Wednesday, April 20, 2011

Untung Jugak Duduk Rumah Ni

Harini ni pagi-pagi lagi dah cakap kat mak. Tak payah masak la. Lagipun ayah keluar mencangkul main golf. Ya, itulah aktiviti ayah saya, 2 kali seminggu. 

So bila dah tengahari saye keluar jap pergi beli makanan. Mana lagi. Kat sinilah. Alaa sebenarnye saje je nak buat alasan nak keluar rumah. Lagipun kesian tengok mak, hari-hari masak. Jom tukar selera pulak lah.




Giant's food court. Tapau aje. Biasalah ada baby kat rumah. Mak tolong jaga jap.



Saya makan hotplate yee mee ni. Alaa kalau kat mana-mana food court Giant kedai yang jual ni mesti belah hujung sekali. Perasan tak? Tapi tak best pulak rasanya makan bila tapau. Sebab dah tak berapa panas. Yee mee dia pun macam keras je. Pendek kata, tak sedaplah.




Mak pulak nak makan nasi ayam.




Tengah sedap-sedap makan sambil tengok program WHI tetiba kagum giller sebab ade wajah ni kat TV Yeay!




Oh rupanya tengah bincangkan pasal penyusuan susu ibu. Untungnya sekarang ni saya tak bekerja, lepak kat rumah je. Kalau tak mesti tak dapat tengok segmen ni. Mesti kenal siapa ni kan kan kan? Inilah Kak Farah Farhan. Dasyat dia ni, my idol dalam dunia penyusuan.

Banyak hal-hal penyusuan yang dibincangkan dalam segmen ini. Best sangat. Jom kita share. Antara yang paling best ialah bila kak Farah Farhan cakap hanya 12% ibu tidak boleh menyusukan anak sendiri. Itu pun ibu yang menghidap AIDS dan penyakit-penyakit lain yang tidak boleh memindahkan cecair kepada anak dan juga ibu yang pernah menjalani pembedahan pengubahan struktur payudara. 

Juga dibincangkan hal yang selalu ibu-ibu cakap iaitu selepas kelahiran di mana susu tiada. Jawapannya ialah susu ibu sebenarnya sudah ada sebaik saja bayi dilahirkan kerana hormon estrogen banyak terkandung dalam uri bayi. Estrogen dan prolaktin adalah hormon penghasilan susu yang berkadar langsung oleh itu sebaik saja bayi & uri dikeluarkan, susu ibu sudah mula dihasilkan. Cuma pada tiga hari kelahiran susu hadir dalam bentuk kolustrum "makanan pertama bayi" iaitu cecar melekit & kekuningan dan tidak berupa susu langsung.

Akhir sekali kak Farah Farhan cakap percayalah, semua orang mampu mampu menyusukan bayi sendiri sebab kalian adalah ibu, giving birth to baby doesnt make u a mom yet, sehinggalah anda menyusukan baby anda sendiri. Menyusukan adalah anugerah tak ternilai selepas melahirkan si kecil.

* terharu sangat. Dia memang sangat hebat!!! Saya memang sangat-sangat-sangat kagum pada Kak Farah Farhan. Tabik spring yawwww.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

7 comments:

  1. U pulak my idol. wlpun br beranak 2 tp dh ada byk ilmu psl penyusuan, pastu kuat azam plak tu.X mcm akak, slalu alasan keja lah yg sbbkan stop BF sdgkan penghasilan susu mmg xdak masalah. Mmg sgt2 kecewa sbb x memiliki azam & ilmu sprt akma & Farah waktu melahirkan 3 org anak sblm ini. Skrg mmg berazam sgt2 nk BF yg coming soon ni.

    ReplyDelete
  2. best nyer dpt tgk segmen tu... me jeles tau.
    btw, she is mu bf idol tooo :)

    ReplyDelete
  3. erkss. kak suhana. segan saye bile akak ckp mcm tu. saye pun budak baru belajar, penyakit malas tu kdg2 ade jugak. hehe

    ReplyDelete
  4. eh akma, farah tu lahir tahun 82 la.. die lebih adik dari kita.. hehe

    ReplyDelete
  5. huhu best duk umah jeles la
    tp tq for sharing... sekurang2nya tahu jugak apa yg dibincangkan

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    saya pun tgk farah kat WHI hari tu..mmg syok dok umh..tp today my last day..esok dh naik keje semula..huhuuuuu

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~