Wednesday, November 9, 2011

Fakta Auta PAsal PEnyusuan Susu Ibu. Saya BEnci. Awww.

Dalam dunia penyusuan susu ibu ni memang macam-macam. Macam-macam yang saya maksudkan selain daripada cerita pasal penyusuan untuk baby kadang-kadang di tambah lagi dengan pengalaman momies yang menyusukan baby.



Saya sebenarnya dari dulu sangat-sangat tak bersetuju kadang-kadang nak tergelak pun ada bila kadang-kadang info pasal penyusuan ni diputar belitkan oleh sesetengah pihak semata-mata nak cari keuntungan.

Biasa tak baca iklan kat belog tulis macamni

"kalau nak banyak susu, nak dapat sekali perah 20 oz belilah set menyusu xxxx dengan saya. Awww"

Fakta ke auta ni???

Kalau supplement xxxx gerenti boleh menambahkan susu ibu, kenapa perlu menyarankan dalam iklan kat belog kepada mommies supaya memahami konsep demand vs supply lagi??

Satu info yang sangat baik saya dapat dari Facebook yang menyatakan kandungan kalsium dalam breastmilk tidak akan berubah walaupun mommies tidak mengambil sebarang supplement ataupun tidak mengambil sumber makanan yang mengandungi kalsium. Bukankah kejadian Allah SWT tu adalah yang paling sempurna, badan mommies dah terlalu bijak untuk menghasilkan kalsium untuk baby. Ada juga kajian yang telah dibuat menunjukkan pengambilan kalsium tambahan oleh ibu menyusu langsung tidak meningkatkan kadar kalsium dalam susu ibu. Ouch!!!!

Kajian juga menunjukkan kualiti mommies yang menyusu baik di negara maju, negara separuh maju or negara yang mundur adalah tidak berbeza. Sebab tu lah lahirnya Carta Pertumbuhan KAnak-KAnak WHO yang menunjukkan hasil kanak-kanak yang disusui dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yang sama dan tidak berbeza. Pendek kata mommies yang terlebih makan, cukup makan or tak cukup makan sebenarnya menghasilkan susu ibu yang sama je. So dimanakah kebenaran oleh fakta auta yang selalu mengatakan susu ibu yang terhasil oleh mommies yang mengambil supplement mempunyai tahap perkembangan yang baik untuk baby kerana supplement yang dimakan diserap masuk dalam susu ibu dan disalurkan kepada baby.

* lawak-lah!!!! tolonglah jangan memanipulasikan keadaan untuk mendapatkan keuntungan ok!

Penyusuan susu ibu sebenarnya adalah supply vs demand. Lagi selalu kita kosongkan breast dengan direct BF or perah Insyallah lagi banyaklah susu akan terhasil. Kalau mommies mengalami masalah susu kurang apa kate rujuk dengan kaunselor laktasi yang bertauliah itu lebih baik. Kalau ada problem pemakanan jumpa dengan pakar pemakanan, bukan pakar penjual supplement. Awwwww.

Tidak salah mengambil supplement kesihatan tetapi dengan mengaitkannya sebagai keperluan WAJIB untuk mommies yang menyusu sangat lah tidak wajar.

Selamat menyusu untuk semua mommies yang awesome. Yeay!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

8 comments:

  1. betul jugak tuh!..
    elin amik supplement untuk penjagaan diri tetapi ada kaitan sekali dgn BF. :)

    ReplyDelete
  2. mmg makan blackmores dr semasa pregnant lg sampai skrg..tujuannya 1 jer, nk bg tenaga pd tubuh sbb tkejar2 kan..keja+wife+mama..hehehe

    ReplyDelete
  3. diorang xtau yang supplement tu x pegi kt susu, tapi pegi kt badan diorang sendiri.

    ReplyDelete
  4. stuju darling... sya pon tgerak nk kuarkan entry camni tp tkut ad yg tersinggung (^_^)

    ReplyDelete
  5. salam...

    sy dri group KIM..setuju sgt...hri ni pun sy ada bt entry psl penyusuan gak...jenguk2 la..hehee

    ReplyDelete
  6. http://fieza79.blogspot.com/2012/01/macam-mana-pam-susu-dapat-banyak-ni.html

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~