Sunday, August 21, 2011

My Favourite Nursing Position

Ada banyak cara untuk breastfeed baby. Menyusu sambil baring is my favourite nursing position. LIKE.LIKE.LIKE.LIKE.LIKE.


Senang je nak buat sebenarnya tak susah pun. Memula baringkan baby dulu lepas tu kita pulak baring sebelah baby. Mengiring sedikit (bukan mengiring sangat sampai macam nak sua breast masuk mulut baby yer) Lepas tu sendal bantal kat belakang badan kita dan bersandar sikit pada bantal tu. Pas tu mengiringkan baby supaya mengadap kita, ampu belakang badan baby supaya dia pun tak lenguhlah. BArulah baby & mama selesa dapat rest. Susu pun lebih banyak keluar. Yess!! Posisi paling best.

Selesa!!! 

NAk tau saya guna cara ini masa 1st day saya lahirkan baby Zara. BEberapa jam lepas bersalin. Altho baby Zara tak berapa pandai nak sucking masa dalam labor room, tapi bila saya dah pindah masuk wad baby Zara dah boleh nenen sambil baring. Baby yang bijak. Nurse tengok saya pun senyum je. Ya nurse, kan kena breastfeed baby every 2 hours kan.

MAsa first time bepantang masa Nayli dulu takde ilmu. Kalau nak menyusu je kena duduk atas kerusi meja makan kat kampung. Tuhan sahajalah tau betapa lenguhnya kaki dan pinggang. Dahla everytime nak breastfeed tu lama lepastu every 2 hours kadang-kadang kurang dari tu baby nangis nak susu. Masa tak ilmu penyusuan tak cukup lagi so STRESS jugaklah dengan keadaan tu. BAyangkanlah berapa lamalah boleh tahan duduk berjam-jam nak breastfeed baby.  Sakit pinggan weyh.

LAst-last tak boleh jadi. Search kat youtube macammana nak menyusu baby sambil baring. LAaa senang je rupanya. Sebenarnya kalau nak menysu sambil duduk pun boleh je tapi kenalah dalam keadaan selesa. Belakang badan alaskan dengan bantal dan untuk kaki letakkan stool or bangku kecil supaya kaki tak lenguh. Lepas tu baby tu kita letakkan atas bantal dan bantal tu pulak letakkan atas peha kita supaya kita tidak membongkok untuk menyusuakan baby. Masa tu barulah rasa selesa dan boleh rest jugak.

Kalau menyusu sambil baring bukan sahaja selesa tapi bagus untuk baby jugak sebab dia akan terus tertidur compare kalau sambil duduk kita kena angkat baby dan letak balik kat tempat tidur dia. Bila anak dah makin besar macam NAyli dulu bila tengah menyusu sambil baring dia akan usap-usap pipi mama, rambut mama, mata telinga hidung mama. Mama pulak boleh peluk baby dan usap baby so both of us sangat comfortable. Sweet je.

Kalau guna teknik yang betul semasa menyusu sambil baring adalah tidak merbahaya. Lagipun mother's natural instict supaya tak timpa baby yang tengah tidur kat sebelah. Dalam buku Dr. Jack Newman pun ada tulis macamni. Lainlah kalau si ibu tu under alcohol influence memang sangat tidak digalakkan tidur dengan baby. Kalau baby tersedak biasanya masa awal-awal penyusuan sebab aliran susu tengah laju. Angkat dan tepuk-tepuklah sikit belakang baby then continue. Selalunya bila baby dah makin sedar akan kurang tersedak sebab dah jadi efficient nurser compared to newborn yang baru nak belajar control milk flow.

So far selama saye menyusukan kedua-dua anak saya belum pernah terjadi kes terhimpit baby walaupun adakalanya saya tertidur sambil menyusu. Alhamdulillah. Mungkin sebab mindset - dah ada baby kat sebelah kot. Kalau terjaga, terus alihkan badan jangan pulak sambung tidur kat situ jugak.

Baby Zara yang mAkin advance. MEnyusu sambil meniarap pun dah terer. Lagik besar lagik macam gaya macam kak Nayli dulu. Berdiri, duduk, tonggeng semua ada.



Aya tengah rehat. Haa tau pun penat. Kak Nayli panggil adik Aya. Sampai mama pun dah terikut-ikut. Aya. Aya. Aya. Aya.



Yang masalahnya sekarang baby Zara dah sangat terbiasa menyusu sambil baring sampaikan bila saya menyusu sambil duduk dia macam dah tak nak pulak. Kalau duduk mulalah dia buat gaya badan keras.  Lagipun sekarang ni dia dah pandai mengiring sendiri bila menyusu sambil baring. KAlau kat rumah sendiri takpelah kalau kat rumah orang, kat shopping mall, kat dalam kereta macam mana. Adooyaiii!!!

LAst but not least. Wajib ada. Buah hati pengarang jantung mama. YEay!!!


Muahs-lah.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

  1. effa pun suka menyusukan baring.. memang die tido.. malam pun senang nak tido.. hehe.. entry best ;)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~