Wednesday, August 31, 2011

Marathon Makan Di Raya Kedua

Semekom, ada orang kat rumah tak? Saye datang nak beraya ni. Dengan nak collect duit raya sekali.

Hahahaha! Tak lawak langsung. Tak sesuwai tau. Dot.Dot.



Hamboi sopannye anak dara ni. Anak sape la ni yeee??

Jap jap sebelum tu. Jom nyanyi dulu ramai-ramai.


Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka !Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdeka

Macam lupa pulak pasal hari kemerdekaan negara. Selamat Hari Kebangsaan yang ke-54. YElah semua orang sibuk nak raya.

Ok ok jom sambung cerita pasal raya. Raya kedua meriah. Sama macam raya pertama pesta makan di sana sini.

Tengahari ni MIL buat makan-makan a.k.a open house la.

Ehem. Ehem. Baju baru, Kasut baru. Semua baru.


Rajinnye. Awwwwww. Lap pinggan ke sayang. Good girl.


Amboi sopannye duduk. MAkcik-makcik tengok terus reject nak buat menantu.




Dah habis acara menggemukkan badan di siang hari, malam pulak sambung lagik acara makan-makan. Ada open house lagik. Alhamdulillah murah rezki.

Macam-macam ada. Semuanya wowwwwww!!



Favourite Nayli apelagi. MEstilah satay. Sekarang ni bab makan untuk Nayli bergantung pada mood dia. Kalau nak makan, banyakkkkkk dia makan tapi kalau taknak makan, nak bukak mulut sikit pun susah. Sabar ye mama Nayli. Hiks!




Alamak macam mana ni. Seluar dah sempit. Baru raya kedua. Ada lagik 28 hari. Erkssss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Bila Tiba Hari Raya

Selamat HAri Raya. Akhirnya hari yang ditunggu dah tiba.

Kami beramai-ramai berkumpul di rumah opah selepas sembahyang raya. Bersalam-salaman di sana. Operasi mengumpul duit raya pun di sana. Opsssss.




Suasana di pagi raya. anak-anak sibuk dengan ini. Takpelah, ok jugak.



Bermulanya marathon makan. YEay!!

Laaa diorang ni taknak collect duit raya ke?


Nayli & cousins. Yang lagi dua orang tu Thaqif & Emran. Nayli tidur, tidur & tidur dari sampai rumah opah hinggalah habis photoshot untuk raya pun dia tak bangun-bangun jugak. Iskk. Habislah tak glamer muka takde dalam gambar raya.

Our big family. Yeay!! Nayli takde dalam gambar sebab dia tidur sepanjang hari raya kan dah cakap tadi. Sob Sob habis tak dapat collect duit raya. We olls yang ala-ala black metal belah kanan sekali tu ye. Papa, mama & baby Zara.


*malas la nak kejutkan Nayli nanti meragam susah pulak nak makan lemang ketupat rendang blablablabla. Hiks!

Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaa! BEst tak beraya? Kitorang enjoy. YEay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Di Malam Raya Yang Pertama

Ok ok raya dah habis. Boleh tukar baju. Yeay!

Eh raya sebulan laaa. Kan?  Alhamdulillah kita dah pun menyambut 1 Syawal dengan girangnya.

Malam raya pertama kami ke Kuala Kangsar, nak jumpa moyang baby Zara & Nayli. Jauh woo Kuala KAngsar tu. Sejam lebih la jugak. Mungkin tak lama bagi orang biasa, tapi bagi individu yang ada anak mesti rasa lama punye. Kalau the babies mood baik oklah, kalau tak... haiyaaaaaa.

Hai, saya jalan-jalan ke Kuala Kangsar nak itot tak???



Bila dah sampai rumah moyang NAyli buat perangai biasalah. BErkepit dengan papa and mama, Anti social sungguh. Bila dah tengok kanak-kanak ribena macam dia, baru ok.

Main sama-sama. Jangan gaduh-gaduh tau. Mama nak mulakan aktiviti makan part 07 ni.


Untuk kali ke berapa ketupat, rendang, lemang dah selamat masuk dalam perut. Burpss Alhamdulillah.

Moyang the babies yang masih sihat walafiat.




Yelah baru perasan, asyik melemang dan menasi impitkan diri je sejak pagi tadi. Apelah nak jadi. Plan nak berdiet semua dah ke laut.

Entry pasal raya pertama dah settle, lepas no entry raya ke 2, ke 3, ke 4 pulak.Erkss berapa banyak raye daaaaa.

anyway,

*hari ni tersangat-sangat-sangat-sangatlah kenyang. Tidur pun tersangat-sangat-sangatlah lena. Nyaman.

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, August 30, 2011

Merasa Suasana Kampung

Cerita sehari sebelum raya. Last Ramadhan.

KAmi berjalan lagi. Ke rumah opah. Bagi papa & mama opahlah. Bagi Nayli dan Zara dah status  moyang.

Hi, My name is Zara. TEngok hairband ye. Ehem Ehem thanks to Mak Lang sebab bagi present. YEay!!




