Tuesday, June 22, 2010

Baby Nayli Dah Boleh Makan Ayam Tak?


Dah satu bulan setengah baby Nayli makan solid food. Sebenarnye saye dah boring la jugak asyik bagi baby Nayli makan sayur & buah2an je, ntah2 baby NAyli pun dah boring jugak macam mamanye. Apela mama ni asyik menu same je. Hiks! so rase macam excited sangat nak bagi baby NAyli makan benda yang lain pulak, Macam mane dengan ayam pulak ye? Nak tau tak? Saye bace info kat sini.


Kebaikan Ayam
Ayam mengandungi protein dan zat besi. Ini adalah salah satu dari sumber makanan yang paling mudah dicerna dan disyorkan sebagai daging pertama kepada bayi. Bilakah saya boleh memperkenalkan ayam kepada baby Nayli ye?


Kebanyakan doktor mecadangkan ayam,daging dan bahan makanan yang bersumberkan protein yang lain diperkenalkan ketika bayi berusia antara 8-10 bulan. Di negara-negara Eropah, doktor mengesyorkan daging  ayam sebagai salah satu makanan pertama bayi kerana tahap zat besi pada daging ayam itu. .

Isi daging ayam pada bahagian dada adalah lebih tinggi zat besi dan kurang kandungan  lemak.

Cara yang paling baik untuk memasak ayam adalah dengan memotong kepada bahagian2 kecil dan didihkan dengan sedikit air dengan ditambah sayuran dan  bawang putih. Tetapi lebih disyorkan dimasak dengan cara memanggangnya. Memanggang membantu mengekalkan nutrisi pada makanan.


Beberapa Sumber Makanan YAng sesuai Dimakan Dengan Ayam
Epal
Anggur
Mangga
Betik
Pear
Brokoli
Kobis Bunga
Terung
Kacang buncis
Ubi keledek
Ubi KEntang
Pasta
NAsi
.
Contoh Resepi
Epal & Ayam 

1 / 3 cawan ayam yang telah dipotong kecil /ayam tanpa tulang
1 / 4 cawan apple  (tanpa kulit atau biji)

Bubur nasi,  ayam dan epal dimasak bersama-sama, lepas tue blend sehingga halus.

SEDAPNYA!! mama pulak yang terliur!


Nak cubela nanti tapi kene tunggu baby NAyli 8 bulan dulu....

Baby oh Baby Nayli.. sila bukak mulut luas2 ye nanti dengan segala resepi2 baru yang mama suapkan nanti ye. Hehehehe~
.

2 comments:

  1. Dia dh ader gigi ke blum?Kalo dah ader boleh ajar dia gigit+kunyah isi ayam yg dah rebus atau yg dimasak sup.

    ReplyDelete
  2. ouh dah boleh ye, gigi baru dalam proses nak tumbuh hehehe weekend nie nak cubela. Hiks~!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~