Tuesday, July 19, 2011

Pam Spectra 3 Saya YAng Sangat Mabeles-Lah

Saya rasa benda ni memang banyak sangat menabur jasa kat saya. Dalam usaha untuk menyusukan baby Nayli dan juga baby Zara.

Spectra 3. Dulu, kini dan selamanya. Muahsslah.


Part menyusu saya dari A to Z semua saya beli online je kat SINI.

Beli completed set dengan pam, 2 breastshield, beg, cooler beg, bootles & icepack. Beli masa year 2009 dalam RM500+++.  Jimat. Completed semua ada.



Dulu masa mula-mula guna  saya suka cuci rendam dalam air panas semua peralatan tu kadang-kadang biar kan lebih 15minit. Kerap gakla basuh dalam seminggu tu. Sebenarnya alat2 tu semua tak boleh basuh dengan air panas altho dalam kotak spectra tu kata boleh cukup dgn air biasa alir bawah air paip pun ok atau air suam bukan panas. Alat-alat tu kan dari plastik so kalau kerap basuh ngn air suam/panas dia akan kembang dan menyebabkan suction slow.. dan tak perlu laa kerap basuh especially tiub.

Sebagai Spectra user cara yang saya guna utk dptkan 'let down reflex' ialah mula-mula saya setkan suction pada yang rendah (nak bg signal kt breast yg kita ready nak mengepam), kemudian saya akan rasa susu mula masuk), bila dah nampak 2/3 titik baru saya increasekan suction yg selesa. Agak-agak saya kita kena pandai main dgn suction level, sebab kadang-kadang saya perlukan high level, kadang-kadang medium. Bergantung pada keadaan.

Komen saya pakai Spectra 3 lebih kurang macam ni lah.

1. Body - Memang ok, machine operate dengan baik walaupun ada a few times terjatuh dari sofa ke lantai. Biasalah hardcore user. Hiks! Paling best semua parts senang je nak assemble.

2. Tube - tube dia ni kena extra care sikit sbb bila lama2 dia akan jadi kotor dan ada hitam-hitam.


Kalau tiub tu ada wap sikit pun tak bole guna, kena betul2-betul kering baru boleh pakai takut air masuk dalam pam (lepas service baru tau nak jaga baik). Yelah service bila susu  or air dah masuk dalam motor pump pun dah dekat RM100 buang duit je. Haishh. Satu lagi jangan pump sampai susu penuh dalam botol nanti tolak angin tu boleh menyebabkan susu masuk tiub. Nak bersihkan pun mcm leceh sikit sebab kena amik dawai and kain untuk gosok bahagian dalam. Lepas basuh kibas macam gaya comboy. Pegang hujung and pusing cam koboi on top of ur head tapi careful that no one is nearby and siling agak tinggi. sakit kalau kena libasan tiub tuh. Kalau buat camni air tinggal takdelah tompok sangat and lebih cepat kering.  But the gud news is that tube ni ada senang nak cari, so if dah hitam sgt boleh beli yang baru, RM15 je takdela mahal sangat banyak tempat ada jual.

3. Membrane - benda putih yang melekat kat valve. 

Ni membrane.


Ni pulak valve.

Membrane ni is made from getah, so bila lama2 tu dia macam mengembang sikit. So bila dah kembang tak berapa nak tekap kat membrane tu. Bila tak tekap rapat tu, suction pun jadi tak kuat. Bila dah jadi macamni memang kena beli membrane yang barulah. Satu RM9. Biasa beli sepasang so RM18 lah. Biasanya kalau strelize part mengepam membrane memang saya tidak strelize sekalilah. Ingat dulu masa first time membrane mengembang  ingatkan pump dah rosak sebab memang tak rasa suction langsung. Pastu bila kaji-kaji, baru la tau rupa-rupanya sebab membrane dah mengembang. Pheww lega nasib baik ingat pam yang rosak.

Sebelum beli pam nak  pinjam dari kawan yang dah gune Spectra 3 pun ok jugak tapi kalau setakat sekali-dua mencuba belum cukup adil utk kite kate pam tu sesuai atau tak. Seseorang tu mungkin perlukan 2-3 hari atau seminggu untk badan dia selesa and get used pada pam baru dan memang betul pon..walau ape jenis pam u gune, nipple stimulation dari baby sendiri / direct feeding dan kekerapan mengepam adalah faktor utama utk sucsess in BF.

