Sunday, May 8, 2011

Nak Makan Ikan Bakar Pulak

Semalam kan, yelah semalam hari Sabtu. Tak kerja lepas tu ada orang tu mengidam nak makan bakar-bakar la. Ada la orang tu siapa ntah? Nayli kot. Hiks!

So kami berempat walaupun yang makannya 3 orang je pergila ke pekan Sungai Buloh. Kat area sini tengahari memang banyak di  jual menu bakar-bakar ni. Sesuai sangatla untuk orang yang malas masak. Opssss! Hahahahaha!

Macam-macam ada. Cakap je nak apa.



Semua sedap tak tau nak pilih yang mana satu. Nak makan semua sekali boleh tak? Hahaha! Nampak sangat buruk lantak.

Ulam-ulam pun banyak. Part ni memang saye kureng sikit. Tu yang tak bagusnye saya. Kalau sayur yang di masak tu saya makanla, tapi ulam memang kureng sikit.



Pilihan saya of course la keli bakar. Nasi sikit je. On diet. Erksss. Tu sikit ke?? Eh berat saye dah turun tau! Yahoo! Type makan memang suka banjir-banjir. Nayli pun suke gak makan banjir-banjir macam ni. Nampak sangat mama borek, anak rintik. Tiru mama la tu.




Enchek Husband pulak makan pari bakar. Sedap.




Tengah sumeorang sedap makan tiba-tiba Nayli menggelabah. Laaa ada cat bawah meja rupanya.



Takut cat ke sayang? Selalunya tak takut. Sebab cat ni mata kuning kot. Awwwwwww.

Lepas perut dah kenyang singgah The Store pulak.. Biasalah asal keluar je mesti nak singgah situla, sinila. Macam-macam hal. Lagipun sekarang ni panas betul. Kalau lepak-lepak shopping complex sejuk sikit. Hiks!

Its time for Nayli to yeayyy!!

Siapa nak naik RM6 for 15 minutes.

Porshe, Ferrari, Fair Lady, Ducati, Volksagen semua ada. 



Pilihan Nayli mestila yang pinky all day long sebenarnya mama yang pilih. Hooyeah!!



Control by papa. Tengok la si papa yang sangat gagah perkasa. Sambil dukung baby Zara sambil control kereta Nayli. I luv u so much la papa, Muahssss!



Hahahaha! MEsti nak cakap mamanye pemalas la tu nak jaga anak-anak. Bukan, masa ni saye nak masuk The Store jap beli barang sikit. Tu yang papa handle dua-dua sekali tu. Tak caya tanya papa. Kan papa kan? Kan? Kan? Apa yang penting? Kerjasama !!!

Tengah jalan-jalan cuci mata berlaku pulak drama swasta.  Haisshh drama queen betul la anak dara sorang ni.



 Haaa tengok piccas pun dah boleh agak.

Dah faham sangat. 

Nayli: Mama, Nayli nak belon tu !!!!!!!!!!!!!!!
Mama: Cannot. Tu kakak punya.
Nayli: Nak jugak. Nak jugak.

Bila tak bagi Nayli tak nangis tapi dia boleh nak berebut pulak belon dengan si kakak tu. Haissssh boleh masuk WWE ni.

At last.


Happy la tu dapat belon. Last-last parents budak tu suruh bagi je belon tu kat Nayli. Ayoo buat malu kompeni je!!!!

Dah la jom balik. Karang nak berebut ape pulak lagi.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. awat tak gi Bagan Lalang? Situ lagiiii bykkkk bakar2 nyer. teheheh.
    Nxt time leh pegi yer. Da baca kan review akak retu??? hik hiksss.
    Kalo pegi nati sila makan kan ketam utk akak yew.

    ReplyDelete
  2. hoho..mmg budak2 suka belon la kot akma...imran pun kalau nampak belon..sibuk tunjuk2.."nak..nak...nak" kadang2 xtau nak cari kat mana..huhu..nayli boleh jadi geng imran la...celet ckitt!

    ReplyDelete
  3. nak lunch je, bagan lalang bukak waktu malam je kan? arghh bile la nak sampai situ teringinnye nak makan bakar-bakar. hiks!
    patutla d.o.b imran & nayli same, suke giller kat belon pon same ye. hehe

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~