Monday, April 11, 2011

Cara Simpan Susu Perahan

Yeay!

Ya! Ya! Ya! Saya masih menggunakan Teknik Marmet sampai ke hari ini.





Guna tangan pun boleh. Mudah.

Kesian terbiar sepi. Jangan merajuk ye En. spectra 3. Karang saye masuk office balik mesti guna awak semula!


Sebab utama suka pakai tangan sebab mudah & senang. Takpayah basuh parts pam. Itu yang paling suka. Hiks! Mungkin sebab sedang menghabiskan masa berpantang di kampung, so takde benda yang saye kejarkan. Boleh rileks2 je sambil perah.

Selalunya bila perah pada waktu awal-awal pagi memang selalu dapat satu botol penuh. Kadang2 boleh dapat lebih dari tu. 




Bila perah waktu-waktu lepas tu dapatlah macam ni. So bila dua kali perah dapat la dua botol.

*abaikan benda lain sebab fridge mak saya memang sangat da boom!



So saye akan campurkan susu perahan dari kedua-dua botol tersebut.

Susu yang diperah boleh dicampur dalam masa 24 jam. Maknanya susu yang diperah 8pm hari ni boleh dicampur dengan susu yang diperah jam 6am keesokan hari tapi dengan syarat suhu susu tersebut adalah sama.

Maknanya macam ni lah. Susu yang diperah jam 8pm tu disimpan dalam fridge kan? Susu yang diperah jam 6am tu pun disimpan dalam fridge dalam sejam dua, agak-agak susu dah sejuk bolehlah kita campur dengan EBM pukul 8pm tadi. Boleh juga dibekukan untuk buat stok. 

Ini sebahagian dari istilah-istilah penting dalam dunia penyusuan yang mommies perlu tahu.

EBM - Expressed Breast Milk
Fresh EBM - Susu yang baru diperah
Chilled EBM - Susu yang diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Biasanya chilled EBM akan membentuk dua lapisan, tapi itu bukan basi ok.
Frozen EBM - Susu yang disimpan di bahagian beku.

Banyak benda yang boleh dibuat untuk simpan susu perahan, eg:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
Dalam banyak-banyak botol saye suke brand Bumblee Bee sebab murah dan tulisan kat botol tu tak cepat tanggal.

  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)


Ehsan: En. Goggle. Oh saye tak pernah lagi simpan susu dalam bekas macam ni.

  • breast milk storage liners


Ada yang datang dengan zip lock dan ada juga yang tak. Dulu saya pakai brand Joy Angel sebab mudah ada zip lock, tapi sekarang kenapa dah tak jumpa di pasaran ye?

  • Bekas dadih 


Biasanya saya guna sekali dua je lepas tu buang, tak pun lepas tu guna untuk simpan cili atau asam jawa. Hiks!

Bila susu telah disimpan di dlm bekas, saya akan label macamni.


*Pecah kaca, pecah gelas tulisan buruk jangan marah! Hiks!

Tulis tarikh perahan, waktu perahan & nama baby. Takut tertukar susu pulak sebab kat taska baby Zara tu pun ada juga baby yang fully BF.

Hurrmssss. Maklumat mengenai tempoh penyimpanan susu ni kadang-kadang boleh buat keliru kerana terdapat percanggahan dalam pelbagai buku, blog serta info dari individu yang memberikan tempoh masa & suhu yang berlainan. Oh ini adalah cara yang saya praktikkan selama ini. Yang penting selagi susu perahan tu tidak berbau pelik, tidak bertukar warna yang pelik serta tidak bertukar bentuk yang pelik (dari cecair menjadi pepejal serta berbuih), pendek kata selagi takde ape yang pelik so terpulangla pada mommies.

Anyway mudah bukan? Semudah A B C je nak kendalikan susu perahan ni. Janji jangan ada penyakit 'M'. Penyakit malas la. Hehehe.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







Yeay!

11 comments:

  1. like this entry.. bagus info untuk ibu2..
    i follow yerk..

    ReplyDelete
  2. huhuhuu...ko ni cam tau2 jerk aku nak tanya soklan2 camni:P

    ReplyDelete
  3. hahahaha! boleh agak dah. ko kan tgh nak pulun kumpul stok. sebenarnye entry ni mmg untuk ko pon.

    ReplyDelete
  4. tq, info sgt berguna. hari ni sy berpantang hari ke 12, tapi dah mula buat stok seawal hari ke-3. ramai member kata terlalu awal buat stok. tapi, sy teruskan je:)

    ReplyDelete
  5. Bagusnye... antara penerangan terperinci pernah dibaca.... :)

    btw, nk tanya la... label tu akma guna sticker paper ke? atau..??

    ReplyDelete
  6. aah guna sticker paper. besar sebenarnya so kena potong kecik2lah nak stick kat bottle.

    ReplyDelete
  7. bagus sgt penjelasannya....senang nk paham....terima ksh ye

    ReplyDelete
  8. mudah faham penjelasannya,,,terima kasih :-D

    ReplyDelete
  9. bagus sgt penjelasannya....senang nk paham....terima ksh ye

    ReplyDelete
  10. Tampal pakai masking tape lg mudah

    ReplyDelete
  11. I'd like to find out more? I'd care to find out some additional information.


    my web page; http://www.szeroki.bodnowe.konin.pl - www.szeroki.bodnowe.konin.pl -

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~