Wednesday, November 2, 2011

Cara Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

Alhamdulillah di usia baby Zara menjangkaui 8 bulan saya masih fully breastfeed dia. MAsih terasa bengkak susu. Dan masih boleh mendapat 6 oz sekali pam.




Wahai para ibu dan juga supermak sekalian sebelum di beri petua atau cara perkara yang paling penting yg perlu di ketahui dan difahami adalah  bagaimana pengeluaran susu ibu dihasilkan. Jangan bilang saya adalah orang yang banyak susu. Jangan bilang saya makan bermacam-macam supplement untuk membanyakkan susu. Tidak!!! Satu pun saya tak makan. Sebenarnye takde istilah mommies yang banyak susu or mommies yang kurang susu, berikut adalah dua perkara penting yang perlu diberi perhatian ye ye ye.

FISIOLOGI LAKTASI

Hormons dan Refleks

Prolaktin
  • Dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang terletak di otak
  • Menyebabkan sel tisu kelenjar dipayudara menghasilkan susu
Setiap kali bayi menghisap dipayudara, hujung saraf yang terdapat diputing ibu akan terangsang. Impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah. Darah membawa prolaktin ke payudara dan menyebabkan susu terhasil. Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan yang seterusnya.

Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hinggalah penghasilan susu dipanggil Refleks Penghasilan Susu atau Refleks Prolaktin.

Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu.
  • Bayi banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil
  • Bayi kurang menghisap, kuranglah susu akan terhasil
Prolaktin juga melambatkan aktiviti ovari, dengan itu ibu yang menyusu akan lambat kedatangan haid semula.


Oksitoksin

Dirembeskan oleh bahagian posterior kelenjar pituitari. Apabila bayi menyusu, saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak. Hasilnya oksitoksin dibebaskan ke dalam darah dan di bawa ke payudara. Oksitoksin bertindak ke atas otot-otot yang terdapat di sekeliling tiub-tiub halus dan lactiferous sinuses. Otot-otot ini memberi tekanan kepada tiub dan menolak susu keluar. Oksitosin bertindak untuk penyusuan kali itu sahaja. Proses-proses yang disebut di atas dipanggil "Refleks Oksitosin".

Reflek Oksitoksin adalah lebih komplek dari refleks prolaktin kerana ia melibatkan perasaan dan fikiran ibu. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringatkan bayinya, kelenjar pituitari mungkin merembeskan oksitoksin. Ini menyebabkan susunya akan mengalir. Apabila ibu mempunyai masalah yang menyebabkan ibu risau, sakit atau malu oksitoksin tidak dibebaskan dan susu tidak mengalir dengan lancar. * sila baca kepentingannya di bawah

Oksitoksin juga menyebabkan dinding rahim mengecut dan mengeluarkan uri dari rahim. Jika ibu memberi susu kepada bayi sebaik sahaja selepas kelahiran, pendarahan akan berhenti dengan cepat.

Ibu yang baru melahirkan anak akan merasa sensasi pengecutan rahim yang kuat apabila menyusu. Perkara ini adalah normal dan akan berakhir.

Jadi untuk mendapatkan hasil yang lumayan utk bayi anda adalah perlu DIINGATKAN 
  1. Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu. Bayi banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil. Tak kisahla kalau baby nak menyusu every 20 minutes pun layan je lah.
  2. Ibu mestilah bebas kerisauan atau stress , tidak sakit atau demam dan malu. sentiasalah menyusukan bayi alam keadaan relaks dan tenang sambil menikmati pegalaman ini
  3. Banyak meminum air masak (cadangan 3 liter sehari) supaya anda tidak terhidrat

Ingat! Ingat! Ingat!! penyusuan ibu yang berjaya adalah PUMPING FREQUENCY atau KEKERAPAN PENGEPAMAN

bagi kawan yang masih dalam pantang di  nasihatkan untuk pump terus selepas anak menyusu atau nak lagi hebat buat tandem nursing & pumping sebelah bayi menyusu, sebelah lagi pump bila breast dah betul-betul kosong barulah signal mahukan susu lagi sampai ke otak and then barulah tisu-tisu kelenjar dalam breast menghasilkan susu.

ingat!
kerap penyusuan, kerap sesi pengepaman insyaallah banyaklah susu ibu yang dihasilkan. Kosongkan breast every 2-3 hours.

Ada kawan kata "bukankah baby adalah pam yang paling sempurna"  betul! tetapi baby akan berhenti menghisap bila kenyang atau mengantuk lagipun untuk bayi yang baru lahir perut mereka adalah sebesar biji guli sahaja jadi susu yang tak dihisap oleh bayi perlu di pam keluar untuk menghasilkan susu yang baru insyaallah dengan usaha yang berterusan susu akan cukup malahan akan lebih dari keperluan bayi. 


JAngan risau susu ibu adalah yang terbaik dan semestinya cukup kerana kejadian Allah SWT adalah yang paling sempurna. 

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

12 comments:

  1. wow weeee...banyaknya susu ko, akma..hehe..tahniah..

    btw, meh la join GA daku ye

    ReplyDelete
  2. mama dadiff, haittttttttt!
    ayu, tak pandai karang ayat jiwang-jiwang la... hehehehehe

    ReplyDelete
  3. anak saya umur 7 bulan masih menyusu lagi...

    anak pertama...

    gembira dapat input dan kefahaman seperti diatas ...boleh bagitahu kawan2 tentang info ini ..thanks !

    ReplyDelete
  4. salam akma, ebm tu gambar ebm akak kan?

    ReplyDelete
  5. semoga sy dpt susukan ank spi umurnye 2thn..Amin..

    ReplyDelete
  6. Salam sis, nak tanya..mcmana sis panaskan ebm b4 bg kat bby? guna warmer or guna air panas suam shj? kalau guna warmer berapa minit ambil masa? kalau air panas suam brapa pula? saya nak tahu sbb nak ringankan kerja2 baby sitter...takut nanti dia rasa leceh pula...kejap2 nak kena tgk ebm tu dah suam ke belum... sblm ni bby sitter tak support nak bg susu ibu so, saya kena yakinkan dia pengurusan ebm ni mudah nak bg kat bby banding susu formula..tolong ya..thankz

    ReplyDelete
  7. kalau panaskan EBM guna warmer lambat sikit kalau air panas cepatlah sikit. Akak pun menghadapi masalah begini dengan babysitter dulu. Tapi akak taknak terlalu straight buat dia rasa terbeban pulak nanti. Agak bagi dia panaskan dengan air panas walaupun akak dah siap2 beli warmer. Paaskan guna air suam tapi jgn terlalu panas takut antibodi dalam susu ibu nanti musnah, suam-suam je sbb kalau guna warmer mmg lambat giller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau air suam tu...lama juga nak bg warm kan? agak2 kalau letak air suam kat warmer sama tak ngan suhu yg dikehendaki?

      Delete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~