Sunday, September 18, 2011

Kelahiran Secara Induced. Awwww

Tiba-tiba teringat balik apabila kelahiran baby pertama dan kedua saya tidak sama. Ya! Nayli dilahirkan awal iaitu pada 38w apabila pecah sendiri air kutuban yang keluar tak henti-henti macam air paip tapi Zara sampai 40w 6d. Overdue & kene induced sekali. Lepas tu doc pecahkan air kutuban pakai stick ala-ala chopstick  yang sangatla awwwwww. Seram beb. Dan lebih tepat kalau saya katakan kelahiran baby pertama saya iaitu Nayli adalah lebih mudah dari Zara. TErbalikkan? Ialah selalu yang didengar kelahiran baby pertama selalunya yang lebih susah. Yang seterusnya adalah lebih mudah. Apepun Alhamdulillah sebab kedua-duanya adalah normal delivery tak payah nak berpantang makan sangat. Hiks!.

Hati tertanya-tanya juga tapi doc cakap itu perkara biasa meskipun kita mengandung 10x pun tapi setiap kelahiran adalah berbeza!! Ya sebab tu lah semua baby yang dilahirkan adalah unik.

Tertarik pada satu info yang saya baca di Facebook oleh Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Info pasal kelahiran secara induced.




Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, biasanya tanda-tanda nak bersalin adalah seperti pecah air kutuban or keluar darah tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?


Kenapa perlu Induced? Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan macam kes baby Zara lah. TAkut juga bila baby dah berak masa dalam perut lagi. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban. So far masa saya preggy takdelah saya mengalami masalah-masalah kesihatan pun. 


Bagaimana untuk memulakan kontraksi? Hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri. Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam intravena. Memecah selaput ketuban Sekiranya kita cuma mengunakan oxytocin, kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ia mungkin sedikit menyakitkan daripada memeriksaan faraj yang biasa, tetapi amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Kalau tidak dilakukan, proses bersalin tidak akan bermula dengan baik. Semasa pemeriksaan faraj, satu alat yang dipanggil 'amniohook' akan digunakan untuk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban, kemudian oxytocin akan dimulakan. 

Tidak ‘Favourable’ Semasa hamil, pangkal rahim adalah tebal, panjang dan tertutup rapat. Ini menolong memastikan yang bayi lahir pada masa yang sesuai sahaja. Semasa cukup bulan, pangkal rahim akan secara perlahan-lahan menjadi lembut, pendek dan mula membuka. Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran. Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yang bernama prostaglandin yang boleh melembutkan lagi pangkal rahim. Sekiranya anda sudah bersedia untuk di'induce' tetapi didapati pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan diberikan ubat yang dipanggil prostin. Ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan membuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di 'Induced'? Inilah soalan yang utama yang sering ditanya apabila wanita dinasihatkan menjalani 'induce'. Anda mungkin mendengar cerita yang kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yang pernah menjalani 'induce'. 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila wanita sudahpun dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.

Betul. Untuk siapa-siapa yang bakal di induce, tak payah la takut sangat. Sakit biasa-biasa je. Sakit macam time doc nak check opening je. Saya juga tak pernah mengambil apa-apa suntikan penahan sakit like epidural etc. Bolehla tahan lagi. Tau tak sakit nak bersalin macam mana? Rasa sakit macam nak berak besar tapi susah nak keluar. HAhahahaha!


Apepun induce or tak, normal delivery or c-zer yang penting baby selamatkan. Yeay !!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. anak 1st aku kena induce, kalau tanya aku rasa sakit normal lg feel...induce memang tak leh aku nk citer coz smpai 4X kena ....sakit nye tuhan saja yg tahu...sbb tak pernah bersalin...kalau anak 2nd, 3rd mgkn lain kot...apa2 pn pengalaman setiap anak memang berbeza....tp yg penting lepas dh bersalin ada satu perasaan indah yg sukar di gambarkan...

    ReplyDelete
  2. induce tu pun namanya bersalin secara paksa..tak tau laa mana lebih sakit,sbb anak baru sorg je..hikhik..tp induce mmg sakit.. ubat masuk xsakit,tp bila ubat dah bertindak, contraction tetiba naik berganda..mcm nk pengsan.. huhuuu

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~