Kadang-kadang tu fikir jugak kalau boleh memang tak nak guna MLO Backpack sebab selalu sangat kena tegur bawa beg macam budak sekolah walaupun memang saya tak nafikan beg tuh paling mudah dibawa dan very spacious.

Inilah beg sekolah yang dimaksudkan. Setiap pagi usung beg ni pergi office.


Dalam ni simpan semua benda untuk mengepam kat office eg. pam, botol and cooler beg.

Kononnya nak la tukar ke beg yang nampak corporate sikit kalau boleh nak carik shoulder bag yang boleh carry skali purse, a few pens, calculator dan sebagainya sebab skang nih bila gi ofis, dah bawa sampai 2 beg. 1 beg pam & 1 handbag. Kalau ada tempat kerja yang selesa bolehlah perah guna tangan tapi jika  berasa keadaan tempat kerja yang tidak mempunyai tempat yang sesuai dan bos yang tidak berapa suka sekiranya pekerja menghilang, boleh juga menggunakan pam batery or elektrik.Dan ianya boleh dipam di work station je.

Harga pam bergantung kepada kemampuan dan kesuaian kita. Boleh juga mencuba dulu pam berkenaan sebelum beli. Di kedai MLO, Susuibu, Fabulous Mom rasanya semua kedai yang jual breastpump boleh untuk mencubanya dulu. Jangan risau jika ramai mommies yang memilih jenama breastpump lain sebab pemilihan breastpump adalah mengikut keserasian individu dan poket masing-masing. Janganlah kerana tidak ramai yg gunakan Avent so kita rasa ia tidak bagus. Jenama breastpump tidak penting, tapi yang penting adalah kegigihan kita untuk mengepam. Kena gunakan pam yg ada semaksimum mungkin. Elektrik atau manual pon tidak menjanjikan pengeluaran susu yg melimpah ruah cuma bezanya akan lebih relax jika gunakan elektrik tapi tak kurang juga  mommies yang lebih suka manual kerana boleh tentukan sendiri teknik mengepam masing2masing .Berbalik kepada pokok cerita tengoklah pada kesesuian individu..

Di samping itu saya rasa mommies juga harus belajar juga teknik marmet iaitu teknik memerah menggunakan tangan sebab dengan mengetahui teknik perahan menggunakan tangan akan lebih mudah menguruskan pemerahan susu tanpa pam. Macam saya ni kadang-kadang nyanyuk lupa nak bawa breastshield pergi office so saya gunakan teknik marmet jelah sebagai ganti. Yeay!!

Breastpump adalah alat yang boleh membantu kita memerah susu namun ia bukan sesuatu yang wajib dimiliki tetapi kalau berminat memiliki breastpump disyorkan beli yang brand new kerana ada warranty dan selamat. Anyway seperti yang saya cakap tadi pemilihan pam ini sangat subjektif bagi setiap individu. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi pembelian breast pump ni. Contohnya, faktor kondisi dan persekitaran kerja, faktor duit, faktor kekangan masa dan akhir sekali faktor keselesaan individu itu. Kena analisis dulu faktor-faktor tersebut dengan kesesuaian diri. Sebagai contoh, Seorang ibu yang mempunyai corak kerja yang sangat padat, masa menjadi faktor utama adalah disarankan memilih pump yang boleh boleh berfungsi serentak (dual/double pumping) sebab dapat menjimatkan masa.

Sekadar pandangan just sharing dari pengalaman sendiri dan apa yg saya dah pelajari: Saya cuma mampu komen pasal breastpump Spectra 3 je lah sebab itulah satu-satunya pam yang pernah saya guna. Conclusion : what ever type of breastpump yang kite gune, as long as kite selesa dan tidak menyakitkan, pam tu bagi saya dah cukup bagus untuk kite. Tak kisahla mahal or murah.

Yeay!!

Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







 Yeay!

