Saturday, July 3, 2010

Dah Agak Dah Pasal Walker Ni

Haritu ade cite baby NAyli dapat benda baru kat SINI. Tapi skang nie baby Nayli dah mula buat aksi stunt Jackie Chan dalam walker.



Yehaaa~!! Tak suke! Tak suke! duduk dalam ni. BOSANNNNNNNNNNN


Aksi stunt ini dilakukan oleh baby Nayli di luar bantuan saye. Ini adalah perangai standard baby Nayli lepas 5 minit duduk dalam walker.

Punyela bijak budak kecik nie. Dia pijak besi kat tepi walker tue dan dapat la dia melonjakkan badannya.



Dia memang tak suke duduk dalam walker sekarang nie mungkin sebab dia makin bijak dan bijak, lebih suke bereksporasi dengan persekitaranya. Sebenarnye  memang saye dah agak walker ni tak gune lame sebab mase awal2 beli dulu baby Nayli dah tunjukkan ciri2 aksi melompat & melonjak dalam walker tue.

Baby Nayli lebih suke buat benda2 nie dari naik walker biru tue. Yeay! Inilah namanya budak bijak sedang bereksporasi dengan persekitarannya.


Merangkak a.k.a mop lantai




Panjat- memanjat




Berdiri



Play with the toys

Bagi saye tak salah letak baby dalam walker jika ada sebab tertentu, kalau saye :

1- Bila papa balik kerja lambat, saye nak masak or basuh botol.
2- Bila baby Nayli nak makan
3- Bila baby Nayli bangun terlalu awal pagi waktu kami nak bersiap pergi office. Letak kejap dalam walker,      ialah nak mandila, iron bajula, make-upla, prepare bekalan susu la, masak bubur la.. macam2, hiks!

tetapi jangan terlalu lama sebab dari info yang saye bace takut effect pada pinggang bayi. Penggunaan walker juga memerlukan pengawasan yang menyeluruh. Sebabnyer kalo baby duduk dalam walker daya pergerakannye akan menjadi 2 kali ganda laju dari pergerakan biasa. Walker kan ada roda, so sekali tolak je dah sampai. Tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa, pelbagai kemungkinan yang buruk boleh berlaku seperti:

1- Kalau rumah dua tingkat takut baby leh terjatuh dari tangga sekiranya  tiada safety gate
2- Kalau kat dapur boleh terkena minyak panas @ air panas sebab baby  suka mencapai sesuatu yang menjadi daya tarikan
3- Lagi satu...kekadang tu seat walker pun tak berapa tahan...biasala la baby kalo dapat main memang melompat2 dalam walker tu...sesetengah walker yang tak berkualiti tu boleh terkoyak seatnyer lebih2 lagi kalo yang diperbuat dari kain biasa....ada juga keluasan seat tidak menepati piawaian keselamatan baby anda...contoh lubang untuk kaki baby terlalu bersar sehingga mengakibatkan baby jatuh terperosok dari seat berkenaan...

Memetik kata2 bicara daripada salah seorang Ibu dari Forum Susu Ibu

"Walker ni sebenarnya memang tak bagus langsung.... sebabnya ianya membantutkan perkembangan otak baby. Sebab baby perlu diberi banyak peluang untuk meniarap, menjulur, merangkak selama yang boleh (lagi lama lebih bijak ... sebab perkembangan otaknya lengkap dan sempurna). Dengan menggalakkan baby duduk di walker boleh menyebabkan anak apabila besar nanti tidak menurut kata dalam erti kata lain degil.Seelok-eloknya beli tikat getah corak dam (petak-petak hitam putih) menairapkan baby... letak toys di depan dan beri galakan untuk anak mara. Anak-anak memang boleh dibantu untuk mengereng untuk menjulur atau merangkak criss-cross (cara merangkak yang betul iaitu tangan kanan mara kedepan lutut kiri mara kedepan dan bila tangan kiri mara kedepan, lutu kanan mara kedepan...).... percayalah ini semua untuk development otak baby.Masa tu Dr Noorlaily pesan siapa ada/ dah terbeli walker jgn buang aje... malah patah-patahkan ia supaya tak ada anak orang lain pula yang akan terbantut otak nya akibat menggunakan walker"Kebaikannyer pulak....dalam masa yang sama kita boleh wat keje rumah sambil kita mengawasi anak kita berada dalam walker berkenaan. Ingat jangan biarkan anak anda terlalu lama dalam walker...elakkan pungganaan walker terlalu kerap & lama kerana kesannya akan terjadi pada anak anda nanti....

Ermpsss.... betul jugak tu.

Tapi pakai walker ni juga dapat mengelakkan baby daripada suka mengutip ape saje barang yang ada kat lantai kan.

Bagi saye banyak keburukan dan kebaikan. Ape2 bergantung pada masing2. Kat nursery memang takde walker. Oh memang tidak dibenarkan sama sekali.

Yang pastinye baby Nayli start gune walker nie dari umur 6 1/2 bulan sampai   7 1/2 je.....

Lepas nie dah boleh bungkus sudah. Same jugak nasib macam kat SINI.

Kesian. Dua2 pun umur tak panjang. Takpe boleh simpan untuk generasi akan datang. Hiks!

6 comments:

  1. sy dh x brni ltk irfan dlm walker,prnh die menonggeng.alhamdulillah menonggeng atas plastik barang2 nk masak..buai dh bgkus,xleh guna sbb bangun tido terjun sendiri.dh lah duduk goyang2 lg..tido bwh je skg

    ReplyDelete
  2. haaah! samela. walker & buaian baby NAyli dua2 kene bungkus. nasib baik irfan jatuh dalam plastik ye.

    ReplyDelete
  3. haha! stroller baby Nayli dah hampir2 kene bungkus gak tapi belum lagik. hehe. dia pun dah tak suke sgt duk dalam stroller

    ReplyDelete
  4. dah panjang akal baby nayli ni... letak dalam walker pun bleh turun sendiri, bijak bijak!

    ReplyDelete
  5. Ummair pn duduk sekejap je dlm walker.dia lebih suka mengeksplore lantai rumah dan mengutip hasil yg terbuang.haha..sebenarnya dia mahu umminya rajin2 sapu lantai.mmg x bgus pn walker ni, Ummair sndri pernah hampir terjatuh.since tu dh jarang2 pkai.tp msh blm b'bungkus.buaian pn still guna sbb Ummair tak lasak sgt dlm tue. :)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~