Monday, April 4, 2011

Guna Tangan Pun Boleh

Dulu selalu berangan alangkah bestnye kalau ada pam ni. Untuk pengepam tegar mestila selalu termimpi pam ni kan. Betul tak? Betul tak?





Tapi sebab Medela Freestyle Breastpump tu mahal giller, so saye pakai pam ni aje. Jadikla. Puas hati. Spectra 3 breastpump.




Sepanjang tempoh berpantang di mana hari ni dah masuk day 34 dan saye berjaya  kumpulkan stok EBM sebanyak ini. Semua simpan dalam botol penuh. Sayang simpan sikit2 sebab fridge kat rumah kecil sahaja.

Week 1 & 2




Week 3



Week 4




60 bottles dah! Alhamdulillah.

Dan nak tau tak, 90% dari stok di atas adalah dibuat dengan Teknik Marmet.



source: www.breastfeeding.com

Yaa! Teknik Marmet adalah memerah dengan menggunakan tangan! Guna jari tangan pun boleh.

Sebenarnye tak terfikir pun nak guna teknik ni. Tapi memandangkan kadang-kadang Nayli kacau mama dia setiap kali nak pam eg tarik tubing  so mamanye macam dah surrendela nak guna pump.  Baru dapat LDR dah kena stop mengepam pulak. Isk Isk. Terpaksa fikir alternatif lain. Dan bila dah 4-5 kali guna teknik ni, makin lame rase macam puas hati pulak dan terus saye perah pakai tangan je altho Nayli tak kacau mama dia.

Apa yang saya tau, teknik Marmet ni selalunya akan menghasilkan lebih pengeluaran susu disebabkan skin to skin contact semasa memerah susu. Samalah macam skin to skin contact bila mama dengan babynya yang akan merangsang pengeluaran susu. Yeay!

Cara Memerah.

1- Guna 3 jari je - ibu jari, jari telunjuk & jari tengah dan kesemua jari diletakkan kat aerola. Buat pegangan C.





2-Letakkan ibu jari di atas kawasan aerola. Jari telunjuk & jari tengah pula di bawah aerola



.

3- Tanpa meregangkan jari, dorong jari ke arah dada. Lakukan dalam gerakan emutar dan lembut seperti menggeletek. Lakukan dari kawasan atas sehingga ke aerola.

4- Sewaktu jari berada jauh dari kawasan aerola. gerakan dipanggil PUSH dan apabila jari berada di kawasan aerola dipanggil ROLL. Tekan kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong.

5- Ulangi langkah secara seragam dengan PUSH, ROLL dengan posisi jari yang tepat sehingga kilang susu kosong.

Yang paling penting. JANGAN JANGAN JANGAN SESEKALI...

1 - picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
2- tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
3- geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet

source: PA&MA

Sangat membantu! Tak perlu nak beli pam kalau ade teknik yang betul. So sekarang ni saya dah tak berangan lagi nak beli Medela Freestyle breastpump sebab guna tangan pun boleh. 

Anyway dunia penyusuan bukanlah semudah yang disangkakan dan kebanyakan orang bayangkan. Semua ibu mampu menyusukan anaknya tetapi susu ibu tidak tidak akan melimpah dengan takdir dan bantuan-Nya semata mata. Susu ibu tidak hadir kerana keturunan yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah dan juga tidak hadir dengan goyang kaki sahaja. Bukan senang macam makan peanut ok. Silalah jangan berangan macam tu. Tapi susu ibu hadir dengan doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi. Yeay!

Setahun yang lalu saye sering bercerita pasal susu ibu, stok EBM saye dan semua yang berkisar pasal penyusuan di blog saya ni. Tapi  beberapa bulan lepas tu terus takde entry pasal penyusuan lagi sebab saye gagal dalam perjuangan saye untuk fully BF Nayli selama 2 tahun. Ya! Saya gagal. Saya cuma mampu fully BF Nayli selama 11 bulan sahaja.

