Monday, December 5, 2011

Oh Sungguh Tak PAtut Bila Harga Barang Naik Lagi


Semalam saya dikejutkan dengan posting kenkawan kat wall Facebook. Susah nak cari susu anak di kedai-kedai runcit mahupun Speedmart 99 last weekend. Satu taman cari pun takde jual. Haishhh. Sebab nye nak tau apa?


Harga susu bayi akan naik lagi!!!


OmmEmmJay.


Mujur yang minum susu formula Nayli sorang je. Mujur jugak dia serasi dengan brand susu yang murah-murah saja. Lactogen lah. Cuba kalau minum Enfragrow. POKAI. Breastfeeding is the best yeay!!!


Sudah ada tanda-tanda kenaikan barang walaupun tirai 2012 belum berlabuh. Apelagi sudah menjadi rutin setiap hujung minggu akan bersarapan pagi bersama suami & anak  di restoran mamak berdekatan. Melantak makanan kegemaran rakyat Malaysia lah apelagi. Roti canai, nasi lemak & teh tarik. Yeay!! Kalau dah keluar bersarapan,  mestilah secara tak langsung singgah membeli barangan dapur biasalah pada hujung bulan sudah kehabisan. Lagi pun lampin pakai buang anak baby Nayli & Zara tinggal beberapa keping sahaja lagi sementara hendak tunggu cukup bulan. Bukan nya saya sebagai pembeli je terasa,  tanda-tanda harga barang naik ia turut diakui oleh pemilik runcit.


Hey hey hey kan betul kerajaan mengumumkan pembentangan bajet 2012 ada kenaikan gaji penjawat awam akan memberi kesan kenaikan harga barang. Walaupun kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikkan harga barang oleh peruncit ia ternyata sama sekali tidak menghalang untuk peruncit menaikkan harga. Peruncit mungkin mempunyai alasan sendiri dengan alasan air bah melanda di Thailand dan musim Tengkujuh semakin menghampiri menjadi modal untuk menaikkan harga. Susah hendak agensi kerajaan untuk memantau peruncit yang menaikkan harga sewenangnya.

Kadang-kadang bosan dengan alasan klise pihak tertentu yang boleh diteka setiap kali ada kenaikan harga barang. Kalau ikutkan pembentangan bajet 2011 banyak pemansuhan cukai tetap tidak menghalang kenaikan harga barang.

*Apo nak jadi ni jang??? KAn dah terkeluar bahaso Nogori.



Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~