Sunday, July 24, 2011

Ubat Oh Ubat YAng Tak Sedap

Biasanya bila anak-anak saya chewaahhh sekarang dah kena guna ayat anak-anak sebab anak dah 2 orang diserang batuk dan selsema saya tak bawa pergi klinik terus.

Sebab kat rumah pun dah berderet dengan segala jenis botol  ubat.



Yang besar, yang pendek, yang tinggi, yang kurus semua ada. Anak-anak saya biasanya kalau sakit tak lama sangat 2-3 hari dah sembuh ubat pun tak sempat nak habis so balance biasa simpan dalam fridge je. In future kalo diserang batuk, selsema or demam bagi balik ubat tu je lah. Saya dah check dengan doc boleh je tapi  jangan simpan ubat melebihi dari 3 bulan ok.

Nak tau tak pe'el Kak Nayli. Senang betul nak bagi makan ubat. Agaknya dia ingat ubat tu gula-gula kot?

Bagi je dia syringe ni. Untuk peringkat umur Nayli sekarang doc advise 4ml sekali telan.

Masa ni Nayli diserang selsema hingus hijau yang pekat lagik likat. Hiks!




Nanti slow-slow dia tekan lah sampai habis masuk mulut. Kalau lambat sangat mama je yang tekan bagi habis. Hiks!




Sedap sangat ke sayang??

Yang penting kalau anak demam kena bagi anak minum banyak air kosong sebab demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan dan tak payah lah pakaikan baju tebal-tebal sangat. Pakaikan anak dengan baju dari fabrik nipis dan ringan dan mempunyai aliran udara yang baik. Selain itu bagus juga kalau letakkan tuala sejuk di atas dahi kerana boleh menyokong keberkesanan ubat untuk menurunkan suhu badan.


Tapi biasanya kalau demam tak berapa panas saya akan elakkan bagi ubat dulu sebab setahu saya bila demam suhu badan menjadi panas sebab ini adalah tanda badan sedang melawan penyakit. Lagipun doc pernah bagitahu saya bila anak sakit sikit-sikit bagi ubat antibiotik lama-lama badan akan bergantung sepenuhnya dengan ubat je dan antibodi semulajadi dalam badan akan menjadi lemah untuk melawan penyakit.

*Sihat selalu la hendaknya anak-anak ku sayang. Anak sihat mama pun senang hati.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~