Monday, May 10, 2010

Veggie yang sesuai utk baby

Sebab today terlebih rajin kat office, habisla dekat 100x baca web nie. Hai cik kak takde kerja ke.. hehehehe

http://www.wholesomebabyfood.com

Stage 1 - Veggies

Meh saye translate sikit. Bagus gak info nie utk diri saye. Meh kite share-share okay.


Bayam
Sesuai utk baby yang berumur 10-12 months sebab bayam ada nitrate. Kalau tak simpan betul2 kandungan nitrate dalam bayam ini akan bertambah dan boleh memudaratkan bayi. (Keburukan nitrate im not sure, baru tengah belajar pasal homemade food ni!)


Ubi keledek


Tomato
Tak digalakkan utk makanan awal baby. Hanya sesuai utk baby yang berumur 10-12 months. Sebab kandungan asid yang tinggi yang boleh menimbulkan masalah kat perut bayi yang tak berapa matang lagik.


Bunga Kobis
Sejambak bunga kobis mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan juga kalsium. Bagus untuk diet yang sihat. Seperti brokoli, bunga kobis juga tidak dicadangkan diberi sebagai makanan awal bayi kerana mengandungi gas dan agak sukar untuk dihadamkan. Sesuai untuk diberikan kepada bayi yang berusia 8-10 months.



Lobak Putih
Mengandungi kalsium & vitamin C. Juga mengandungi fiber dan juga protein.  Untuk baby, rasenye baik & manis. Sebagai makanan tambahan untuk baby yang berumur 6 months & 8 months, tapi dicadangan utk baby yang berumur 8 months.




Timun
Bagus sebab ada Vitamin C, A, kalsium & potassium. Tapi ada banyak sgt kandungan air. Sesuai utk baby yang berumur 8-10 months.


Brokoli
Bukanlah makanan awal yang baik utk baby kerana mengandungi gas & sedikit keras. Sesuai diberi kepada bayi kepada bayi yang berusia 8-10 months. Kalau bayi anda ada masalah penghadaman, eloklah perkenalkan lewat sedikit.
Carrot
Ada kandungan beta carotine yang tinggi. Biasenye diberi sebagai makanan awal baby kerana ianya mudah untuk hadam & penuh dgn nutrien seperti Vitamin A, Vitamin C & kalsium. Disebabkan issue nitrate, dicadangkan diberi kepada bayi pada peringkat umur 7-8 month. 

Jagung
Mengandungi kandungan protein & karbohidrat tetapi kurang nutrien jika hendak dibandingkan dengan sayur-sayuran yang lain. Sesuai utk diberi kepada baby selepas 12 months sebab potential high allergen food.


Terung
Mengandungi vitamin E & folate. Sesuai diberikan kepada bayi yang berumur 8-10 months. Kalau bayi mempunyai masalah untuk hadam, kulitnya harus dikupas terlebih dahulu.

Sayur-sayuran yang exotic 
-bawang putih, cendawan, cili benggala - sesuai untuk baby yang berusia 8-10 months. Tak dicadangkan diberi sebagai bentuk puree tetapi sebagai tambahan dengan makanan yang lain. Mesti fully cooked. Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.Cili benggala merah juga amat tinggi kandungan vitamin A.

Kesimpulannya sesuai atau tak dengan bayi kite terpulangla pada masing-masing okay coz semua bayi adalah berbeza, with their own unique likes and dislikes. Just like you and me!

3 comments:

  1. good info!

    nayli yg comell..semangat betul dia.

    ReplyDelete
  2. likha tkleh mkn brocoli, pas mkn ut ut mcm cirit ;(
    huhu..

    mcne bt puree fruit? ajar la ;) tq..

    ReplyDelete
  3. hahaaha! saye pun tgh belajar2 lagik. masuk kat sini banyak good info:

    http://www.wholesomebabyfood.com/FruitRecipes.htm

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~