Tuesday, June 7, 2011

Maksud Penyusuan Penuh Selama 2 Tahun

Perasan tak?

Mommies yang bekalkan anak dengan frozen EBM masa nak guna ada bau tak frozen milk tu?

Biasanya akan berbau tengit sikit. Dun worry bebeh. Insya Allah, EBM itu masih boleh digunakan, untuk pengetahuan semua, frozen EBM berbau tengit kerana tindakbalas enzyme yang terdapat di dalam susu tersebut (dikenali sebagai lipase).

Untuk info, lipase ialah enzim yg bertindak mengurai/memecahkan lemak dalam susu ibu supaya lebih mudah dihadam oleh bayi. Lagi tengik susu itu, lagi tinggi kandungan lipase yang terdapat dalam susu itu dan ianya akan menyebabkan perubahan rasa pada susu tersebut. Mungkin tak lah selazat masa minum fresh EBM tapi susu itu tidak memudaratkan bayi apabila diminum. So dun worry yaw. Ada jugak sesetengah baby yang reject frozen EBM akibat dari perubahan rasa tu. NAsib baik baby Zara ok. tak memilih.

Lagik satu terfikir pulak lepas baca info ni.

Kita biasanya dengar penyusuan susu ibu selama 2 tahun untuk baby. Tetapi dalam Al Quraan 2 tahun tu sebenarnya bermaksud penyusuan penuh iaitu memberi susu ibu sahaja tanpa apa-apa makanan tambahan lain.

Wahh!!

Kadang-kadang kita konpius dengan beberapa terma penyusuan iaitu:

PENYUSUAN EKSKLUSIF (EXCLUSIVE BREASTFEED)= PENYUSUAN BAYI TANPA SEBARANG MAKANAN/MINUMAN YANG MENGENYANGKAN KECUALI UBAT-UBATAN.

PENYUSUAN PENUH (FULLY BF) = PENYUSUAN BAYI DAN DITAMBAH DENGAN MAKANAN

Dalam Quran, ada 3 ayat yang menjelaskan tentang penyusuan susu ibu ini dan ketiga-tiga ayat itu membawa simbolik dan pengertian yg berbeza yang sungguh mendalam maknanya...

Penyusuan penuh tu ada pada ayat 233 surah Al-Baqarah,

1) "....dan ibu2 hendaklah menyusui anaknya selama 2 TAHUN PENUH, BAGI YG INGIN MENYUSUI SECARA SEMPURNA...."
[ayat 233, surah Al-Baqarah]

Habib Munzir, seorang alim berketurunan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat itu adalah bayi itu sebaiknya disusui hingga usianya 2 tahun (mngikut kiraan tahun hijrah), sebaik2nya tidak diberi makanan lain selain air susu ibunya atau yg menyusukannya, namun tidak ada larangan / keharaman jika diberi makanan lain.

Kemudian ayat,
2) "dan Kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yg telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yg bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan temph menceraikan susunya adalah DALAM TEMPOH 2 TAHUN, (dengan yang demikian) bersyukurlah kpd-Ku dan kepada kedua ibu bapamu serta kepad Aku jua tmpt kembali."
[ayat 14, surah Luqman)

penggunaan ayat, "dlm tempoh 2 tahun" (maknanya kalau menyusu tak cukup 2 tahun pun takpe) adalah bermaksud keringanan yang diberikan Allah kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah dan halangan untuk menyempurnakan penyusuan 2 tahun penuh, dengan makna diringankan tugasnya iaitu menyusukan lah sehingga 2 tahun ataupun tak genap 2 tahun.

Ayat ketiga,
3) "Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. ibunya telah mengandungknnya dgn susah payah dan telah mlahirknnya dengan susah payah. sedangkan tempoh mengandungkannya dengan tempoh menceraikan susunya ialah dlm ms 30 bulan....."
[ayat 15, surah Al-Ahqaf]

Ayat ini merujuk kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah teruk dengan kandungan dan proses melahirkan. Sekiranya anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, contohnya 7 bulan, tempoh penyusuan yang disyorkan oleh al-Quran adalah (30-7) 23 bulan. Ayat ini juga menunjukkan kebesaran Allah dimana ia juga menunjukkan bahawa bayi yang paling muda boleh dilahirkan dan selamat adalah pada usia 6 bulan (30bulan-24bulan).

**Dalam ayat kedua dn ketiga, Al-Quran mnyebut bahawa sebaik-baiknya kita cuma menyusukan anak kita hanya sehingga umurnya 2 tahun shj dn selepas tempoh itu, sebaik-baikya kita ceraikan susu dari mamanya.

Tapi apa yg penting adalah hikmah dan kelebihan yg tersembunyi di sebalik suruhan-NYA agar kita ibu-ibu dapat menyempurnakan penyusuan 2 tahun penuh (mengikut kiraan hijrah) kpd bayi kita.

Just wondering.......

Di zaman sekarang ni ada tak lagi agaknya mama yang menyusukan anaknya secara exclusive for 2 years. Exclusive breastfeed ok. Susu ibu sahaja tanpa apa-apa makanan tambahan yang lain. Mestilah tak mustahil sebab dah terkandung dalam Al-Quraan. YAng biasa didengar fully breastfeed for 2 years. Salute spring betul kat siapa yang berjaya buat. Mental & fizikal kena kuat woo. Ini planning nak exclusive breastfeed baby Zara for 6 months pun dah bermacam dugaan nipple luka la, itula, inila. Penyakit malas nak mengepam pagi-pagi buta tu jangan cakaplah. Haishhhhh.


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

5 comments:

  1. bagus info ni..
    tapi tak pernah jumpa lagi orang yg fully BF 2thn tanpa bagi makanan lain..

    ReplyDelete
  2. saye ade pernah terbaca ade ibu yg nak fully bf anaknye hingga 2thn kt SI (susu ibu)

    ReplyDelete
  3. saya pernah terbaca psl exclusively bf for 2 yrs.. ada yg berjaya tapi tak ingat baca kat mana.. tapi very rare la... pulak tu skrg ramai yg lebih percaya lepas 6 bulan bb kena bagi makan untuk keperluan nutrien dalam badan die...

    ReplyDelete
  4. go akma, go fully 2 thn..yeeehhh!!

    ReplyDelete
  5. salam.......nak tye pendapat u all....ape keburukan pada ank n mummy nye jika kite menyusukan ank lelaki yang dah nak masuk 2 tahun 2 buln...that's mean dah lebih 2 years....need ur info bout that.......tq

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~