Sunday, April 3, 2011

Hari Memasak dan Makan Sedunia

Hari ni nak cerita pasal masak-memasak. Rasenye selama saye berblogging almost 2 years ni tak pernah langsung cerita pasal masak-memasak. Kalau cerita masak bubur NAyli tu banyakla. Sebab utama ialah..... erkssss.....saya tak berapa pandai masakla!

So kali ni bolehla cerita sebab tengah berpantang kat kampung. Ade chef yang terhandal sekali. Mak saye la siapa lagi. Mak memang pandai masak. Cakap je nak makan ape, ok je.

Bila tak bekerja dah hari2 mengadap muka Nayli, sedikit sebanyak saye lebih taula ape yang dia suke dan tak suke makan. Oooo Nayli masih makan bubur nasi. Kalau nasi kureng sikitla seleranya. Tapi yang pasti kalau  makan nasi dengan masak lemak putih sangatla dia suke. Sangat ok.

So hari ni nak masak lauk kegemaran Nayli iaitu lemak putih labu. Begini ye cara masaknye tuan dan puan sekalian. Jeng Jeng Jeng.

Yang paling penting mestila ade labu.




Lepas tu potong la kecik-kecik macam ni supaya senang nak telan makan. Ooo serai pun kena ada. Nanti titikkan aje ye.





Bahan-bahan yang perlu ditumbuk. Macam biasela. Bawang merah, garlic and ikan bilis.





Memula masukkan santan cair dengan bahan yang ditumbuk. Pastu dah mendidih masukkan labu dan santan pekat. Tunggu sampai labu empuk.

Senang je. Dah siap. Taraaaaa. Dah boleh makan.




Bila letak nasi dan masak lemak putih dalam pinggan. Tengokla anak dara tu. Dah tak pandang kiri kanan. Sangat la berselera.





Tak cukup sudu pakai tangan pulak. Mama yang kat sebelah ni pun dia tak heran. Sambil makan, sambil tengok TV.




Oh suke makan masak lemak ye sayang. Tak payah paksa dia makan. Laju je dia suap sendiri. Nanti mama masak lagi ye. TApi tak boleh la selalu sangat santan-santan ni. Tak elok.

Selain itu ade jugak lauk-lauk ini untuk lunch kami. Yang ni tak dapatla nak cerita cara memasaknye sebab bukan saya  yang masak  sebab saye tukang makan je. Hehe.

Ayam masak merah. Fuh.




Daging dendeng. Fuh.



Kerabu jantung pisang. Fuh.



Semua pun terbaik. Agak-agak boleh bayangkan tak macam mane besar badan saye sekarang ni? Erksss. Tapi takdela besar sangat. Besar sikit aje. Duduk kat kampung memang heaven habis. Sila jangan imagine saye ni macam Bob KU2 pulak.

Lagik 10kg lemak tepu perlu dibuang. Syhh Syhh.

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

  1. pergh...masak lemak...aunty tengok nayli makan pun , aunty terliur tau..hehe..

    best nya kerabu jantung pisang tu....sedapnya..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~