Monday, February 21, 2011

Aktiviti Di Minggu-Minggu Yang Terakhir Sebelum Bersalin

Yahooo! Minggu-minggu terakhir sebelum tibanya waktu bersalin haruslah digunakan sebaik mungkin. Gembira, gembira & gembira. Dalam erti kata lain marilah berjalan-jalan dan makan sepuas2 nye sebab bile dah bersalin kena pantang youuuuuuuuuuuu. Itu tak boleh ini tak boleh. Tak boleh makan sebarang makan. Eh boleh je nak makan ape. Tapi nanti badan gedebobbb tak tau la.. Ahaaaaaa.

So weekend ni kami berjalan2 ke One Utama. Alaaaa dekat je dengan rumah. Saje je cuci mata sebab takde mood nak shopping pun. Oh nak bawa budak kicit ni jenjalan. Lame dah tak cuci mata kan kan kan.

Inilah buah hati pengarang jantung. Wah dah makin besarla baby ni.

Eh tengok ape tu sayang? Tak berkelip-kelip.






Oh tengok ni. Alolololo ciannye Nayli nak naik ke? Nayli tak cukup besarla nanti jatuh macam mane.





Tengok yang main tu semuanya dah besar tau.





Tapi sebab Nayli asyik tengok je tak berkelip2 saye pun jatuh kesian la pulak.

Memula saye tak confident Nayli boleh naik benda ni. Takut terjatuh la apela. Sebab animal ni bergerak macam laju la jugak. Kalau nak stop kena tekan button. Ohh rupenye saye silap. Nayli dah besarla. Dia bukan budak kecik lagi. Dia dah boleh naik sendiri. Tak payah nak pegang pun.

Oh haruslah naik animal yang comel-comel pinky-pinky all day long gitu. Hiks!







Nak naik macam dah tak nak turun. RM3 untuk 3 minit. Naik satu round dah le sayang ye ye ye.

Lepas tu kan kan kan.

Kan tadi dah cakap mesti ade jugak aktiviti makan-makan kan. Haaa sekarang tibalah aktiviti makan pulak. yeay! I loike.

Kami pergi Aman Suria. Lepak mane lagi. Murni Discovery la. Haritu dah pergi. Ni nak pergi lagi. Mengidam nak makan la. KAt situ je yang rasenye terbaek. Betul memang terbaek.

Teringin sangat nak makan spagethi carbonara. Sedap wooo I tell you.






Enchek husband makan Nasi Goreng Seafood. Pun sedap jugak. Siap share dengan I lagi yang tak cukup2 makan ni. hiks!






Eh ni nasi siapa pulak? Oh adik saye Sofia pun ade sekali. Dia makan Nasi Goreng Meletup. Nak tau asal meletup.? Untuk penggemar makanan pedas haruslah order yang ini. Dia punye pedas fuh fuh fuh kalah masakan mak saye yang piau Negeri Sembilan tu. Memang pedas giller tapi sedap. Untuk penggemar makanan pedas kalau dapat rase Nasi Goreng Meletup ni memang boleh lena tidur seminggu la.





Sofea minum Fair LAdy. Eh macam name kereta pulak ye.






Enchek Husband minum Ruby Roots. Yummy!








Saye pulak minum Be HAppy~ yeay! Preggy mom haruslak happy kan.





Drinks ni ada macam2 campuran. Ada laici, nata de coco, erksss apelagik ye. Isk macam2 la. Semua pun yang terbaekkk~!!!!

Nayli? Haaa dia minum semua air di atas. Hamboiii bukan main lagi si kicit tu. Tapi once in a blue moon mase outing mcm ni je la dapat merasa air manis2 ye cik adik, kalau tak minum air masak dengan susu je ok. Budak kecik tak baik minum air manis tau.

Lepas tu kami ke Shah Alam tengok cousin Nayli, Mia Sofea. Dah nak masuk 2 bulan dah.

Cakkk!!!! Baby tengah tidur. Dun disturb.




Alang2 dah kat Shah Alam ingat nak singgah ICT. Lagipun lepak Shah Alam sampai malam. Tengok piccas orang yang pergi mcm best je. Tapi adik saye kate tak best, dalam erti kata lain biase-biase je. Yeke??? Lagik pun badan pun dah penat, hari pun dah malam, esok pun nak kerja. Lain kali je lah pergi.

So marilah pulang ke rumah. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Sekian.


4 comments:

  1. berani ye nayli mencuba naik binatang tu..arif tgk binatang tu dia dh takut ...ntah apa2 jer..hu~

    dah dekat nak bersalin ye..take care~

    ReplyDelete
  2. ini betul2 balas dendam sebelum 2 bulan kena berpantang ni

    ReplyDelete
  3. wah nayli dah besar..aqil takut nak naik kalau bergerak..kalau tak bergerak die ok..haha

    ReplyDelete
  4. tula 1st time nayli tengok & naik animal tu. terus macam dah taknak turun pulak. hehe.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~