Thursday, June 16, 2011

Selamatkah Anak-Anak Kita?


Biasanya bayi yang baru lahir sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari selepas meyusu pada beberapa minggu pertama. Masa baby Zara baru lahir dulu memang kejap-kejap mesti tukar pampers. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berbintil-bintil berwarna kekuningan dan berbau masam.
 
Kalau baby yang exclusive breastfeed tu ada najis hijau  kemungkinan besar pasal baby tu tidak dapat hind milk yang penuh dengan lemak So, setiap kali menyusukan baby, silalah bagi sampai breast tu kosong untuk pastikan baby dapat fore milk dan hind milk ataupun dalam bahasa melayunya susu awal & susu akhir. Kadang-kadang baby yang baru lahir kerap tertidur semasa menyusu jadi gerak-gerakkan la dagunya supaya ia bangun dan sambung menyusu.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang apabila seseorang bayi menghadapi keadaan kerap buang air besar, perhatikankan keadaan najisnya. Jika najisnya terlalu cair berkemungkinan dia mengalami cirit birit akibat tersalah makan (atau perubahan susu bagi baby yang minum formula milk). Periksa juga kedaan punggungnya, kerana jika terlalu kerap buang air besar, boleh menyebabkan punggungnya sedikit melecet. Bawalah anak berjumpa doktor kanak-kanak untuk memastikan keadaan bayi ok ke tak. Kalau tak alamat memang tak tidur malam la jaga baby sebab biasanya baby akan meragam teruk kalau punggungnya melecet. Mestilah sakit.

Menyusu baby dengan susu ibu & susu formula juga adalah sangat berbeza. Penggunaan susu formula kadangkala agak rumit untuk mendapatkan jenis yang sesuai untuk sesetengah bayi. Ini kerana pembuatannya adalah bukan semulajadi. Oleh itu, ibu terpaksalah melakukan kaedah cuba jaya sehingga menemui formula yang sesuai untuk bayi tersebut. Masa first time introduce Nayli pada formula milk dulu semasa umurnya 11 bulan saya beli susu NAN tapi Nayli mengalami masalah untuk buang air besar yang serius. Tak sempat habis setin tukar pada Lactogen 2 pulak. Alhamdulillah sampai sekarang ok.

Penggunaan susu soya biasanya dicadangkan apabila bayi menghadapi masalah alahan terhadap susu lembu. Ini kerana protin di dalam susu lembu (yang telah dicampurkan di dalam susu formula) adalah kurang bersesuaian dengan keperluan protin bagi sesetengah bayi. Oleh itu, bagi bayi sebegini, susu soya dapat membantu mengurangkan risiko alahan. Tapi tu lah, biasanya harga susu soya ni adalah lebih mahal.

Kalau bab makan pulak khusus untuk baby above 6 months,  nowadays stail pemakanan manusia moden yg  lebih byk makan makanan yg diproses yang mengandungi byk bhn penambah perisa dan bahan pengawet, malah makan makanan fresh pun belum tentu freshnya kerana penggunaan baja kimia dan bahan sintetik lain utk tumbesaran tumbuh2an dan haiwan;

MAKA KERANA ITULAH PADA SAYA, BIARLAH BADAN SAYA INI YG MENAPIS SEKALIAN "PENCEMARAN" PD MAKANAN ITU STAKAT YG TERMAMPU & HASIL MAKANAN YANG DITAPIS ITU KEMUDIANNYA BARULAH DISALURKAN PADA BABY ZARA MELALUI AIR SUSU IBUNYA.

Lebih selamat & tanpa was-was.

Untuk sistem tubuh anak yang berusia 2 tahun ke bawah yang belum matang atau stabil lagi sistem pencernaan / penghadaman / antibodi mereka, sebenarnya apakah solid food yang sesuai untuk mereka?

Please say NO pada segala bentuk makanan yang punya bahan pengawet, penambah rasa, perasa tiruan atau makanan ubahsuai genetik kepada anak-anak kita yang berumur 2 tahun ke bawah kerana sistem badan mereka masih lagi tidak matang. Kesian sistem penghadaman mereka terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memproses makanan-makanan yang tak sepatutnya diberi pada mereka lagi.

Dan tentang makanan yang dimasak di rumah pun kalau kita selalu fikir apa yang kita masak adalah yang terbaik kalau yang beli tu jangan ceritalah ye cuba fikir tentang ini pula, contohnya apabila kita menggunakan sayur-sayuran yang banyak dijual di pasar-pasar sekarang ni pun mengandungi banyak racun serangga / chemical yang tak elok untuk kesihatan jangka panjang.

Soal beras pun satu hal jugak. Apatah lagi kalau menggunakan beras wangi yang konon-kononnya hebat. Betapa banyak racun serangga dan chemical lain yang digunakan untuk memastikan padi yang terhasil benar-benar menepati standard kualiti dan tidak didekati serangga perosak, juga kalau nak dikira tentang air yang digunakan untuk membasuh beras itu.Kalaulah hanya digunakan air paip yang mempunyai banyak kandungan klorin itu untuk membasuh beras, maka tidak takutkah kita...bla bla bla...

Jadi persoalannya adakah kita pasti bahawa bahan-bahan yang kita gunakan sewaktu memasak solid food untuk diberikan pada anak kita itu bebas dari segala bahan perosak yang termendap dalam makanan-makanan yang dikatakan banyak nutrient & penuh khasia itu? Segala bahan perosak itu memang kita takkan nampak kesannya dalam jangka pendek, tapi untuk KESAN JANGKA PANJANG...?

Kalau untuk manusia yang sudah kuat antibodi badannya, Insyaalllah sedikit sebanyak bahan-bahan perosak itu dapat disingkirkan oleh badan kita, tapi untuk seorang insan bergelar bayi? Pulak tu ada yang bagi baby mereka makan sebelum umur 6 bulan lagik. Kesiannya sistem badan mereka apabila dipaksa untuk melakukan kerja-kerja berat (penyingkiran toksin dan bahan merbahaya dari makanan) sedangkan sistem badan mereka baru sahaja nak berfungsi, baru sahaja hendak mengenal dunia. Kesiannya. Sob Sob.

Kalau nak difikir pasal benda-benda ni setahun pun tak habiskan. Hiks!

Sebab tu lah kita digalakkan melakukan penyusuan penuh sehingga 2 tahun kot.....

Wallahu'alam. Sekadar pendapat ngok ngek saya yang tak seberapa time nak balik kerja ni. Hehehehe.

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay! Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

  1. emmmm....praktikal gak ape kate awk neh akma....
    membuatkan kite lebeh berazam utk bf utk adik dadif..insyaAllah..

    =)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~