Saturday, October 8, 2011

Gelagat Baby Zara Masa Makan @ 7 Bulan

Oh Oh Oh.

Baby Zara dah 7 bulan. Dah sebulan lah dia start makan solid food.

Tapi selera untuk dia makan sangat berbeza kalau nak compare dengan kak Nayli. Baby Zara sangat susah nak makan. Susah tu dalam erti kata lain susah nak bukak mulut. Kak Nayli dulu masa first time makan pun   dah nganga besar-besar. Senang je nak bagi kak Nayli makan. Sangat suka makan. Baby Zara ni kalau saya try sumbat-sumbat jugak dalam mulut gerenti dia berpaling muka or tepis sudu pakai tangan.

Dugaan fenattttttttt mama masak tau yelah yang terbaik semestinya homemade food coz mothers make the best food yeah. Yang selalu saya bagi bubur nasi dengan carrot, sweet potato & ubi kentang. Tapi baru ni baca satu info baby ni dia punye taste buds lebih kepada taste bud manis so sebab tu budak-budak suka manis so bagus kalau mulakan dengan fruit puree eg. pear, fragrant pear, papaya. Oooooo but jangan bubuh garam or gula dalam baby food biar rasa manis natural dari buah or sayur. Lagik satu yang saya tau kurangkan bagi sayur pada baby yang baru belajar nak makan sebab serat dalam sayur lebih susah untuk dihadam compare serat dalam buah. Right me if im wrong ok.

Muka baby yang tengah on diet tak mau makan.



Pernah baca jugak makanan segera for baby actually not good sebab ada preservative altho manufacturer always claim yang makanan diorang tu terbaik, no sugar no salt tapi sebenarnya diorang gunakan bahan kimia buat makanan tu sedap menjilat jari. Yelah maksud sugar free tu memangla takde gula tapi diorang guna pemanis tiruan untuk sedapkan makanan. Kalau tengok ingredient mesti ade words yang ending dengan "kosa" eg. glukosa, sukrosa etc.

Ok ok setiap problem mesti ada penyelesaiannya. Sebagai mama yang cool or berlagak cool hahahahaahaha saya takdela risau sangat kalau dia taknak solid food, maybe baby Zara nak menyesuaikan diri dengan solid food tu. Kalau dia dah kenyang minum susu that's fine kan. Dari info yang saya baca some babies memang jenis lambat nak makan.

Apepun yang penting sihat lagipun she still fully breastfeed. LAgi satu yang menyedapkan sikit lagi hati even dalam Al Quran pun ada cakap sempurnakan penyusuan ibu selama 2 tahun penuh tanpa apa-apa makanan tambahan that means kalau memang ada baby yang tak nak makan memang lumrah la kot. Yelah kalau dah tak nak makan takkan nak paksa pulak kan.

Pernah jugak nurse masa pergi check up kata sebenarnya kalau kita beri susu ibu sepenuhnya, tak bagi makan pun takpe selama 2 tahun tapi sebab bimbang baby taknak makan lepas 2 tahun so kenalah perkenalkan tekstur dan rasa makanan pada baby. Tapi kalau beri susu formula kena bagi makan @6 months sebab tak cukup hanya minum susu je.

Bila bagi baby Zara makan bubur nasi memang macam nak pergi berperang. Pakai bib pun tak jalan baju tetap kotor. Tapi saya dah jumpa cara yang bagus tak kotorkan baju. Tak payah tukar sampai 10 baju sehari. Yeay!!!!

BAju for makan time from Ikea. I loike. Yeay!!


Yelah janganlah fikir satu benda ni je "baby 6 bulan mesti makan". Dia tepis tu sebab dia tak mahu. Dia taknak telan makanan tu sebab dia tak mahu. Mungkin baby Zara belum bersedia untuk makan.  Anyway sabar lah ok biasalah 7 bulan still dalam phase mengadaptasi makanan, lepas ni dah besar dia pulak yang mintak nak makan banyak-banyak sampai mama pun dah tak terlayan. Hiks! 

Nota kaki: Kenapa kena bagi baby makan after 6 months?
Selain sebab perut baby tak matang lagi coz anak yang being intro solid food terlalu awal akan cenderung to be an obese bila dah besar or anak tu senang sangat nak gain weight or susah nak loose weight bila dah dewasa....

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~