Thursday, September 22, 2011

Menyusu Anak Ketika HAmil



Ingat lagi kisah dulu masa saya preggy dan breastfeed baby NAyli. Yelah masa tu Nayli kecil lagi sebab tu panggil baby. Sebenarnye tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira.

* Mommies perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

* Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

* Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

* Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.

* Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

* Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.

* Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Walaupun agak menyedihkan sob sob sob tapi penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

* mommies berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang

* pernah keguguran

* mengalami pendarahan semasa hamil

* positif GBS carrier

* dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi

Saya direct breastfeed NAyli sampai kandungan berusia 8 bulan. LEpastu dah tak boleh tahanlah. Bila menyusu je mesti rasa perut mengeras. Saya berhenti mengepam pulak ketika kandungan berusia 3 bulan dan NAyli pulak berusia 10 bulan sebab bila pam je nipple rasa ngilu & sakit. KAlau direct breastfeed takdela rasa sakit sangat. So NAyli mula minum susu formula di nursery di usia 11 bulan sebab stok frozen EBM semua dah habis untuk di bekalkan. Saya hanya mampu fully BF Nayli till 11 months je. Sedih tewww. Lepastu breastfeed jugak tapi dah campur-campur minum susu formula di nursery which is tak aci-lah kan. Not fully breastfeed anymore but campor-campor breastfeedlah. Hiks!

Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan. KAta doktor-lah.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:
Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).



Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…

Walahu a’lam.

Sekian.



Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. insyaallah fai pn akan fullf bf if dikurniakan anak sbb khasit susuibu ni tiada tandingan ;)

    saje2 nk share...

    Suplemen terbaik sepanjang penyusuan susu ibu

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~