Monday, June 21, 2010

Telur Oh Telur


Saye suke makan telur goreng, telur dadar, telur masak kicap, sambal telur. Boleh dikatekan semua makanan yang berasaskan telur saye suke. Tapi tak boleh la makan selalu sebab telur kan ade kalori yang tinggi, nanti bukan baby NAyli je yang semakin BAM-BAM, mama pulak yang BAM-BAM. Kadang2 terfikir gak bolehke bagi baby Nayli makan telur sebab mama nya tersangat la suke makan.


Oh... bace info kat sini:


Usia yang dicadangkan untuk perkenalkan pada baby,  kuning telur adalah 8 bulan manakala putih telur pula adalah 12 bulan.

Kebaikan kuning telur untuk bayi mengandungi 5 gram lemak dalam kuning telur, hanya 1,5 gram (31%) adalah lemak tepu.

Sebahagian sumber tenaga menunjukkan bahawa kuning telur  baik untuk bayi yang tidak mengalami masalah alahan. Putih telur tidak sepatutnya diperkenalkan untuk baby yang berusia bawah 1 tahun. Telur, terutama putih telur, adalah salah satu daripada 8 bahan pada kedudukan ranking teratas yang menyebabkan alahan.  

8 bahan tersebut adalah:
Susu 
telur 
kacang Peanut 
walnut, cashew
Ikan 
Kerang 
Soya
Gandum 

Banyak kajian yang telah dilakukan pada bayi yang mempunyai alahan pada telur mendapati bahawa jika diberi makan telur selepas usia 5 tahun, masalah alahan bayi pada telur adalah semakin kurang.. Ini adalah bagus sebab telur sangat berkhasiat dan merupakan bahagian yang penting untuk diet. .

Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi telur,  mungkin adalah lebih baik menunggu sehingga baby melepasi umur 12 bulan untuk memperkenalkan kuning telur. Walaupun makanan pejal tidak digalakkan diperkenalkan sebelum berusia 6 bulan, tidak ada bukti yang meyakinkan bahawa melewatkan memperkenalkan bayi pada telur mempunyai kesan perlindungan yang signifikan terhadap perkembangan penyakit atau alahan memandang jika bayi yang diberi susu formula protein lembu. Ini termasuk melewatkan pengenalan makanan yang dianggap sangat alergi, seperti ikan, telur, dan makanan yang mengandungi protein kacang 


Beberapa Makanan yang baik untuk Campur Dengan Telur 
Epal
Pear
Brokoli 
Kacang Lentil 
Kentang 
Kubis bunga 
Beras

Antara alahan yang disebab kan telur
Asma 
Cirit Birit
gatal-gatal (muncul di sekitar mulut, bibir dan tekak)
Mual 
Muntah 
Dan Lain LAin

So nampaknye mama tak berani bagi baby Nayli makan telur lagi. Nantila tunggu baby 8 bulan lebih ye. Tue pun boleh makan kuning telur je dulu. Biar mama je yang makan telur sorang2 jelah ye. Hiks 

Ape2 pun susu ibu ataupun susu formula adalah SUMBER NUTRISI YANG PALING PENTING untuk bayi anda hingga berusia 12 bulan. JANGAN menggantikan susu dengan makan pejal dan sebelum perkenalkan makanan pejal pertama pada bayi anda, periksa dengan doktor bayi anda dulu okay.

4 comments:

  1. akma, kalau awk mkn telor? BF tkde effect ke.

    ReplyDelete
  2. so far baby Nayli tak pernah ade problem ape2 pulak altho saye suke makan telur. Kalau proses jadik susu then baby minum ok kot. Hiks! ntahla saye pun taktau. mintak2 ade pakar yang tolong jawab kat sini.

    ReplyDelete
  3. test...test...naper ler susah nk komen ni

    ReplyDelete
  4. haaa tue boleh komen tue. ok lepas nie sila komen banyak2 ye. Hiks!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~