Thursday, January 5, 2012

Ketabahan Seorang Ibu Menyusukan Anaknya

Salam untuk mommies yang awesome,

Pagi ni saya ternampak satu pic. Sangat menyentuh hati. SANGAT!!!!




Jangan anggap ini gambar 18SX ok. Think positive-lah. Common bebeh. 

Terkesima kejap tengok gambar ni. Menitik air mata. Gambar yang mempunyai 1001 cerita di mana ketabahan seorang ibu yang serba kekurangan tapi masih menyusukan anaknya, Ya Allah, murahkanlah rezeki ibu ini. Bersyukur diberikan rezeki untuk baby saya. Limpahkan lah jua rezeki untuk semua ibu dan anak di seluruh dunia. Amin.

Terasa sangat beruntung kerana saya diberi kesihatan yang sihat, hidup di negara yang aman dan makmur, rezeki mencurah-curah untuk diri sendiri dan keluarga. Saya boleh makan macam-macam untuk banyakkan susu, tapi cuba tengok si anak dalam gambar ni. Sampai kering dia hisap susu ibunya kerana lapar. Sobssss. 

Mengikut info yang pernah saya baca, susu ibu masih yang terbaik walaupun mommies yang berada di negara yang kebuluran kerana susu ibu telah di cipta oleh Allah SWT untuk sesuai dalam apa jua keadaan.

Kuatkanlah semangat saya untuk meneruskan perjuangan ini. Permudahkanlah kepada kami para ibu untuk memberikan susu pada anak. Muhasabah diri yang sangat-sangat baik untuk kita semua.

Sharing is caring. Sekadar nak berkongsi, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai mengepam. Sikit atau banyak sekalipun, jangan mengeluh sekurang-kurangnya kita masih diberi rezeki oleh Allah SWT untuk menyusukan anak kita.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

4 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~