Sunday, November 27, 2011

Fenomena Yang Menakutkan Bila Baby Zara Tumbuh Gigi. Awww

Tumbuh gigi???

Ada baby yang cepat tumbuh gigi. Ada yang lambat. Rasa nye mommies semua tak perlu risau kot pasal baby yang lambat tumbuh gigi. Dari pengalaman sendiri big baby Nayli start tumbuh gigi at 7 months and baby Zara at 8 1/2 months. Eh setiap baby kan unik dan berbeza. Masa anak first dulu bila anak orang lain yang lebih kurang sebaya dah tumbuh gigi risau gak, bila le agaknye anak aku ni nk tumbuh gigi. Tapi alhamdulillah setiap baby lain caranya.

Ramai orang war war kan, kalo baby nk tumbuh gigi dia akan demam. Hari tu saya ada tanya doctor pasal kaitan tumbuh gigi dgn demam kat doctor kebetulan dulu masa Nayli nak tumbuh gigi sulung memang demam panas.. Acccording to doctor, tak ada kaitan langsung sebenarnya, kadangkala secara kebetulan je. Dia kata anak dr 3 org tak pernah demam bila tumbuh gigi. Ooooooooo macam tu.

Tulah yg saya cakap kat doctor kenapa biasanya baby demam bila tumbuh gigi tapi dia tetap cakap itu kebetulan. So entahlah. Tapi the bottom line is as long as suhu baby tak over 38'c i think it is quite ok. Doctor pun kata baby normal demam on and off sbb dia tgh build up their antibodies, Cuma as a mother kita tak naklah tengok anak sakit. Cuma kalau boleh kita nak ganti tempat anak yg sakit lagi.

Dan yang pastinya saya pun taktau bila baby Zara start tumbuh gigi sebab memang takde tanda langsung eg: demam or merengek tapi tetiba je rasa ewwwwww gigitan manja bila breastfeed dia. Bila check, OMMMEMMJAYYYY dah tumbuh 2 batang sekaligus kat gusi bawah. Phewwww dan bermulalanya NURSING STRIKE.
.
Memang ada satu terma di dalam penyusuan susu ibu yang dipanggil
'Nursing Strike'. Keadaan ini wujud pada umur bayi 3 bulan dan 8 bulan , di mana bayi yang sebelum ini menyusu dengan baik, secara tiba-tiba menolak untuk minum dari ibunya tanpa sebarang sebab. Kemungkinan ada sebab tertentu tetapi setakat ini, tiada sebarang sebab yang mutlak terhadap fenomena ini.

Antara kisah yang saya baca yang boleh menjadi penyebab 'Nursing strike' adalah:

"Satu ketika bayi minum susu ibunya dan tiba-tiba dia tergigit puting ibunya secara tidak sengaja. Ibu pula disebabkan rasa sakit, menjerit dan bertindak spontan seperti cuba melepaskan puting dari bayi. Sesetengah bayi tidak dapat menerima keadaan seperti ini dan berasa amat kecewa. Seterusnya, bayi mungkin bertindak seperti merajuk setiap kali ibu cuba menyusukan semula."

Walau bagaimanapun, 'Nursing Strike' boleh berakhir dengan sendiri dalam beberapa hari. Cuba cari penyebab kepada keadaan ini dan dalam masa yang sama cuba pujuk semula bayi. Kebiasaannya, dalam fenomena ini, bayi boleh menyusu apabila dia dalam keadaan mengantuk dan tak berapa sedar. Gunakan kesempatan ini untuk menyusukan bayi. InsyaAllah, proses penyusuan akan kembali pulih apabila bayi telah dapat melupakan penyebab 'Nursing Strike'nya.

Saya ada baca mengenai masalah bayi mula menggigit terdapat pelbagai sebab mengapa bayi suka menggigit puting ibunya:

1. Terdapat sesetengah bayi yang menggigit apabila dia telah terlena semasa penyusuan dan apabila tersentak atau terkejut secara tiba-tiba dia akan menggigit puting ibunya. Ini berlaku tanpa dia sendiri menyedarinya dan adalah tindakan refleks bayi kerana takut kehilangan puting ibunya. Jika ini yang berlaku, apabila bayi telah mula lena, segeralah lepaskan puting dari mulutnya dan biarkan dia lena sendiri tanpa puting ibu di dalam mulutnya. (saya sendiri sering mengalami keadaan sebegini, kerana sering tertidur semasa menyusu sampai tak sedar bayi telah lena). Jika bayi sedang menggigit, lepaskan perlahan-lahan gigitan itu dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi secara perlahan-lahan untuk memisahkan gigi dan puting.

