Friday, November 4, 2011

Memahami Konsep Kenapa Saya Jarang Memasak dan Fully Breastfeed



Orang selalu kata, kalau nak jimat masak di rumah. Kalau nak jaga perut suami mestilah dari air tangan isterikan. Hiks!





Beras pulak, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Contoh macam basmaathi memanglah mahal tapi sangat baik untuk kesihatan. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras kalau dimasak akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk pulak bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna ala ala Tefal gitu. Periuk kalau non stick ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi untuk dimakan.

Ini cerita mereka yang masak di rumahlah. Kalau macam saya yang selalu tapau kat kedai lainlah pulak.

Bagi saya yang nak sentiasa nak cepat rasa makan diluar lagi mudah. Ini cerita on weekdays la kadang-kadang terlajak jugak sampai ke weekends.  Hey hey nobody perfect ok. Lagipun kadang-kadang malam saya tak makan nasi cuma makan roti pun dah cukup so Enchek Husband makan sorang je rasa macam tak worth it pulak kena masak sampai terbang periuk macam superman tapi yang nak makannye sorang lainlah kalau anak-anak dah besar panjang. Biasanye Enchek Husband balik kerja lambat just imagine nak masak sorang diri bersama dua askar yang sangatla tangkas seperti Girl Powers oh sila fikir 100x dulu. Kalau tapau dapur pun tak bersepah dan hidup lebih mudah. Yang paling penting Enchek Husband pun tak kisah  mestilah kena kesian kat bini dia kan. Thank you for understanding yeay!!  KAdang-kadang kalau kami makan berdua 100% tapau kadang-kadang tu sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Kadang-kadang tu pulak 100% masak sebab dah loya tekak asyik tapau je. Lainlah kalau weekend memanglah rajin masak sikit sebab takde banyak sangat benda yang nak dikejarkan. Chill.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah dalam hidup ni kita ada banyak pilihan dan terpulang pada kerajinan masing-masing dan diri kita sendiri. Mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah pun sebab setiap orang mempunyai kelebihan, kekurangan, kemalasan dan kekangan masing-masing tapi yang terbaik mestilah masak di rumah sebab dah sah-sah makanan anda tak mengandungi pak-aji dan perisa tambahan. Samalah jugak maknanya yang terbaik itu semestinya adalah menyusukan anak sebab susu ibu is da best. Semua orang dah tahu. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu.

Apapun kalau dah nama mommies semua mempunyai satu tujuan untuk memberikan yg terbaik utk anak kita. MEmang kena berkorban sikit.


**************************************************************************************************************

Selamat Menyambut Aidiladha 1432H. Balik mana tahun ni?? Saya balik Seremban. Yeay!!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

4 comments:

  1. heee setuju ngan pendapat akma...

    masing2 punya pilihan kan...kra sama la ngan kita kalau weekdays sama2 keje... balik plak smpai umah dh kul 9-10.. tapau ajala..kalau msak pun yang simple mcm maggi goreng... kekadang hubby minta buat milo atau teh..roti cicah ngan sambal tumis..laju aja makn

    kalau weekend nak masak kena tgu dua ultroman tido..kalau tak memang tak terkejar... heee alhamdulillah hubby memahami

    ReplyDelete
  2. heheeh..betul22saya masak kat umah..tapi iron baju anta dobi..balik Bkt tinggi..tp takut..jiran Makmertua..dah meninggal 3 hari baru sedar..uhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. anak2 mash kecik berbaloi beli jerk akma....akak dulu pon mcm tu jugak:) tp bila anak2 dah besar mereka dah pandai demand nak makan mama masak, so skrg akak aktip kat dapor...terbanglah segala periuk mcm superman :):)

    ReplyDelete
  4. hehe..ayu pun dulu masa awal2 dapat danial 4-5 bulan gak la makan luar @ tapau..lepas tu baru la rajin sikit masakkkkk

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~