betul kot. 

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia, tak kiralah tua atau muda tapi usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah enam hingga tujuh tahun dan usia dan usia yang kurang dijangkiti adalah di bawah umur setahun. Jangan pandang remeh dengan penyakit cacing ini ok kerana apabila seseorang kanak-kanak dijangkiti penyakit cacing, cacing betina akan keluar pada waktu malam dan bertelur di sekeliling dubur. OMAIGOD OMAIGOD TAKUTNYA

Jika kanak-kanak menggaru dubur, telur akan berpindah ke tangan dan celah kuku jari, seterusnya objek lain yang disentuh seperti tangan dan berus gigi. Telur cacing boleh hidup selama 2 minggu, akan ditelan oleh orang yang memasuki objek yang mengandungi telur cacing ke dalam mulut mereka. Telur ini akan masuk ke dalam badan dan menetas dalam usus, seterusnya memulakan kitaran hidup sekali lagi.

Banyak risiko buruk akibat cacing pada kanak-kanak yang tidak kita ketahui. Penyakit cacing yang tidak dirawat boleh menyebabkan banyak komplikasi antaranya kekurangan darah kerana cacing kerawit misalnya boleh menghisap darah dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh menganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap yang lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Kita boleh mengurangkan risiko terjadinya penyakit ini dengan:

- membasuh tangan dengan bersih dengan menggunakan sabun selepas bermain di luar rumah atau dengan haiwan peliharaan sebelum makan.
- tidak makan salad mentah yang belum di basuh.
- tidak bermain berkaki ayam.
- tidak berkongsi botol air di play school.
- tidak makan daging kurang masak.
- tidak minum air yang tidak dimasak atau tidak di tapis.

Cacing oh cacing. Bahaya sungguh kami. SYHH SYHH pergi main jauh-jauh.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. yela nak bg pada sarah ..huhu ashraf masih baah dua tahun baru nk jmpa doktor enjet tuk setahun 6 bulan punya

    ReplyDelete
  2. Yey..taknak komen pasal Cacing. HIhi. tp nak reply komen Akma ni
    tumpang tanye ye kakak, agak2 berapa lama cheque nuffnang akan sampai after kite tekan butang cash out ye.

    Oke, jawapan dia kurang 2 bln. Dalam sebulan lebih tgk pada tarikh cash out. Better cash out ujung2 bln supaya cek tu leh smpai cepat. Sbb dia akan kumpul seme utk bln tu, dan diproses pada ujung bln. Bila dah ujung bln akan amik masa dlm 2 mggu la utk smpai ke kita. Akak retu cash out 4 november dan date pada cek adalah 3 Januari 2012. (2 bln sbb akak cash out awal bln)

    ReplyDelete
  3. info yg sangat menarik. thanks for sharing! :)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~