2. Terdapat juga bayi yang menggigit kerana berasa gatal gusi dan ingin menghilangkan rasa gatal ini dengan menggigit sebarang objek termasuk puting ibunya. Biasanya dia akan mula menggigit pada awal penyusuan. Terdapat petua iaitu dengan membawa bayi lebih dekat kepada ibu seperti menyusukan bayi baru lahir boleh menyelesaikan masalah menggigit. Tetapi jika tidak berkesan, cuba pisahkan puting dari mulut bayi seperti teknik di atas sambil membisikkan kepada bayi yang perbuatannya boleh menyakitkan ibu. InsyaAllah, walaupun bayi masih kecil, dia boleh memahaminya. Ini juga akan melatih ibu dan anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

3. Kadangkala bayi menggigit kerana merasakan pengeluaran susu lebih sedikit dari biasa dan dia merasa tidak puas. Jika ini berlaku, periksa rutin ibu. Pengeluaran susu yang sedikit boleh terjadi atas banyak faktor. Antaranya, ibu mula menggunakan pil perancang, bayi mula menghisap lebih banyak botol dari ibunya sendiri, atau ibu telah mengandung semula. Pastikan sebabnya dan cuba atasi satu persatu.

Pada hakikatnya, setiap perkembangan bayi ini, akan menyebabkan kita cuba mengenali sikap bayi itu. Kerana setiap bayi adalah berbeza so cuba kenali sifat bayi anda dan cuba atasinya dengan penuh kasih sayang.

Selain daripada bercakap dengan lembut, kita juga boleh mengaduh kecil semasa baby menggigit. Insyaallah baby akan terus lepaskan gigitan & takkan buat lagi. Lain budak lain ragamnya & ketahanannya terhadap sakit. Ada anak kawan saya tumbuh gigi tak demam, tapi ada masanya dia kuat meragam sikit. Mesti le sebab sakit kan gigi baru tumbuh, gusi nak pecah tu. Kita org tua pun kdg2 tak tahan.

Tips : Selain daripada bagi teether yg dah disejukkan, cuba urut2 gusi dia dgn jari kita. Dia rasa lega sikit. Satu lagi cara yang saya suka buat aialah masukkan jari kelingking kat dlm mulut baby. Make sure selit jari tu in between baby's gum/teeth, biar dia gigit jari kita, baru let go nipple. Sambil tu cakap kat baby, "baby, kalau gigit lagi, mama tak bagi susu". Diorang faham, lama-lama dia stop la.  Tapi kadang-kadang dia gigit jari kita punya la kuat, sampai berbekas. Lepastu tu sengih gembira sabar je lah.

2 batang gigi yang buat mama seram kejap.




Dari pengalaman saya juga mak datuk banyaknya pengalaman, kita memang kena banyak bersabar kalau digigit redha jelah ambil masa setahun jugak baru baby tak menggigit seronoknya baby lambat tumbuh gigi. Nasib baik baby Zara nak masuk 9 months baru nak tumbuh gigi dan dah pandai nak geget bila breastfeed. TAkpelah sebab bila baby dah semakin faham yang menggigit tu menyakitkan ibu, dia tidak akan gigit lagi.

Bila baby saya menggigit, saya cuba tahan diri daripada menjerit. Cara saya ialah saya akan cakap baik-baik pujuk baby Zara jangan gigit. Kadang-kadang buat-buat merajuk seketika. Bila baby gigit, saya akan stopkan menyusukan dia. Hopefully dia akan faham lama kelamaan yang kalau dia gigit, dia tak dapat menyusu dari semasa ke semasa baby ni memang ada kecenderungan untuk menggigit. Kadang-kadang dengan niat bergurau sebab kelakar tengok respon kita macam time NAyli dulu. Tapi yang selalunya sebab mereka gatal gusi nak tumbuh gigi.

Kalau fully breastfeed saya rasa lambat tumbuh gigi is a blessing so enjoy mummies. Yeay!!

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~