Friday, August 19, 2011

5 oz Frozen EBM Buang Macam Tu je. Sobsss.

Boleh di katakan tiap-tiap hari saya kena buat macam ni lah. Turunkan frozen EBM dari fridge tingkas atas ke bawah. Lepas tu rendam dalam cawan yang berisi air untuk mempercepatkan proses pencairan.




Saya kena cairkan frozen EBM yang dah nak expire (yang dah hampir nak 3 bulan). Semua ni bagi kak Nayli minum sebab adik Zara sekarang direct breastfeed je.Untunglah adik Zara dapat direct breastfeed selama mama jadi FTHW ni sebab breast adalah tempat yang paling steril. JAdi komponen dalam susu ibu adalah sangat aktif jika keluar dari breast di mana komponen ini akan memberi pertahanan yang maximum kepada sistem tubuh baby. Susu ibu mempunyai antibodi yang bertindak sebagai 'pertahanan pertama' di dalam badan.


"Saat menyusukan baby Zara adalah masa paling santai di dalam dunia. Yeay!!!"

Berbeza dengan susu yang diperah dan disimpan, komponen dalam susu ibu adalah tidak terlalu aktif akibat perubahan suhu & suhu yang rendah so kelebihannya dah kuranglah sikit. TApi jangan risau ianya adalah 100% lebih baik dari susu formula. Seperti yang diketahui susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. TErlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Antara hasil yang saya nampak, baby Zara tak demam langsung lepas cucuk 5 bulan meskipun doktor awal-awal dah mengingatkan baby akan demam lepas kena jab dan siap bagi ubat demam lagi. Alhamdulillah.

Seingat saya selama saya kendalikan frozen EBM ni tak pernah sekali pun saya buang sebab dah expired. Bab ni saya memang extra monitor lah. Rotate in & out. Sayang weh nak buang frozen EBM ni semua. Dahla semua simpan bekas penuh. Koman-koman kalau buang pun dah 5-6 oz. Ingat 5-6 oz tu sikit ke? Ingat nak perah untuk dapatkan 5-6 oz tu senang ke? No.no.no.no.no.no.no.no.

Tapi semalam dalam banyak-banyak frozen EBM yang saya cairkan, rupa-rupanya satu bekas dadih tu dah pecah sikit.  Biasalah setengah susu perahan saya simpan dalam bottle, setengah simpan dalam bekas dadih.




So bila frozen EBM dah cair, bercampurlah dengan air dalam cawan tu.

Haiyooooooo!



Sayang nya!!! Buang dalam pasu bunga. Biar jadi baja boleh tak macam tu. Sobsssss.

Jap jap jap. Sedih sangat bila terbaca kisah seorang superwoman ibu menyusu ni. Sobsssss. Share dari belog babyintan.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


Meleleh dah air mata. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

4 comments:

  1. sedih cerita tu...
    kasih ibu ni memang sampai ke syurga.
    tapi ada jugak ibu yang tak hargai anak dan anak tak hargai ibu...

    ReplyDelete
  2. hmm sedihnyaaaa.. dah la baru baca pasal arwah adik iqbal.. nangis tak abis. ni pulak.. adoi.. ;(

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~