Wednesday, December 14, 2011

Ombak Rindu Laa Jugak



Dulu baca kat novel synopsis cerita lebih kurang macam ni. 

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Erkss sejak dah beranak pinak ni memang tak pernah langsunglah pergi cinema. MAcam mana nak pergi ada dua orang askar yang comel. Secara jujurnya tak pernah lagi baca komen yang tak best melainkan semuanya yang best-best belaka except kat Wardina Official Fan Page. Bila cerita ni dah melethop lethop, kat FB & BELOG pun penuh dengan posting pasal cerita ni, mulalah pasang strategi nak pengaruh Enchek Husband pergi tengok.

Komen Enchek Husband " WAHAHAHAHAHA. Tengok Ombak Rindu???" Makan KFC lagi lah best!"

Tulah dia, bila cakap pasal makan saya memang lah lagi terliur dari pergi cinema, KFC die hard fan gituu. Bukan KFC je memang suka makan sampai lebam banyak nasib baik tak demoks sangat. Hihihhihi.

Tak boleh komen lah pasal cerita ni sebab tak tengok pun lagi. Tak tengok pun takpe alaa tak lama lagi sure keluar kat Astro First punya.  Kalau pergi tengok pun mungkin sebab nak tengok Pak Aaron Ajis gitu. 


Kan???

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. muahahaaa..bab jawapan husband tu y plg tak tahan..

    ReplyDelete
  2. cite ni TAK best punnnn...!!!
    slow dan lembap!
    sila makan KFC lgi best dari tgk cite ni...
    hahaha

    ReplyDelete
  3. oklah mcm tu makan KFC dan tunggu next wik mesti dah keluar pirate CD punye. HikHikHik!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~