Sedih sangat. *Nanges*

Saya ingin berkongsi perjalanan kisah penyusuan saye kerana ini adalah salah satu usaha dan cara saya untuk memotivasikan diri. Percayalah, bukan senang untuk melaluinya. Takde niat walau sekecil zarah pun di hati saya untuk menunjuk-nunjuk.

Tiada yang lebih baik darinya. Semua orang boleh lakukan benda yang sama. Insyallah.

Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







Yeay!

13 comments:

  1. saya jarap untuk zahra ni awk berjaya sampai setahan..nak2 tah pakar dalam marmet nie..heheh seronok..rasanya blog akma la sumber saya nak buat blog.sebab masa buka susuibu.com dulu mst ada pdpt dari awk tu yg bersemangat nak buat blog sbb cerita akam jugak boleh memotivasikan org lain..good luck.

    ReplyDelete
  2. pewitttttt....u tak beritahu i pun u guna tangan...hehe..btw, congrats beb...memang tak nafikan sbg seorg ibu yg berkejaya medela fs mmg idamanku..tapi, sejak dah guna s3, pun ok je...n now, lagi la..dah fully guna marmet since danial dah 1 tahun lebih ni..al maklum la, pengeluaran pun bukanlah banyak macam dulu2 masa 6 bulan pertama...so, guna tangan adalah cara terbaik utk meningkatkan hasil..sbb sama seperti kata akma, perahan dgn guna tangan lagi baik sbb contact skin to skin berlaku...^_^

    ReplyDelete
  3. opss...nak share entri ini kat blog ayu boleh tak?? bagus ni utk dijadikan panduan utk ibu2..

    ReplyDelete
  4. tu la kan..teknik marmet ni sgt berguna..insyaallah,kalu ada rezki anak lagi,mmg apply teknik ni..ada masa2 tertentu,tak ya bawa pam ke mana2 kan..

    ReplyDelete
  5. yati, saye pun budak baru belajar, insyallah hopefully berjaya.

    ayu, mane boleh lawan awak dalam bab marmet ni. awak otai marmet. saye baru belajar kdg2 melecet gak. nak kena improve lagi ni =)

    ReplyDelete
  6. ayu, boleh je, sharing is caring gitu.

    ashra, betul. marmet ni memang berbaloi-baloila. rugi tak tak tau dari dulu. hiks!

    ReplyDelete
  7. betul tu..maria guna swing..so sebelah je pam..utk jimatkan masa..sebelah maria pakai swing sebelah lagi gunala teknik perahan tgn ni..hehe..cepat skit..ish tak sabar nak bg bf balik kat baby..

    ReplyDelete
  8. salam akma..akak baru tahu ni akma dpt bb lagi..tahniah ya..

    okla tu..if mmg selesa guna teknik marmet
    akak tak reti sgt..eehhehe

    ReplyDelete
  9. tahniah.. teruja bl tau 90% menggunakan teknik marmet..teruskan usaha.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  10. pernah cuba tapi macam lambat la berbanding pakai pam.. tak berapa pandai pakai teknik mermet ni.. tp kalau tertinggal pam mmg berguna tahu teknik ni..

    ReplyDelete
  11. cayo la akma...
    jadikan pengalaman penyusuan Nayli penguat semangat utk penyusuan naka no.2 nih
    caiyok2...

    happy bf.. bila start kerja ni?

    ReplyDelete
  12. thanks sume. ooooo lagik 26 start keje balik. cuti 60 days je. phewwwww.

    ReplyDelete
  13. Congrats akma, berjaya kumpul stok hanya dgn teknik marmet sahaja...kagum ^_^. Baru2 ni saya try buat marmet sbb valve koyak, tapi tak berapa nak menjadi, mungkin sbb salah teknik. Hasil pon tak sampai 2 oz. Tapi memang penat lah, tgn pon lenguh.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~