Tuesday, December 20, 2011

Bila TV9 Keluar Kisah PAsal Nama-Nama Anak Jin

Memang gempak kejap lah hati ini. Terkesima pun ada.

Selama saya hidup kat muka bumi ni baru first time dengar info macam ni. Sumpah sebelum ni saya memang tak tau jin ada nama.



Saya baru baca dekat facebook yang kalau boleh jangan namakan anak -anak kita dengan nama seperti di bawah Jeng Jeng Jeng:


1.qistina


2.batrisya


3. najwa


4. zakuan


5. erisya


6. balqis


Sebab apa tak boleh namakan anak kita dengan nama tue?? Sebab tue nama anak jin dan nama tue boleh datangkan penyakit misteri. OMEMMMJAYYYYYY!!!! Takut jugak HELP HELP.


Walaupun ada setengah orang yang berfikiran moden akan merasa benda ni lawak giller tapi pada pendapat saya sometimes kita kena dengar dan ambil pandangan orang lain jugak sebab dunia ni memang penuh dengan misteri Tuhan yang kebanyakannya kita tak mampu rungkai. Wallahualam.


Pernah tak dengar mengenai kenyataan, "sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.." kita juga perlu hormat pendapat mereka yang arif dalam agama kecuali kita memang lebih banyak ilmu dari mereka.



Apepun info nie dapat dari Ustaz Sharhan Shafie. Apa kita dengar tak semua boleh percaya. Kena rujuk pada ustaz-ustaz lain juga, dari pelbagai sumber sebab tak semestinya dia ustaz semua apa yang dia cakap tue betul. Kan?

For info:


Ini benda yang saya baca tu keluar dalam TV:

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..


1. Balqis


2. Qistina/Kistina


3. Najwa


4. Zakuan/Zaquan


5. Batrisya


6. Erisya


Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.


PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.. ^^ 


Info lain pulak yang baru saya baca:


"Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertentu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis sahaja yang elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran."


Uik????

Apepun saya cadangkan kalau korang nak tau cerita sebenar contact  Ustaz Sharhan Shafie  cuba tanya dia sendiri. Dia mmg tau byk pasal hadis and tafsir Quran. Nanti kalau dorang dah bagi jawapan post la kt sini ok.


*yelah, nak letak nama anak pun kena fikir 1001 jugak. 


Sharing is caring


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

7 comments:

  1. tulah...
    ada gark baca kat fb
    both Qistina and Batrisya ada pada nama Batrice.
    harap yang terbaik utk anak2 kita

    ReplyDelete
  2. Batrice tu sape?bagus share info nie..TQ

    ReplyDelete
  3. ooo baru perasan. Batrice tu nama anak puan Zana Nordin kot....

    ReplyDelete
  4. oooo... ada makna elok tapi jin pakai la pulak... hhhmmm...

    ReplyDelete
  5. i letak nama anak i Ahmad. satu sebutan ayat sahaja. mudah,
    http://mybabyahmad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Bleh tengok videonya kat sini dan sama2 fikirkan http://www.youtube.com/watch?v=AVxQq4Q-3lU

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~