Bakar lemang, kacau cendol pendek kata suasana raya tu memang dah adalah. Perfect. Meriam buluh je yang takde.

Kat kampung kan. Masa ni lah nak kenal jenis-jenis pokok.

Ini pokok pisang, ini pokok kelapa, ini pokok rambutan, ini pulak pokok.... erksssss. Pokok ape yeh? Ntah mama pun dah konpius banyak sangat pokok kat sinilah.


Taktau lah nak rasa kelakar ke or ape, nak pijak tanah yang ada daun-daun kering tu pun taknak ingat nak pijak tahi ke? Nayli oh Nayli.



Lesson for today. Belajar jenis-jenis pokok ok. Esok kita belajar pasal animal pulak. Nayli tau tak mana satu  lembu, mana satu ayam? Kerbau, itik, angsa? MEsti tak tau punye.

Ini pulak pokok jambu air. PEtik jambu air dengan papa lepas tu makan. Sedap tak??  Kat KL tak merasa la macamni.



Ini lah moyang Nayli & Zara. Budak kicit dah tinggal hairband je. Kepanasan. Hiks!




Sampai malam di rumah moyang. Breakfasting yang terakhir pun di sini. Lauk pauk mestilah yang terbaik.  Dum dam dum dam bunyi mercun.



Takbir raya di sana sini.

"allhu akbar,allahu akbar, allahu akbar, laillaha illallh, allahu akbar walillahil hamd"

Till we meet again Ya Ramadhan. Syahdu.

Have a blessful Eid Mubarak with ur loved ones.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, August 29, 2011

Esok Hari Raya. Yeay!!!

Esok je lagi. Dah tak lama. Alhamdulillah, this year ramadhan was totally great. Everything goes up very well. Yeay!!



Banyak tak buat ni? Hiks!




Saya? Nan hadooooo. Semua kuih tunjuk. Belum puasa lagi pun member-member dah pakat bagi sample kuih raya yang mereka jual. Bukan sorang, bukan dua orang. Ramai ok. BEli jelah.

Ramadhan pun dah nak meninggalkan kita semua. Sobssss.

sentiasalah setting niat........
upgrade iman
........
download sabar
........
upload usaha
........
delete dosa
........
update doa
........
dan top-up ilmu
........
supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak
........




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011. YEAY!!!

Raya tahun ni kat PErak. 3rd raya baru balik Seremban. Moh la datang kampung eden yo. Happy u olls orang tegur aii nampak kurus. Awww.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, August 28, 2011

Merayau Di Ipoh Parade

Saya tak pernah tinggal kat Perak. Tak pernah belajar kat Perak. Takde sedara mara kat PErak.

Tapi saya kahwin dengan orang Perak. yeay!!!

Sebab tu lah cuti lama sempena raya ni excited giller bila Enchek Husband ajak pergi Ipoh. Jalan-jalan. First time u olls jalan-jalan kat town Ipoh. Awww.

* excited melompat-lompat.

Kampung Enchek Husband kat Bota. Nak ke Ipoh 45 mins jugakla. Takdela lama sangat. Lainlah diorang ni. Dalam kereta dah penat. Maklumlah puasa. Isk Isk.





Oh baru tau ada pekan nama MEnglembu. Rupanya kacang yang glamer orang selalu makan waktu boring tu di buat di sinilah. BEsar jugak kilangnya. Indian Street pun ada kat sini. Macam kat Penang pulak ye.

First time bebeh sampai sini. Ipoh Parade. Ok whatttttttt.

Cantik menarik tertarik ko memang da boom. YEay!!! Style-Lah.




Ada Parkson, ada FOS, ada Reject Shop ada ape lagi ye? Macam-macamlah ada!

Ada lagi satu yang best. Yeay!!

Tengah cuci poket mata  adik Zara meragam macam orang kena dera, lapar la tu. Nasib baik ada ni

Baby  room yang cantik. Ada tempat changing diaper & bilik penyusuan yang cantik wooo. So dapatlah menyusu adik Zara di sini.


Sesak ramai orang tengah shopping raya tapi tak boleh celen la kat KL. KAt Sogo. Kat Jalan TAR. Kuss semangat. Fuh.

Baby Zara pun nak jalan-jalan jugak.



Satu benda lagi je yang saya aim dari dulu tapi tak dapat lagi kat Perak ni. Mee udang kat Kuala Sepetang. Teringin weh !! Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, August 27, 2011

RAya. Raya. Packing Time. Hooyeah!!

Mama sibuk, anak dara tu sibuk. MAma sibuk, anak dara tu lagiiiiiii sibuk yang teramat. Menyibuk.

Sibuk nak tolong mama masukkan duit dalam angpow. Nasib tak tau pergi kedai beli sekerim, beli coklat lagi. Kalau tak mesti dah kena songlap. Hiks!




Sambil buat kerja nyanyi lagu raya, mana kerja tak siap.




Bila mama packing barang, anak dara tu lagiiiiiiiiiiiii sibuk nak tolong packing. Eh bukan tolong packing, tolong unpacking. Habis dah baju bersepah sana sini. Kalau macamni 10 tahun kemas pun tak habis sayang oii.

