Saturday, December 24, 2011

Makanan Yang Boleh MEnambahkan Susu Ibu

Hello happy weekend peeps,



Mari sini nak bercerita sedikit. Saya ni adalah forumer yang separuh tegar lah jugak kat Facebook page "Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM)". Ada seorang kawan recommend join that page haritu. Oklah bila ada masa boleh tolong reply soalan mommies yang ada problem pasal penyusuan susu ibu. Kagum sebab semakin ramai mommies yang berminat dalam dunia penyusuan susu ibu. Yeay! Selain itu dapat juga belajar dan tahu benda yang saya tak tau selama ini. Oh marilah join ramai-ramai, memang sangat bagus. Sharing is caring so jangan malu-malu.

Bila selalu join kat sana, perasaan jugak soalan yang paling kerap ditanya dan saya sedikit hampa  kerana biasanya bila mommies yang mengalami penurunan bila mengepam susu soalan pertama yang ditanya mesti berbunyi lebih kurang macamni.

"nak makan apa untuk banyakkan susu???"

or

"nak makan supplement apa untuk banyakkan susu?"

Saya tak nafikan memang sedikit sebanyak makanan or supplement menambahkan susu memang boleh membantu tapi kita kena tahu kunci kejayaan yang paling penting sebenarnya adalah kerap kosongkan breast dengan direct breastfeed baby or mengepam. Saya perhatikan ramai mommies yang makan bermacam-macam supplement kadang-kadang sampai 4-5 jenis supplement menambahkan susu sampai saya pun gerun tapi cuma mengepam sekali sehari je. Oh sedihnya. Salah tu.

Janganlah begitu. Tiada guna sebenarnya menunggu breast bengkak baru nak mengepam aku ni cakap je pandai tapi aku pun macamtu GRRRR geram. Percayalah kunci utama adalah kosongkan breast sekerap mungkin kerana formula yang mommies perlu ingat sebenarnya adalah supply vs demand.

Lagi satu mommies yang menyusu sering buat interpretasi sendiri samada bayi cukup susu atau tidak berdasarkan gelagat bayi. Sukar untuk tentukan jumlah susu ibu yang telah diberikan jadi kita pula buat andaian sendiri. Saya bagi sedikit contoh berdasarkan pengalaman saya ye.

1. Kekerapan bayi menyusu. Ada ibu bapa jangka bayi perlu menyusu mengikut sela waktu tertentu. Ada jadual bila perlu menyusu. Bayi perlu menyusu mengikut keperluannya sendiri mengikut kekerapan untuk membesar. Kadang dalam sehari kekerapan menyusu berbeza waktu pagi dan petang. Kalau kena bangun 5-6 kali pada waktu malam nak menyusukan baby standard-lah. Sejujurnya di usia baby Zara nak masuk 10 bulan dia masih bangun 5-6 kali untuk menyusu pendek kata setiap 2-3 jam sekali. Tapi takdelah menyusu lama sangat sometimes tak sampai 5 minit saja nak ngendeng-ngendeng kat mama dia. Tak cukup tidur? Dah biasa sangat tu. Hiks!

2. Bayi tiba-tiba kerap menyusu dan payudara terasa lembut. Kita sebagai ibu risau susu tak cukup. Ini sebenarnya bagus kerana payudara kosong sebab bayi kerap menyusu dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu. Jangan risau susu akan re-fill kembali. Kita ambil konsep kalau kita flush kat toilet. Lepas tank kosong automatically akan di isi penuh semula. 

3. Bayi makin kurang menyusu, jika kerap merisaukan, kurang juga merisaukan. Kemungkinan bayi mendapat susu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa output lampin bayi. Kalau kencing & berak ok, jangan risau.

4. Bayi menyusu sekejap. Mungkin biasa dengar perlu menyusu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya semua ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada sudah dapat menyusu dengan banyak jika aliran laju dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.

5. Bayi menangis dan menyusu 1 botol susu lagi selepas menyusu badan. Adakah kerana ia memang lapar atau ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Selain lapar menangis boleh disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung. Tak semestinya menangis sebab nak susu je. Eh common-lah.

6. Bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba tekan sedikit payudara semasa menyusu untuk memperlahankan flow.

7. Meragam ketika lepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu. Cuba alih perhatiannya dengan berdukung atau menyanyi

8. Bayi tak tidur sepanjang malam. Normal bayi bangun banyak kali dalam setahun pertama. Tidak normal jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama. Ini mungkin tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Selain itu bayi bangun kerap mungkin juga sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi semangat nak cuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.

9. Baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu badan. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu, dan kita pula sangka bayi tak mahu menyusu. Biasa bila bayi dah dapat susu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.

Pengalaman saya masa memula menyusu dulu, saya sangka perlu jadual. Jika belum masa tidak payah menyusu. Lama kelamaan saya belajar dari pengalaman. Beri bila mereka nak tak kisahlah kerap macam mana pun. Part baby Zara lagi kerap saya perlu menyusu sebab dia jenis hisap sedikit sahaja lepas tu suka main dengan kakak Nayli. Lagipun bayi menyusu badan tak lama 2 ke 3 tahun sahaja bukan sepanjang umur hidup mereka! Penat? Fikirkan usia mereka bersama kita tak sampai suku jika mereka hidup sehingga 60 tahun, jadi masa bayi inilah peluang rapat dan lebih masa bersama. Proud of all mommies out there!

Penyusuan susu ibu bukan semata-mata sebab nak mengikut orang tapi kena ada sedikit ilmu. Bukan senang sebenarnya tapi takdelah susah sangat. Yakin boleh! Yeay!

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~