Friday, December 2, 2011

Peranan Bapa Dalam KEjayaan Penyusuan Susu Ibu



Kalau nak cerita pasal breastfeed memanglah 100% dituju untuk para mommies. Kan? Kan? Hiks! Kadang-kadang bila tengok si papa duduk senang lenang lalalalalalala mama jeles la jugak hihihihi then si papa tu mesti jawab "kalau saya ada susu dah lama saya bagi" wargghh warghh warghh.

Sesungguhnya Allah tu maha segala-galanya. Insyallah ganjaran yang diberikaNYa tidak ternilai bagi mommies yang sedaya-upaya menyusukan baby mereka. Amin.

Di sini, just ingin berkongsi maklumat-maklumat yang saya dapat berkaitan peranan bapa dalam kejayaan penyusuan ibu. Sebab bila si baby fully breastfeed, si mummy memang dah tak boleh nak buat apa time breastfeedkan baby. Kalau sejam baby menyusu, sejam jugaklah si mama tak boleh buat benda lain, time ni lah pertolongan dari husband sangat diperlukan eg: tutup api kat dapur, sidai baju, sambung basuh pinggan mangkuk hihihi.

Ini adalah ringkasan dan translation daripada salah satu artikel yang saya baca.

Kebanyakan bapa sering salah faham dan menyangkakan bahawa mereka tidak memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan penyusuan ibu. Mereka seringkali menganggap bahawa mereka hanya memainkan peranan yang pasif dan sebagai pemerhati sahaja, yang juga menyebabkan mereka terasa tersisih daripada keintiman yang terhasil daripada proses penyusuan ibu ini. Hakikatnya, kejayaan atau kegagalan penyusuan ibu bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak bapa.

1. Ketua Keluarga

Sebagai ketua keluarga, bapa mempunyai kapasiti dan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju rumah tangganya. Dia harus memandang positif proses penyusuan ibu, dan kesannya terhadap keluarga, khususnya perkembangan anak, sekaligus memberi sokongan 100% kepada pasangan hidupnya. 

Sebagai ketua keluarga juga, bapa bukan sahaja patut membenarkan kaum ibu untuk menyusukan anak, malah mereka juga berperanan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif untuk menjadikan proses penyusuan ibu lebih efektif. 

2. Sokongan dan Galakkan

Proses penyusuan ibu, biasanya menagih komitmen yang cukup tinggi dari kaum ibu, sama ada dari segi mental atau fizikal. Lazimnya, kaum wanita yang baru sahaja menjadi ibu buat kali pertama, akan merasa takut dan sangsi dengan kebolehan diri sendiri untuk menjaga bayinya yang baru lahir ke dunia. 

Di sinilah, pihak bapa perlu memberi kata-kata semangat dan galakkan untuk menguatkan lagi semangat pasangan masing-masing agar meneruskan usaha murni mereka.

Di dalam suasana di mana kata-kata yang sesuai tidak dapat diungkapkan, kadangkala para suami hanya perlu pendengar setia kepada luahan pasangan tercinta. Pada waktu yang sama, kehadiran di sisi isteri pun kadang-kadang sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada mereka.

3. Bantuan Praktikal

Selain daripada sokongan moral dan galakan, pihak bapa boleh membantu secara langsung dari segi fizikal. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah seperti menyediakan makanan ketika isteri sedang menyusukan anak, mengurut isteri yang lenguh dan memegang anak ketika isteri perlu ke tempat lain untuk sementara waktu.

Pihak bapa juga boleh membantu menggantikan isteri melakukan sedikit sebanyak kerja-kerja rumah yang selalunya dilakukan oleh isteri seperti membasuh dan menjemur baju. Ini secara langsung atau tidak langsung dapat meringkankan beban isteri dan memberi peluang kepada isteri untuk menyusukan anak dengan lebih baik.

4. Membentuk Hubungan Erat dengan Anak

Walaupun ikatan yang dibentuk di antara seorang anak dengan ibunya ketika proses penyusuan ibu sangat intim, tetapi ini tidak bermakna hubungan seorang anak dengan ayahnya pada peringkat ini tidak penting.

Malah, menjadi kewajipan bagi para bapa untuk membina ikatan yang sama kukuh pada peringkat ini. Satu kajian di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada pihak bapa terdedah kepada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti keganasan, penyalahgunaan dadah, jenayah dan masalah sosial lain.

Seorang bapa perlu mengambil peluang untuk membentuk ikatan dengan anaknya pada peringkat awal kelahiran. Ini dapat dilakukan melalui sentuhan, memandangkan sentuhan adalah deria bayi yang paling kuat dan terbentuk ketika baru lahir. 

Walaupuan lazimnya, pihak ibu yang banyak meluangkan masa dengan anak seperti menyusukan, memandikan, memakaikan baju dan sebagainya, pihak bapa boleh memberitahu pasangan masing-masing bahawa mereka juga ingin terlibat secara aktif di dalam pembesaran dan penjagaan anak.


Ketahui manfaat memberi susu badan. Selain memberi khasiat penuh kepada bayi, penyusuan badan memudahkan kita suami isteri pergi ke mana saja kerana tidak perlu membawa peralatan menyusu yang perlu dibasmi kuman setiap kali sebelum digunakan. Pemberian susu badan boleh dilakukan di mana saja dan pada bila-bila masa. Jadi mommies sebenarnya ada lebih banyak masa untuk bersama rakan dan keluarga. Berbangga anda menjadi suami yang mendorong penyusuan badan kerana kita secara tidak langsung menolong membantu memberi makanan lengkap kepada anak.


Bagi isteri yang suaminya tak menyokong atau tak berapa menyokong jgn putus semangat. Teruskan selagi terdaya setidak-tidaknya untukk anak dan kita sendiri. Pandang muka bayi yang comel dan kiut tu dan katakan SAYA BOLEHHHHH!!! CLAP YOUR HANDDDDD LALALALA!

Anyway,

Perlu diingat, tanggungjawab penyusuan sebenarnya terletak di atas bahu si bapa pada hakikatnya! Yeay!!!



Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~