22 comments:

  1. tqvm 4 sharing.. akak ngah meng'usha' electric pump neh..ehehhehe

    ReplyDelete
  2. salam..akma mane dapat headband baby yg comel2 ni..cntk2 la sy bminat la..blh share x mana dpt

    ReplyDelete
  3. misz, biase beli hairband kat jusco ade banyak pilihan. takpun kat kedai baby, brand bublee bee memang semua cute mute je.

    ReplyDelete
  4. yes yes...i luv spectra toooooo...hehehe

    ReplyDelete
  5. me three!sy pom pengguna s3..salam dari KIM..:) my FB Maiza Catlina

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg sangat bermanfaat for all mommies... TQ Sis.

    ReplyDelete
  7. setiap kali lepas guna pam, cuci ke? kalau 2 -3 kali dalam sehari mengepam cuci 2 -3 kali juga ke?

    ReplyDelete
  8. tak jugak lepas guna je cuci, sometimes lepas guna tu simpan peralatan eg: membrane, valve semua dalam fridge je, amik konsep susu boleh simpan kat fridge bawah dalam masa 24 jam kan ;)lelagik kalau kat office.

    ReplyDelete
  9. vote for S3..terbaik..banyak berjasa..

    ReplyDelete
  10. nak tanya...kalau nak servis spectra3 kat mane ye...? hantar by hand ke camne?sy pnyer dh gn 2thn ..pastu rehat dkt setahun...tuk anak ke3 nk gn balik..semua accesories sy ganti baru..cuma nk tau mesin pam tu kn servis dl ke x ye?tqvm

    ReplyDelete
  11. kalau nak servis spectra boleh hantar kat: HISTOPOINT (M) SDN. BHD.
    Address: No. 41, Jalan Ss 18/6, Subang Jaya, Selangor, 47500
    Phone number: +60 (0)3 5631-7289

    Dulu saya hantar servis dan amik balik by hand. Kalau dah lama tak guna better service takut suctionnya dah tak best ;)

    ReplyDelete
  12. sis, nak tanya ni...boleh bagi bby minum terus dr breastmilk storage bottle ke? just letak teat lepas warmkan ebm tu? sbb ada yg kata tak digalakkan sangat terus dr bottle storage sbb bukan anti colic..camna?

    ReplyDelete
  13. kalau breastmilk tu dah dimasukkan dalam fridge dah sejuk kene panaskan sebelum bg baby. direct feed mmglah yang terbaik tapi kalau ibu tu ada hal atau kerja takpelah perah dan bagi breastmilk dalam botol nak buat macam mana kan....

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...saya pun guna spectra 3, tp membrance dh koyak, kt mana nak beli yg baru ek..ples kongsi info

    ReplyDelete
  15. kalau nak beli membrane S3 tapi takde masa cari kat kedai boleh beli online je.
    www.susuibu.com - kedai kat bangi
    www.enjoybreastfeed.com - kedai kat klang

    happy breastfeeding! ;)

    ReplyDelete
  16. "tak jugak lepas guna je cuci, sometimes lepas guna tu simpan peralatan eg: membrane, valve semua dalam fridge je, amik konsep susu boleh simpan kat fridge bawah dalam masa 24 jam kan ;)lelagik kalau kat office."

    maknenye, next pumping session, trus pam pakai pam dari dlm fridge? tapi susu yg baru pam kan cam panas2 sket, tercampur ngan bekas2 susu sejuk kat pam tuh tape ke?
    baru nak naik keje ni, tgh pk2 camne nak basuh for next pumping session tu..

    ReplyDelete
  17. takpe, boleh je, saya buat mcm tu masa menyusu untuk dua2 orang anak. alhamdulillah takde effect ape2. masa kerja sangat rushing takde masa nak basuh alatan pam everytime lepas guna...

    ReplyDelete
  18. saya dok area kangar. servis mll pos bley x?

    ReplyDelete
  19. boleh post to histopoint. nanti dah siap service they post to customer balik. tapi service charges cust tanggung la

    ReplyDelete
  20. Saya pun guna spectra 3.. nak tau la servis kat mane? Pam sy dah kuat sgt bunyinye..dah lama xpakai tp syg pam tu..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~