Sunday, September 11, 2011

Baby 6 Bulan YAng Baru Nak Makan



Sebenarnya sebulan yang lalu masa baby Zara masuk umur 5 bulan nanny kat nursery tu dah tanya "kakak taknak bagi baby Zara makan ke?"

Memang ini antara masalah yang agak sering berlaku di kalangan para penjaga bayi. Maklumlah kebanyakan mereka ni lebih dahulu makan garam dari kita. Orang dulu-dulu ada yang bagi baby makan since baby baru lahir lagi, tak payah tunggu 6 bulan. Ramai yang tidak tahu tentang hakikat tabii perut bayi dan bagaimana pertumbuhan organ dalam tubuh bayi. Mereka tidak sedar yang sebaik bayi lahir bukan semua organ telah terbentuk dengan sempurna dan ianya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar boleh berfungsi sepertimana orang dewasa. Atas sebab ini jugalah, umat Islam digalakkan menyusukan anak mereka dengan SUSU IBU selama 2 tahun. Saya percaya hakikat pertumbuhan manusia itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun, adalah tugas kita sebagai manusia untuk mencari dan mencari hikmah di sebalik setiap peraturan yang telah ditetapkan itu.

Yelah lagi satu bila baby dah start makan baby cepat kenyang mesti kurang meragam tu je la reason yg sy nampak kenapa BS tu sungguh2 nak bg solids kat baby cepat-cepat yg penting mommies jgn tergugat dgn desakan ini. Lagipun perjalanan nak sampai ke 6 bulan tu tak jauh pun. Kejap je.

So saya dalam kepenatan baru balik kerja terangkanlah kepada penjaga  tentang kisah pertumbuhan bayi ini. Ceritakan secara penuh hikmah tapi dalam speed yang laju sebab penat. Takpelah, sekali-sekala. Apa salahnya kan.

Semalam pulak bila ambil baby Zara dari nursery nanny tanya "kakak taknak bagi baby Zara makan NEstum ke sebab semua baby kat taska yang berumur 6 bulan makan NEstum"

Mestilah saya cakap taknak. Biasanya baby yang dah  selalu makan Nestum taknak makan bubur nasi sebab dia dah tau rasa Nestum yang manis dan lagi sedap. Kalau baby yang tak pernah makan, dia pun takkan tau rasa bubur tu tawar. Lagipun bagusla baby makan bubur masakan mama, tiada pengawet tanpa melamine. Kita pun tak pasti macam mana makaanan yang diproses tu.

Sebagai mama yang bekerjaya saya takdelah masak bubur nasi setiap pagi nak pergi kerja meskipun hari2 saya bekalkan bubur nasi ke nursery. Saya cuma masak 3 kali sehari. Balance simpan dalah fridge. So the next day cuma panaskan je. Mule2 bubur kosong tu saya blend tapi lame2 bila umur baby makin meningkat saya just buat bubur yg dimasak sampai hancur lepastu bila umur baby dah makin meningkat lagi saya tambah ikan, ayam, carrot,kentang, kacang pea, pumpkin etc but no garam plis! Kena monitor apa yang baby makan supaya tau dia allergy dengan food apa. Untuk sekarang ni saya lebih suka bagi baby Zara bubur nasi plus pureee fruit instead bagi bubur nasi yang tambah dengan ikan bilis sebab tau-tau jelah ikan bilis tu banyak sangat garam. Rice + Pear & apple puree. Yummy!! Tak percaya cubalah. Untuk info, RICE is the best food to start with. In this case, bubur nasi yg diblend la. This is because they found that rice adalah antara first food yg paling kurang allergen and therefore paling kurang chance nak dapat allergic reaction. 


Banyak jugak food baby di pasaran contohnya gerber dlm botol tu tapi kalau buat sendiri pun ok jugak. Contoh yang terdekat pisang tu lenyek2 bagi la aje kat baby tu ape susah sgt. Apple or pear pulak,rebus or stim sekejap, pastu  blend bagi aje kat baby tu lagik baby suke rasa  yg sebenar takde campuran bahan pengawet. Jimat pun jimat. Yeay!

Lagi satu info selalu mengatakan cukup bagi baby 6 bulan makan sekali je pada tengahari tapi bagi saya buku tu hanyalah cadangan sahaja. Saya rasa tidak menjadi masalah kalau nak variasikan waktu pemberian makan tu. Tambahan pula untuk ibu bekerja macam saya, mesti nak cuba sendiri dulu jenis makanan yang nak cuba beri tu, sebelum diserahkan kepada penjaga dia. So saya memang bagi baby Zara makan pada waktu dinner jugak cuma pada kuantiti yang sikit sahajalah, nak tengok cara dia makan, nak tengok dia suka ke tak yelah biasanya kalau tanya kat nanny baby makan ke tak jawapan biasanya mestilah positif je. Ataupun boleh jugak, kalau nak buat eksperimen ni, mulakan setiap menu baru waktu weekend, lunch time. Lepas tu boleh proceed dengan resipi yang sama sepanjang weekdays bila baby bersama 'nanny'nya.

Kalau buat fruits puree tu betul-betul halus sebab nanti kalau ada lagi buah2 yg tidak hancur dia akan tercekik plak. Try la slowly, kalau baby tak nak mkn @ mkn skit hari ni, tak apa. Sebab dia masih try nak adapt dgn makanan baru dia. Kalau dia nangis atau reject, stop la dulu. Dlm 2/3 hari try lagi. Berdasarkan pengalaman saya yg tak seberapa ni, jgn bagi 2/3 mcm jenis makanan dgn sekali cuba. Try satu2 dulu. kita tak tahu yg mana dia suka. Sometimes kita rasa sedap tapi dia tak suka yelah lidah kita dengan lidah baby mana sama. Hiks!


Macam baru je baby Zara dilahirkan sekarang dah 6 bulan dan dah boleh makan. How time flies. Baby oh baby jangan lah besar cepat sangat nanti mama rindu moment-moment masa baby, rindu bau baby alamak mcm ni kena tambah baby baru laa. Hahaha!



Sekadar pendapat dari pengalaman yang tak seberapa.


Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~