Tengokla tu. Mutu. Gaya. Keunggulan.




Eh perasan tak? Perasan tak?

Spek mata tu.



Tu lah kanak-kanak zaman sekarang untung betul. Spek raya pun ada. Mama dulu, manalah ada spek menyepek ni. Mama pakai dia pun nak. Papa pakai dia pun nak. Haa belikan dia satu habis cerita. Pinjam-pinjam tak main ok. Ingat spek mata mama murah ke haaa? Ouch.

Kalau dah besar sikit memang mama suruh diorang je yang buat semua. Kemas beg, kemas baju etc. Hahahaha! Anak dara ada dua orang kan. Melentur buluh biar lah dari rebungnya. Lalalalalalalala~

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, August 26, 2011

Nostalgia HAri Raya

Raya last year kami bertiga but this year kami dah berempat.

LAgi fakta yang perlu diketahui. Raya last year saya tengah preggy 3 months tapi badan macam selim melim la jugak. Raya this year saya tak preggy tapi badan demox macam tengah preggy. Sob Sob.

Ini pic raya tahun lepas. Aidilfitri 2010.


Ada Nayli je, baby Zara dalam perut.

Kalau nak tengok keluarga besar saya boleh tengok kat SINI. Macam-macam ragam.

Anyway,

SELAMAT HARI RAYA !! MAAF ZAHIR BATIN !!

* jap jap. Wasiat dari kanak-kanak under age.

Saya budak kecik jangan lupa bagi saya duit raya tau auntie, uncle.!!!! YEay!!




Saya pun budak kecik jugak walaupun tak berapa kecik. Nak duit raya jugak. Yeay!!



* tengah tolong mama masukkan duit dalam angpow tu sebenarnya.

Kalau dah ada anak raye lebih untuk anak-anaklah. Untuk mama & papa ala kadar je ^_^. Baju raya mama tahun ni 3 pasang je tau. Jadilah. Malaslah nak shopping. XXXXXXL. Menciklah.

Asyik update belog je bila nak kemas beg ni????? Huwarghhhhhhh.


Uwaaaaaaaa malasnya. Apasal malas ni. Apsal? Apsal? Apsal???? Common!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Perkara Yang Paling Menakutkan MAsa Cuti Raya

Dah nak gerak balik kampung esok. Tak sabarnya. Cuma risau sikit. Eh bukan sikit, risau banyak. Iskkk.

Dalam banyak-banyak benda selain daripada rumah dimasuki penyangak ada satu benda je yang paling menakutkan saya.

JAnganlah BLACKOUT masa kami cuti balik ke kampung. Ouchhhh.

Kalau tak habis semua kena buang. Oh TIDAKKKK !!!!! Oh my, oh my, oh my, oh my.



Saya tengah re-check balik semua frozen EBM. Nak pastikan semua stok bulan May telah habis digunakan sebab bila balik ke KL semula dah masuk September. Eh kejap je dah nak hujung tahun kan. Eh kejap je dah nak kerja balik. Sobssss.

Alhamdulillah, next week baby Zara dah 6 bulan. First mission saya untuk exclusive breastfeed selama 6 bulan hampir tercapai walaupun masa starting dulu saya mengalami problem yang agak kritikal. TAk sia-sia saya buat preparation masa preggy time baby Zara dulu. Berbaloi-baloi.

Amboi sukanya dia. Tukang perabihkan frozen EBM. Siapa lagi, Nayli-lah. Yeay!!!

Membesar dengan sihat dan kuat. Amboi besarnya sengih.



Ya Allah aku minta pertolongan dari-Mu. Semoga dipermudahkan. Dijauhi benda-benda yang tak elok. Amin.



Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Babai KL. Welcome kampung. Ketupat, rendang, air gas Mirinda Pepsi blablabla. Confirm naik 10kg lepas ni. Ayoyoyoyo!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, August 25, 2011

Sudah Mood Raya-Lah

Sana sini semua dah MOOD RAYA.

Balik mana tahun ni? Kampung kan ada dua.

Balik sini dulu ke???




 Atau sini dulu ke??



Hiks!

Oh this year is Perak turn-lah. Kan last year dah raya kat Seremban dulu. Lepas tu baru balik Perak. Kami akan balik Sabtu pagi sampailah raya ketiga. Lepas tu shot ke Seremban pulak. Mungkin sampai raya ke tujuh kot di Seremban. Ya raya ketujuh is on Monday sebab Sunday gerenti jalan sesak giller. Insyallah.

Presenting my anak dara dengan baju raya nya. YAhoo! Lorhhh dah tak sabar-sabar nak pakai. TAk suprise lagi la macam ni sayang. Ok ok pakai 5 minit je ye lepas tu bukak balik.


Alololo comelnya. Dah besar dah anak dara mama. Dulu kenit je anak dara ni.

Ucapan untuk semua. Untuk follower. Untuk yang tak follow. Untuk sesiapa yang baca belog saya. Untuk semualah.



Jap jap nak nyanyi lagu Dendang Perantau.

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku.......................



Lalalalala~

Sobssssssss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!