Friday, February 25, 2011

Memang Senang Sangat

Haritu kan kan kan masa balik kampung Seremban mak bagi pinjam benda ni.




Sebab mase tu tengah borak2 dengan mak pasal Nayli, semua yang berkaitan dengan Nayli la sampaila cemane saye sediakan makanan dia. 

Oh benda ni sangat membantu ok. I loike......

Sejak ada benda ni senang sangat nak masak bubur untuk Nayli. Eh senang banyak ok. Parut je.

Ini adalah hasil parutan ubi kentang & carrot untuk beberapa minit. Sekejap je dah boleh dapat banyak ni. Kalau kena potong kecik2 tu lambat la jugak nak siap. Leceh pun leceh. Yelah sebagai mama yang bekerjaya semua benda mesti dilakukan secara pantas macam kilat.Pagi2 sebelum pergi kerja dah kena berperang kat dapur. Dulu mase masak bubur nasi  kadang2 potong carrot pun sikit punye besar. Nak cepat punye pasal. Hiks!







Ini pulak adalah hasil parutan ubi keledek.

Oh NAyli paling suke kalau bubur nasi ada ubi keledek. Memang laju dia makan. Ngap Ngap Ngap dah habis semangkuk. Ngap Ngap lagi habis semangkuk. Oh cukupla maksimum makan dua mangkuk je untuk sekali makan, karang obesiti terlebih berat badan susah pulak. TAk pun nanti dah besar ada tabiat makan yang berlebihan pulak. HukHuk.






Lepas dah siap parut & masak, inilah hasilnye. Taraaaaaaaaaaaa.

Bubur nasi + ubi keledek + carrot + ayam.





 Nyum Nyum!!!

Saye masih bagi Nayli bubur nasi sebagai makanan utama NAyli. Hari2 bekalkan makanan kat  taska pun bubur macam ni, Lainla kalau saye tengah makan nasi so saye akan suapkan la Nayli sekali makan nasi. Sebab kalau masak bubur saye boleh letak macam2 jenis sayur-sayuran Lagikpun Nayli prefer makan nasi yang lembik. Yelah, gigi baru ade 8, tu pun semua gigi belah depan je. Comel2 je tumbuh. Geraham belum ada lagi.

Selain tu saye selalu jugak letak terung, labu & kacang panjang. Brokoli tak berani nak letak dah sebab ada satu kali dulu saye letak brokoli dalam bubur, Nayli terus batuk untuk 2-3 hari. Mungkinkah NAyli alahan dengan brokoli or sekadar kebetulan?? Wallahualam tapi memang tak berani nak bagi brokoli lagi laaaaaa. TAk suke tengok NAyli sakit.

Anyway makanan yang berkhasiat sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap imuniti setiap kanak-kanak dari jangkitan serta penyakit yang seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat makanan.

Saye cube elakkan memberi makanan ringan kat NAyli sebab ada perisa tiruan & juga gula yang berlebihan serta makanan yang masin, manis, makanan dalam tin,  dan yang berlemak & berminyak. Tapi kadang2 terbabas jugak especially mase outing.

Apepun corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnye dimulakan sejak dari kecil lagi. Pepatah kan ada mengatakan:

"Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan"

Kenyataan ini betul dalam soal kesihatan sebab corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kerana diet yang tidak teratur akan memburukkan kesihatan.

Anyway seronok bila tengok Nayli makan. Burpssss. Saye yang tolong suap je ni pun dah jadi kenyang.

Sekian.


1 comment:

  1. maria sejak preggy dah tak masak bubur utk aqil..em klu dah ok skit alahan ni akan mula masak balik..sian die makan nasi bs masak je..huhu..em nk cr gakla parut mcm tu..senang masak..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~