Monday, August 30, 2010

Jom BAlik KAmpung

 Sempena cuti 3 hari, Jumaat, Sabtu & Ahad kami pun  mengambil kesempatan untuk balik kampung Perak.

Wah banyaknye makanan yang papa belikan untuk baby NAyli. Ok baby NAyli boleh makan dalam kereta nanti ye.

Yang bijiran tue saje stand by kot2 balik kampung nanti tak sempat pulak mama nak masak bubur.



Sebelum bertolak papa nak isi minyak dulu. Wah baby NAyli tengok je papa ye.

Nayli nak tolong isikan minyak kereta ke?





MEmandangkan kami bertolak pada hari Jumaat, so lepas papa habis sembahyang Jumaat baru kami bertolak balik.

KEadaan lalu lintas sangat lengang. Oh saye ingatkan sesak Nasib baik.





Seperti biase NAyli memang suke sangat tidur kalau masuk kereta. Kalau masuk je kereta, menyusu kejap mesti tertido. Mungkin selesa sebab sejuk kot.

Ok je, mama pun boleh Zzzzzzzzzzzzz sekali.




Perjalanan mengambil masa 3 jam. Sampai kampung barulah NAyli bangun. Bayangkanlah dekat 3 jam NAyli baring kat riba saye. Cramped! Hiks!

Alhamdulillah dapat berbuka puasa di kampung. LAuk sangat la menyelerakan. MAk masak ikan pari masak asam, rendang ayam, sayur campur & kerang rebus. Nyum Nyum! TERBAEK okay. Kalau di perantauan memang tak dapat la nak rase lauk macamni. Hiks!

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~