Thursday, October 6, 2011

Dari Niat Nak Jadi Fulltime Housewife Terus Cancel ! hiks!

Last week alkisahnye ada lah pergi satu open house member lama, berkumpul sembang sambil layan ketupat rendang buatlah jugak ketupat kitorang. Hiks! 



Mulanya kawan aku sorang tu berbunyi,

“Boring la kerja. Bestnya kalau dapat suami kaya raya. Tak payah nak membanting tulang kerja penat-penat,” walau dia hanya pekerja pejabat biasa, itu lah luahnya.

Kawan aku yang sorang pulak lagi kata:

“Korang perempuan ni…baik lah, bekerja kalau ada peluang. Sebab…

Dia toleh kiri kanan. Pusing belakang. Usha line. Agak-agak clear, dia sambung,

Sebab kebanyakkan lelaki ni, selepas 5-6 tahun berkahwin, dia jemu tengok isteri dia,”

Aku yang dari tadi leka makan ketupat lemang, terbehenti sekejap. Aku pandang muka kawan aku, minta dia sambung lagi.

Sambil mencebik dia cakap, “Bukan bosan bermakna tak sayang..tapi..cuma bila dah 5-6 tahun berkahwin tu, kitorang akan start pandang perempuan lain kat luar..”

Tiba-tiba kawanaku lagi sorang senyum sinis. Dan kata “Betul, betul..”

Kawan aku tu, biasalah perempuan, meluahkan ketidakpuashatiannya,

Lelaki selalu macam tu! Kita ni kalau perempuan, once kawen, setia ngan satu je lah. Korang ni..sikit sikit nak pasang pempuan. Sikit sikit nak layan pempuan. Sikit sikit nak kawen lain!”

Aku diam, mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Biasa la aku kan yang paling cool antara semua kawan-kawan aku.

“Eh..tak boleh cakap lelaki je..cuba kalau Agama tu benarkan perempuan kahwin lebih dari satu, korang nak?”

Dengan laju dan lantang aku dan kawan-kawan-kawan mak aii banyaknye kawan cakap serentak “NaaaaAAAAAAkkkkk”

Tapi, nasib baik ade sorang lagi kawan aku cakap tapi lelakilah. Dia sorang je laki yang lain semua perempuan“Cuma iman sahajalah yang membataskan segala…”



-------------------------------------

Selepas makan aku masuk bilik,tengok Enchek husband sedang sibuk main iPad. Aku tanya perlahan, sama ada pernah tak dia terlintas nak kahwin lebih dari satu?

Enchek Husband cakap cakap, buat masa sekarang ni, ikut kemampuan sekarang, tidak lah pernah dalam kepala dia nak bagi aku madu. Tapi, mana la kot kot terpijak duit 10juta ke, itu cerita lain lah.

Tidak ada janji manis. Sejajar dengan logik akal, aku terima jawapan dia dengan hati terbuka.

Yang aku perlukan sekarang ini ialah menjadi Isteri yang baik, dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan yang mendatang.
Tak, maksud aku bersedia nak baling pinggan mangkuk kalau tiba-tiba ada tino laing dalam hidup mung.


Manusia sebenarnya memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada...Siapa yang mahu bermadu? Tak adaaaa. Kalau lelaki pun jika Allah takdirkan boleh bermadu, lelaki pun tak nak.

KahKahKah ni namanya entry bila tengah bosan giller takde kerja kat office. Mengarut je kan Hahahahaha!

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!


2 comments:

  1. apa2 pon kita sentiasa simpan duit dgn sebarang kemungkinan yg kita tak tau apa akan jadi kemudian hari:)

    ReplyDelete
  2. huhu...tak sukanya kalau ianya terjadi kan..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~